Wednesday, October 17, 2018

Perghh!!!! Siti Kasim sahkan digantung dari Facebook 30 hari


  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Peguam dan aktivis Siti Kasim serta aktivis sosial Mujahidn Zulkiffli digantung sementara dari Facebook kerana mendedahkan maklumat peribadi berkaitan saman Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Ya saya kena banned dari facebook kerana dedahkan maklumat peribadi Anwar, tetapi maklumat itu sebenarnya memang sudah ada dalam internet.
"Saya tak faham kenapa Facebook banned saya dan Mujahidin. Akaun miliknya digantung 24 jam manakala saya selama 30 hari kerana dikatakan melanggar polisi Facebook," ujarnya kepada The Star pada Isnin.
Siti berkata, dia tidak dibenarkan membuat apa-apa posting di Facebook bermula Sabtu lalu dan beranggapan ia berlaku disebabkan laporan yang dibuat orang ramai.
Ujarnya, pihak Facebook sepatutnya membuat siasatan terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan sedemikian.
"Akaun Facebook saya digantung kerena mendedahkan maklumat peribadi dan ia melanggar standard komuniti Facebook biarpun ia diperolehi secara sah menerusi sumber awam.
"Nombor pendaftaran kereta dan nombor kad pengenalan bukanlah rahsia kepada orang awam kerana dia sendiri pernah berhadapan kes mahkamah beberapa kali," ujarnya lagi.
Mujahidin yang mendakwa dirinya merupakan pengarah urusan New Malaysia Times berkata, dia hanya menggunakan SMS dan membayar RM0.50 sen untuk mendapatkan maklumat tersebut.
Menerusi posting yang dibuat olehnya, Mujahidin turut mendedahkan isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mempunyai empat saman tertunggak manakala Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali mempunyai dua saman.
Tambahnya lagi, Rafizi Ramli pula mempunyai 22 saman tertunggak berjumlah RM8,730.

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..