Pembantu rumah maut dipercayai didera, timun ditemui dalam kemaluan
SEORANG pembantu rumah warga Filipina di Kuwait maut dengan mayat ditemui berwarna kehitaman dan kebiruan.
Turut ditemukan adalah sebiji timun dalam kemaluan mayat.
Seorang majikan warga Kuwait didakwa dalam kes bunuh Constancia Layo Dayag selepas pembantu rumah itu disahkan meninggal dunia semasa tiba di hospital minggu lalu.
Insiden tersebut merupakan dakwaan siri terbaharu penderaan terhadap pekerja domestik warga Filipina di negara itu.
Laman web berita Philipina, Business Mirror melaporkan warga Filipina itu didakwa didera sehingga mati dan menemui sebiji timur di dalam kemaluannya.
Media tempatan di Kuwait melaporkan pihak berkuasa memfailkan pertuduhan terhadap seorang suspek majikan warga tempatan kerana membunuh Constancia. - Mirror UK
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..