Majoriti penduduk di dunia ni kurang senang dengan perlantikan Donald
Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat beberapa minggu lepas. Karakter
Donald Trump disifatkan sebagai Adolf Hitler zaman moden kerana sikap
perkauman yang ditunjukkan, terutamanya terhadap orang Islam. Ada juga
ura-ura mengatakan bahawa Muslim tidak dibenarkan masuk ke Amerika
Syarikat.
Tapi baru-baru ni seorang pelawak dari Arab yang beragama Islam
ditakdirkan untuk duduk di sebelah anak Donald Trump, Eric Trump ketika
perjalanan ke Scotland. Mereka berborak dan dari perbualan itu, ini yang
dapat disimpulkan oleh pelawak tersebut.
Nak tahu apa yang mereka borakkan?
Pelawak yang berasal dari Arab, Mo Amer telah berkongsi gambarnya dengan
Eric Trump di laman Instagram miliknya ketika dalam perjalanan ke
Glasgow, Scotland Khamis epas. Di kapsyen gambar tersebut dia
mendedahkan perbualannya dengan anak Presiden baru Amerika Syarikat tu.
Hi guys, sekarang saya dalam perjalanan ke Scotland untuk jelajah U.K dan saya ‘terpilih’ untuk duduk di sebelah Eric Trump. Berita baik, para Muslim tidak akan dikenakan sebarang ID bagi siapa yang mempunyai kerakyatan di Amerika Syarikat. Itu yang diberitahu oleh Eric Trump. Saya akan tanya soalan dengan lebih lagi dalam perjalanan ke Glasgow, Scotland. Kadang-kadang Tuhan hantarkan anda bahan untuk anda fikirkan.. #Merica #UKTour #HumanAppeal #ThisisNotAnEndorsement #Trump2016ComedyTour
ID untuk umat Muslim? Ini jawapan Eric Trump
Mo Amer bila dihubungi Buzzfeed berkata bahawa Eric Trump ada bercakap
mengenai proposal Donald Trump untuk pendaftraran untuk para Muslim,
immigrants dari kebanyakan negara Muslim. Mo Amer berkata;
Dan saya berkata, untuk pengetahuan anda, saya tidak akan buat ID khas untuk Muslim. Adakah anda rasa umat Muslim akan dapatkan ID kad dan sewaktu dengannya? Awak tahu kami tak akan buat perkara-perkara sebegitu..
Dan Eric Trump membalas;
Come on, anda tak boleh percaya dengan apa yang anda baca di media.
Adakah anda ingat kami akan betul buat macam tu (kenakan ID untuk umat
Islam)?
Sumber: CNN
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..