Sunday, April 7, 2019

Viral!! Teringat arwah ibu, hajat lelaki cantik botak sedekah rambut kepada Pusat Kanser Negara


Am bakal menderma rambutnya kepada Pusat Kanser Negara.
BIARPUN sudah berimej baharu dengan berkepala botak, gelaran 'lelaki cantik' masih sinonim dengan diri Abdussalam Firdaus Abdul Aziz.
Pemuda kelahiran Sepang yang lebih mesra disapa Am ini mengubah penampilannya selepas dua tahun  menyimpan rambutnya itu.

Berusia 23 tahun, dia mengakui terasa lain sikit dengan imej botak, namun gelaran cantik itu tetap ada.Menurut Am, dia tidak kisah dengan gelaran itu, malah berbangga kerana memiliki kecantikan wajah arwah ibunya.
"Raut muka saya ikut rupa arwah ibu. Dan saya anggap ia peninggalan yang berharga buat kami adik beradik. Kakak dan abang-abang saya yang lain lebih mengikut wajah arwah  bapa.
"Jadi setiap gelaran yang dilemparkan tidak mengganggu hidup saya. Semua adik beradik saya kenal siapa diri saya sebenar," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.
Jelas Am, selepas membotakkan kepala dua hari lalu , ada pengikut di Twitter mencadangkan supaya rambutnya itu didermakan kepada orang lain daripada membuangnya.
"Apabila idea itu timbul , saya terus teringatkan arwah ibu yang turut kehilangan rambut akibat penyakit kanser tujuh tahun lalu.
"Jadi Isnin ini saya bercadang ke Pusat Kanser Negara untuk menyerahkan rambut ini. Mungkin ia akan berguna kepada orang yang memerlukan," jelas Am.

Dua wajah Am sebelum mengambil keputusan membotakkan rambutnya.
Di tanya sama ada selepas ini dia akan kembali menyimpan rambutnya, pelajar Universiti Kuala Lumpur itu berkata, dia hanya ikut perkembangan semasa.
"Selagi saya belum bekerja, saya akan ikut  gerak hati sama ada mahu rambut panjang atau botak dan sebagainya.
"Ia juga ikut keselesaan diri sendiri," jelas anak bongsu daripada tujuh beradik ini.
Pelajar jurusan perniagaan ini menjadi bualan hangat netizen selepas gambar swafotonya di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kapsyen "bangsa final" tular.
Gambar tersebut kemudian diulang kicau dengan komen "lelaki paling cantik" oleh seorang pelayar Twitter sehingga menerima ribuan tanda suka.
Am berkata dia sudah lali dengan tanggapan orang ramai yang menyangka dia seorang perempuan kerana memiliki wajah feminin.

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..