Korea Utara Tak Percaya Siasatan Polis Malaysia
KUALA LUMPUR: Korea Utara
tidak mempercayai proses siasatan yang dijalankan Polis Diraja Malaysia
(PDRM) berhubung kematian seorang lelaki pemegang pasport negara itu di
Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Isnin lalu.
Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol berkata, beliau berpendapat sedemikian kerana tindakan Malaysia adalah tidak adil dan bertentangan dengan apa yang telah dibincangkan sebelum ini.
"Sudah tujuh hari insiden itu berlaku, tetapi masih tiada bukti jelas mengenai punca kematian dan pada masa ini kami tidak boleh mempercayai siasatan oleh polis Malaysia walaupun keputusannya akan diperolehi.
"Ia hanya akan menambah keraguan bahawa mungkin ada pihak lain yang terlibat di sebalik siasatan itu," katanya ketika membacakan kenyataan media kepada pemberita di pejabat Kedutaan Besar Korea Utara di sini, Isnin.
Kang Chol dengan nada tegas membacakan kenyataan lima helaian di
hadapan media tempatan dan antarabangsa selama lebih kurang 20 minit
turut menuduh siasatan yang dijalankan oleh Malaysia sebagai bermotifkan
politik.
Ini berikutan pertikaiannya mengenai polis Malaysia yang menetapkan supaya hanya waris yang telah melalui ujian DNA boleh menuntut mayat lelaki tersebut.
Kang Chol juga mempersoalkan mengenai identiti lelaki berkenaan yang bernama Kim Chol di dalam pasport, tetapi disahkan oleh polis Malaysia sebagai Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.
"Ini jelas menunjukkan siasatan oleh polis Malaysia bukan untuk mendapatkan penjelasan mengenai punca kematian dan mencari suspek, sebaliknya mempunyai matlamat politik.
"Si mati bukan rakyat biasa tetapi pemegang pasport diplomatik yang mempunyai keistimewaan dalam Konvensyen Vienna mengenai hubungan diplomatik yang perlu dipatuhi," katanya.
Terdahulu, Malaysia telah memanggil pulang Duta Besarnya di Pyongyang untuk proses perundingan dan mengarahkan Kang Chol, untuk memberi penjelasan mengenai kenyataannya berhubung kematian Jong-nam.
Pada 13 Februari lalu, Jong-nam berada di KLIA2 sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila seorang wanita menekup mukanya dengan sehelai kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.
Beliau yang dipercayai tiba di Malaysia dari Macau pada 6 Februari menggunakan nama Kim Chol dalam pasportnya, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas mengadu kurang sihat kepada petugas di lapangan terbang itu dan diberi rawatan awal di klinik di situ.
Dalam kenyataan sama, Wisma Putra menekankan bahawa memandangkan kematian itu berlaku di Malaysia dalam keadaan yang mencurigakan, maka adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Malaysia untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian.
Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/20/korea-utara-tak-percaya-polis-malaysia/#ahrrBFxjWCx2CrcJ.99

No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..