Tragedi Palu: Sigi hampir lenyap ditelan bumi, penduduk sangka kiamat
KOTA PALU (Sulawesi Tengah): “Dengan satu goncangan pada petang itu, semuanya musnah. Dalam sekelip mata, saya sendiri melihat perkampungan ini hampir lenyap ditelan bumi,” kata Usman Ali, 45, menceritakan bencana dahsyat gempa bumi yang melanda kampung halamannya di Sibalaya, Sigi, di sini.
Mengimbas kembali kejadian pada petang 28 September itu, Usman berkata dia berada di rumah sedang mengambil wuduk mahu menunaikan solat Maghrib sebelum terdengar bunyi guruh yang sangat kuat.
“Saya kemudian menjengah ke luar, dan pada ketika itulah gempa bumi mula menggoncang perkampungan ini.
“Jeritan dan tangisan kedengaran di mana-mana, saat itu juga mata ini menyaksikan tanah-tanah di kawasan tanaman sawah dan pokok kelapa yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah mula merekah, memuntahkan lumpur-lumpur ke permukaan.
“Bang, ketika itu saya fikir dunia ini sudah mahu kiamat bang, benar saya lihat bumi bergoncang, benar saya lihat tanah itu merekah dan menelan warga-warga kampung yang berada di atasnya,” katanya.
Usman, yang menjalankan kerja-kerja kampung untuk meneruskan kelangsungan hidup bujangnya ditemui Bernama ketika pulang untuk menyaksikan kesan runtuhan rumahnya.
“Sahaja pulang bang, mahu cari selipar, berapa hari sudah ini saya berkaki ayam,” katanya dalam nada sebak.
Rezeki Usman, dia kemudian menerima sepasang selipar disumbangkan seorang sukarelawan yang kebetulan berada di kawasan itu.
Perbualan wartawan bersama Usman beberapa kali terhenti, malah air matanya tidak berhenti mengalir selain pertuturannya kurang lancar kerana teresak-esak.
Mungkin atas kesedihan yang mendalam mengimbau kisah menyayat hati itu, Usman tidak bersetuju untuk wartawan merakamkan perbualan bersamanya.
“Kita sembang begini sahaja saya lebih selesa ya bang” ujarnya.
Tinjaun wartawan Bernama bersama jurugambar menggunakan rakaman ‘drone' jelas menunjukkan hampir keseluruhan perkampungan Sibalaya termasuk sawah padi dan ladang tanaman musnah dengan anggaran keluasan seperti dua puluh padang bola sepak.
Menurut Usman, beliau berjaya menyelamatkan diri kerana segera keluar dari rumah saat gempa mula menggoncang sebelum berlari berkaki ayam mencari perlindungan di sekitar laluan masuk perkampungan itu yang dilihat sebagai kawasan tunggal tidak ditelan bumi.
Gempa bumi 7.7 pada skala Richter dan tsunami yang melanda Palu, 28 September lalu setakat ini telah mengorbankan lebih 2,000 nyawa dengan lebih 30,000 lagi penduduk terkesan akibat tragedi berkenaan. -Bernama

No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..