Monday, July 17, 2017

Perggghh !!! Tergerak Hati Saya Ke Tempat Duduk Belakang




Tergerak Hati Saya Ke Tempat Duduk Belakang




PETALING JAYA: Seorang pemandu perkhidmatan e-hailing baru-baru ini menemui sesuatu yang amat mengejutkan di dalam keretanya selepas tergerak hatinya untuk meletakkan barang di tempat duduk belakang.
“Saya ke pasar raya, nak beli barang dan balik masak. Lepas beli barang, saya letak di tempat duduk belakang. Bila dah sampai rumah, masa nak ambil barang, mata saya terpandang pada poket tempat duduk dan terus beristighfar.
"Tersirap darah tengok sampah tin arak dibuang macam tu saja dalam kereta saya,” kata pemandu wanita ini yang meluahkan kekecewaannya di laman sosial, baru-baru ini.
Maria Ahmad, 43, ketika dihubungi mStar Online berkata, pada hari kejadian dia mengambil tiga penumpang warga asing berdekatan Jalan Chan Sow Lin di Kuala Lumpur untuk dihantar ke Kotaraya.
“Ada tiga penumpang, salah seorang daripada mereka membawa tin arak dan duduk di tempat duduk hadapan, manakala dua lagi duduk di belakang.
“Tetapi saya tak syak apa-apa kerana penumpang di hadapan membawa keluar tin arak yang dipegangnya apabila sampai ke destinasi,” katanya yang mula berkhidmat sebagai pemandu perkhidmatan e-hailing sejak awal tahun ini.
Ibu tunggal kepada dua anak ini berkata, dia bersyukur kerana digerakkan hatinya meletakkan barang yang dibeli di tempat duduk belakang pada hari tersebut sehingga membawa kepada penemuan tin-tin minuman keras yang telah diminum kepunyaan penumpang.
“Alhamdulillah, Allah gerakkan hati saya. Kalau tak, bila ambil penumpang lain pun saya tak akan tahu ada tin arak dalam kereta saya.
“Mesti penumpang akan fikir yang bukan-bukan terhadap saya sebagai pemandu beragama Islam. Isunya bukan saja sampah dibuang dalam kereta saya, tetapi sampah itu adalah tin arak,” katanya sambil menambah selain dua tin minuman arak, turut ditemui satu botol minuman berkarbonat.
Menurut Maria, dia selama ini mengambil pendekatan untuk tidak mengambil penumpang selepas pukul 10 malam bagi mengelakkan daripada membawa penumpang mabuk.
Namun tidak disangka insiden tersebut berlaku pada waktu siang menyebabkan dia lebih berhati-hati selepas ini kerana ketika kejadian berlaku dia mendakwa ketiga-tiga penumpang terbabit dalam keadaan mabuk

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..