Rasuah: Neymar Berdepan Hukuman Dua Tahun Penjara
BINTANG bola sepak sensasi
Brazil dan Barcelona, Neymar dilaporkan gagal dalam rayuan akhir
berhubung tuduhan rasuah dan akan diheret ke mahkamah untuk dibicarakan.
Dakwaan tersebut melibatkan perpindahan Neymar dari Santos ke Barcelona empat tahun lalu dan dia berdepan hukuman dua tahun penjara jika didapati bersalah.
Kedua-dua kelab tersebut gagal dalam rayuan untuk mengenepikan tuduhan tersebut dan kes berkenaan akan dibicarakan.
Pihak pendakwaraya mahu denda sebanyak AS$9 juta (RM40) dikenakan ke atas Barcelona manakala kelab Santos perlu membayar sebanyak AS$7 juta (RM26 juta).
Kes itu dibangkitkan selepas kumpulan pelaburan Brazil, DIS
mengemukakan aduan apabila mendakwa kedua-dua kelab terbabit gagal
membayar 40 peratus daripada hasil perpindahan Neymar yang dianggarkan
berjumlah AS$37 juta (RM166 juta).
Selain itu, syarikat berkenaan mendakwa jumlah yang mereka peroleh hasil perpindahan Neymar jauh lebih rendah daripada yang dijanjikan.
Neymar menyertai Barcelona dengan yuran perpindahan sebanyak AS$60 juta (RM271 juta) pada 2013.
Antara yang turut berdepan dakwaan tersebut termasuk ibu dan syarikat yang dikendalikan oleh pemain berusia 25 tahun tersebut.
Kesemua yang terlibat tidak boleh mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu dan tarikh perbicaraan masih belum ditetapkan.
Read more at http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2017/02/21/neymar-rasuah/#wYvvJA0KVISOSBlY.99
Dakwaan tersebut melibatkan perpindahan Neymar dari Santos ke Barcelona empat tahun lalu dan dia berdepan hukuman dua tahun penjara jika didapati bersalah.
Kedua-dua kelab tersebut gagal dalam rayuan untuk mengenepikan tuduhan tersebut dan kes berkenaan akan dibicarakan.
Pihak pendakwaraya mahu denda sebanyak AS$9 juta (RM40) dikenakan ke atas Barcelona manakala kelab Santos perlu membayar sebanyak AS$7 juta (RM26 juta).
Selain itu, syarikat berkenaan mendakwa jumlah yang mereka peroleh hasil perpindahan Neymar jauh lebih rendah daripada yang dijanjikan.
Neymar menyertai Barcelona dengan yuran perpindahan sebanyak AS$60 juta (RM271 juta) pada 2013.
Antara yang turut berdepan dakwaan tersebut termasuk ibu dan syarikat yang dikendalikan oleh pemain berusia 25 tahun tersebut.
Kesemua yang terlibat tidak boleh mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu dan tarikh perbicaraan masih belum ditetapkan.
Read more at http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2017/02/21/neymar-rasuah/#wYvvJA0KVISOSBlY.99
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..