Tergerak Hati Saya Ke Tempat Duduk Belakang
PETALING JAYA: Seorang pemandu perkhidmatan e-hailing baru-baru ini menemui sesuatu yang amat mengejutkan di dalam keretanya selepas tergerak hatinya untuk meletakkan barang di tempat duduk belakang.
“Saya ke
pasar raya, nak beli barang dan balik masak. Lepas beli barang, saya
letak di tempat duduk belakang. Bila dah sampai rumah, masa nak ambil
barang, mata saya terpandang pada poket tempat duduk dan terus
beristighfar.
"Tersirap
darah tengok sampah tin arak dibuang macam tu saja dalam kereta saya,”
kata pemandu wanita ini yang meluahkan kekecewaannya di laman sosial,
baru-baru ini.
Maria Ahmad, 43, ketika dihubungi mStar Online
berkata, pada hari kejadian dia mengambil tiga penumpang warga asing
berdekatan Jalan Chan Sow Lin di Kuala Lumpur untuk dihantar ke
Kotaraya.
“Ada
tiga penumpang, salah seorang daripada mereka membawa tin arak dan duduk
di tempat duduk hadapan, manakala dua lagi duduk di belakang.
“Tetapi
saya tak syak apa-apa kerana penumpang di hadapan membawa keluar tin
arak yang dipegangnya apabila sampai ke destinasi,” katanya yang mula
berkhidmat sebagai pemandu perkhidmatan e-hailing sejak awal tahun ini.
Ibu
tunggal kepada dua anak ini berkata, dia bersyukur kerana digerakkan
hatinya meletakkan barang yang dibeli di tempat duduk belakang pada hari
tersebut sehingga membawa kepada penemuan tin-tin minuman keras yang
telah diminum kepunyaan penumpang.
“Alhamdulillah,
Allah gerakkan hati saya. Kalau tak, bila ambil penumpang lain pun saya
tak akan tahu ada tin arak dalam kereta saya.
“Mesti
penumpang akan fikir yang bukan-bukan terhadap saya sebagai pemandu
beragama Islam. Isunya bukan saja sampah dibuang dalam kereta saya,
tetapi sampah itu adalah tin arak,” katanya sambil menambah selain dua
tin minuman arak, turut ditemui satu botol minuman berkarbonat.
Menurut
Maria, dia selama ini mengambil pendekatan untuk tidak mengambil
penumpang selepas pukul 10 malam bagi mengelakkan daripada membawa
penumpang mabuk.
Namun
tidak disangka insiden tersebut berlaku pada waktu siang menyebabkan dia
lebih berhati-hati selepas ini kerana ketika kejadian berlaku dia
mendakwa ketiga-tiga penumpang terbabit dalam keadaan mabuk
No comments:
Post a Comment