"Jangan hukum Khabib" - Putin
Dalam pertemuan tersebut, Presiden Rusia itu menasihati bapa Khabib, Abdulmanap supaya tidak berkasar dengan anaknya itu.
"Saya minta anda supaya tidak menghukum Khabib kerana dia berjaya mencapai tugas utama dengan wajar dan menyakinkan," kata Putin.
Khabib mempertahankan kejuaraan lightweight UFC selepas menewaskan McGregor yang membuat keputusan menyerah kalah pada pusingan keempat pertarungan.
Dalam sidang media Sabtu lalu, Khabib berkata," Saya tahu bapa saya akan hempuk saya apabila saya pulang kerana... saya tahu dia akan hempuk saya."
Namun Abdulmanap berkata dia mungkin tidak akan mengenakan hukuman berat terhadap Khabib selepas pertemuannya dengan Putin.
Abdulmanap dikatakan tidak gembira dengan tindakan Khabib meluru keluar gelanggang dan menyerang pasukan Conor pada pertembungan UFC 229 di Las Vegas, pada Ahad.
Sebelum pertarungan itu berlangsung, McGregor yang terkenal dengan kelancangan mulutnya beberapa kali melanggar batas dengan menyentuh hal peribadi Khabib dengan menghina agama, negara dan ayahnya. - usatoday.com
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..