Abang botak ditahan, motosikal dan helmet dirampas
LELAKI yang bertindak memecahkan cermin hadapan sebuah kereta dengan topi keledar dalam kejadian di Taman Bukit Serdang dekat Seri Kembangan sudah ditahan.
Terdahulu video perbuatan lelaki terbabit tersebar di media sosial.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan, berkata suspek berusia dalam lingkungan 30-an ditahan di Balakong kira-kira pukul 3 petang Khamis.
ARTIKEL BERKAITAN: Garangnya! Bengang kena hon, abang botak hayun helmet hentak cermin kereta... semuanya dirakam
Suspek bekerja sebagai pembantu stor kilang. Kami turut merampas sebuah motosikal dan helmet yang digunakan semasa insiden itu," katanya.
Video perbuatan lelaki terbabit tular di media sosial.
Dalam pada itu, menurut Ismadi, pihaknya akan mendapatkan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Petaling Jaya pada Jumaat.
Tambahnya, bagaimanapun, siasatan lanjut sedang diteruskan.
Pada 28 Mei, seorang wanita berusia 22 tahun memandu di Jalan Kasturi kira-kira pukul 5.30 petang sebelum dua lelaki dikatakan berhenti mengejut di hadapan keretanya.
Bagaimanapun, seorang daripada penunggang motosikal tersebut tiba-tiba memukul cermin hadapan kenderaan itu menggunakan helmet sehingga retak.
Perbuatan lelaki itu dipercayai disebabkan tidak berpuas hati dengan pemilik kereta berkenaan kerana membunyikan hon terhadap mereka.
Haaaa...padan muka... Samseng konon...
ReplyDeleteerm.. kerja bodoh.
ReplyDeleteIni bukan samseng sembarangan. Ini samseng taik minyak. Kerja pun cikai aje. Nk tunjuk gagah tapi taknkena tempat. Kat sekolah dulu tak belajar nilai2 murni dan nilai mulia sebagai manusia.
ReplyDeleteari jumaat minggu depan kerja satu hari ajer... klau Pak Lah atau Najib atau anwar aljubori sllunya akan beri cuti am cuti perlepasan ... tapi kalau mamak ni renti kan lah dibagi... mamak ni bodoh sikit.... kunun nya anak cucu jer yg rajin pandai berniaga...buat masjid jangan harap sumbangan.. klu kroni boleh menyumbang bailout kerugian anakcucu kenapa harus nak tanggung rugi pulak..?? yerr takkk...!!
ReplyDeletekikikiki..
Apa yang anon 9:16 ni merepek? Orang cerita pasal melayu samseng, dia cerita pasal cuti. Memang bodoh betul walaun2 dan macai2 ni. Memang otak penyamun je yang dok sibuk nak cuti dan joli walhal kerja dia tak nak buat. Aku nak guna balik hujah2 yang selalu ketua2 penyamun pakai waktu mereka berkuasa dulu "kalau tak suka kat Malaysia ni, pi berambus masuk dalam hutan atau lebih baik lagi macai2 ni pi melangkah masuk laut china selatan nu! Kecik2 tak nak jadi pandai, dah besar jadi balaci penyamun je, si bodoh ni!
ReplyDeleteNick.
Cape Tiger.