Thursday, October 11, 2018

Perghhh !!! Nasi Kerabu Harga RM 2.90 Di Klang ..Tediaa



"Dulu nasi kerabu tak berapa laku, turun harga RM2.90 pagi-pagi dah penuh"


PETALING JAYA: Zaman sekarang, apakah menu tengah hari yang boleh dibeli dengan harga RM2.90? Mungkin boleh dapat secawan teh dan sebungkus nasi lemak.
Tetapi jangan pula terkejut kerana gerai dekat Taman Sri Kapar, Klang menawarkan sebungkus nasi kukus atau nasi kerabu serendah RM2.90 sahaja!
Harga minuman pula hanya RM1. Bukan itu sahaja, pelanggan yang makan di gerai itu juga boleh tambah nasi dan air tanpa caj tambahan.
Antara pilihan air yang ada di gerai Nasi Kukus RM2.90 adalah air jagung, cincau selasih dan kelapa.

Peniaga, Nur Izzah Izzati Norazlan (gambar) , 18, berkata, sebelum ini nasi kukus di situ berharga RM4, tetapi diturunkan kepada RM2.90 sejak dua minggu lalu oleh bapanya, Norazlan Mokhri, 45.
Dia menambah, sepanjang 10 tahun lalu bapanya berniaga pisang goreng dan kuih-muih di situ, tetapi mula menjual nasi kukus dan nasi kerabu sejak lima tahun lepas sebagai menu sampingan.
"Abah cakap berniaga sambil sedekah akan lagi murah rezeki.
"Kalau nak cakap jual murah macam ni pulang modal ke tak, sebenarnya sama je kalau kita jual mahal, lepas tu tak laku," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.
Tambah anak bongsu daripada dua beradik itu, keluarganya tetap mendapat keuntungan walaupun menjual pada harga murah apabila lebih ramai pelanggan yang datang membeli.
Antara lauk yang diberikan untuk nasi kerabu adalah ayam berempah, sayur, budu, dan kerisik; sementara nasi kukus pula ada timun, ayam atau ikan keli.

Nasi kerabu (kiri) dan nasi kukus (kanan) dijual pada harga RM2.90 sahaja. 
Nur Izzah Izzati yang mengiklankan jualan nasi kerabu dan nasi kukus di Twitter sejak Jumaat lalu itu terkejut apabila jumlah pelanggannya meningkat berkali ganda.
"Kami memang berterima kasih dengan orang yang RT (ulang kicau) di Twitter dan bagi komen yang positif.
"Dulu pukul 3 petang baru habis berniaga, sekarang pukul 1 tengah hari sudah lesap semua, pagi-pagi dah penuh orang datang," ujarnya.
Menurut Nur Izzah Izzati, sebelum ini, bapanya menggunakan tujuh ekor ayam sehari, namun kadang-kadang lauk yang dimasak tidak habis walaupun sudah pukul 3 petang.
Selepas postingnya di Twitter itu tular, bapanya perlu memasak sebanyak 20 ekor ayam sehari dan semuanya habis dijual menjelang pukul 1 petang.


No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..