INTER Milan dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap francais bola sepak Amerika milik David Beckham.
Bekas kapten England itu bekerja keras dalam projek berkenaan untuk mendapatkan pasukan baru Liga Bolasepak Major (MLS), Inter Miami dari lapangan.
Walau bagaimanapun, kelab Itali tersebut dikatakan kurang senang dengan penggunaan perkataan Inter bagi nama baharu kelab Beckham itu.
Ia didakwa oleh Calciomercato bahawa Inter Milan kini bersedia untuk menyaman MLS berhubung isu berkenaan.
Dilaporkan bahawa kelab Serie A itu telah memfailkan tuntutan undang-undang bagi pelanggaran cap dagangan dalam usaha untuk melindungi nama Inter buat mereka sendiri. - Mirror UK
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..