Thursday, October 31, 2019

Perghh!!! “Saya harap mereka ikhlas” - Rita Rudaini bersemuka dua individu fitnah anak-anaknya


“Saya harap mereka ikhlas” - Rita Rudaini bersemuka dua individu fitnah anak-anaknya


Rita Rudaini pertimbangkan tindakan saman terhadap individu fitnah anaknya.
Skip
PELAKON Rita Rudaini akhirnya menarik nafas lega selepas dua individu yang menulis komen berniat jahat terhadap dia dan anak-anaknya tampil membuat permohonan maaf di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya kira-kira pukul 9.30 malam Rabu.
Menurut Rita, dia berpuas hati selepas kedua-dua lelaki itu memberikan kerjasama dengan hadir dan membuat permohonan maaf secara terbuka seperti yang dituntutnya minggu lalu.
"Mereka hadir bersemuka dengan saya atas kesilapan mereka sendiri. Melalui percakapan yang direkod, kedua-duanya mengakui kesilapan berdasarkan komen yang ditulis di akaun Instagram dan Facebook saya.
"Saya berharap permohonan maaf mereka ikhlas dan tidak akan buat lagi. Biar perkara ini menjadi pengajaran kepada semua," katanya kepada mStar.
Hafiidz Ahmad Mustaffa bersemuka dengan Rita Rudaini.

Bagaimanapun, menurut peguam Rita, Mohd Syakirin Syazwan Mohd Nayan berkata, anak guamnya itu masih masih mempertimbangkan tindakan saman terhadap dua lelaki terbabit iaitu Ahmad Najib Mat Arif, 38, dan Hafiidz Ahmad Mustaffa, 39, bergantung kepada kesan yang ditinggalkan terhadapnya.
Mereka hadir bersemuka dengan saya atas kesilapan mereka sendiri.
RITA RUDAINI
Pelakon
“Isu ini tidak akan terhenti di sini sebab ia sudah menular di semua platform media sosial sehingga anak-anak Rita pun ditanya dengan pelbagai soalan termasuklah status mereka.
“Walaupun kedua-dua mereka sudah membuat permohonan maaf dan bersemuka sendiri dengan Rita, tetapi atas faktor harga diri, kerjaya dan kesan ke atas anak guam saya harus mempertimbangkan semula tindakan saman malu ke atas mereka,” katanya.
Dua individu berkenaan tiba di perkarangan balai polis kira-kira pukul 8.30 malam dengan memakai pakaian serba hitam serta berseluar jeans.

Ahmad Najib Mat Arif membuat permohonan maaş terhadap Rita pada Rabu.
Kedua-dua lelaki berkenaan hadir bersemuka dengan Rita dan mengakui kesilapan mereka menulis komen yang menjatuhkan reputasinya.
Pada 21 Oktober lalu, pelakon Rita Rudaini membuat laporan polis terhadap seorang pengguna laman Instagram yang mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya di Balai Polis Kota Damansara, Selangor kira-kira pukul 2.30 petang.
Peguam yang dilantik Rita iaitu Mohd Syakirin Syazwan Mohd Nayan kemudiannya diberi tempoh masa selama 14 hari untuk pengguna Instagram dengan nama @ahmadsan81 tampil bersemuka dan membuat permohonan maaf.
Rita dikurniakan dua cahaya mata Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8.
Rita berkahwin dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 namun mengambil keputusan untuk bercerai pada September 2013.

Wednesday, October 30, 2019

Viral !!! “Kalau dah lenjan 15 jam macam tu... solat semua dekat mana ya?” - Alif Satar jawab soal sembahyang ketika cabaran Ironman


“Kalau dah lenjan 15 jam macam tu... solat semua dekat mana ya?” - Alif Satar jawab soal sembahyang ketika cabaran Ironman
Alif sempat menunaikan solat sewaktu mengikuti cabaran Ironman Langkawi 2019 pada Ahad lalu.
KEJAYAAN penyanyi Alif Satar menamatkan cabaran Ironman Langkawi 2019 yang diadakan di Pantai Cenang, Langkawi pada pagi Ahad lalu menerima perhatian ramai.
Cabaran selama 15 jam itu juga tidak menjadi penghalang kepada pengacara Big Stage itu untuk menunaikan ibadah wajib sebagai seorang beragama Islam.
ARTIKEL BERKAITAN: Ambil masa 15 jam, Alif Satar berjaya tamatkan cabaran Ironman - “Perkara gila yang saya pernah lakukan”
ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar ditanya tentang seluar dalam, ramai jawab lebih selesa 'go commando'
Perkara berkenaan didedahkan Alif selepas terdapat netizen yang mempersoalkan sama ada peserta sukan triatlon itu sempat menunaikan solat sepanjang acara berlangsung.
Antara jawapan Alif ketika ditanya mengenai solat.
"Maaf tanya, kalau dah lenjan 15 jam macam tu... solat semua dekat mana ya? Mereka ada berhenti solat ke? Maaf bertanya," tulis salah seorang netizen menerusi ruang komen di Instagram.
Komen tersebut mendapat perhatian Alif yang menjelaskan bahawa pihak penganjur amat peka dan menyediakan ruang solat buat peserta menunaikan ibadah itu.
"Ada ruang solat di transition 2 (bike to run).
"Bila ambil wudhu ada volunteer tolong pegangkan botol... organiser Ironman sediakan ruang khas untuk atlet beragama Islam," ujarnya.
Menerusi acara tersebut, Alif berjaya menamatkan cabaran dengan berenang sejauh 3.8 kilometer, berbasikal sejauh 180 kilometer dan berlari 42 kilometer dalam masa 15 jam 5 minit 49 saat.
Bila ambil wudhu ada volunteer tolong pegangkan botol... organiser Ironman sediakan ruang khas untuk atlet beragama Islam.
ALIF SATAR
Pengacara
Dalam pada itu, rata-rata pengikutnya memuji Alif yang menyifatkan dia sebagai wira sebenar.
"Ini barulah Ironman sebenar!
"Ini membuatkan anda lebih dihormati. Tahniah Alif! Ironman sebenar, adiwira kepada isteri dan anak-anak.
"Terbaik! Tak jadi juara pun tak apa. Yang penting apa yang wajib tidak tinggal," tulis netizen.
Untuk perlumbaan itu juga seramai 2,500 atlet dari 70 negara telah menghantar penyertaan.
Ia merupakan kali kedua pelakon drama Red Velvet itu menyertai kejohanan tersebut.
Sebelum ini, Alif mencatatkan masa enam jam 42 minit untuk menamatkan perlumbaan yang melibatkan berenang sejauh 1.6 kilometer, berbasikal 90 kilometer dan berlari sejauh 21.1 kilometer.

Tuesday, October 29, 2019

Tepi jalan dekat longkang, gadis akui kurang setuju dating pertama di warung -“Tak makan kata aku demand”



Tepi jalan dekat longkang, gadis akui kurang setuju dating pertama di warung -“Tak makan kata aku demand”

Perkongsian mengenai temu janji di warung menerima maklum balas berbeza-beza daripada netizen. (Gambar Hiasan).
BERCERITA mengenai temu janji pertama dengan kekasih, kebanyakan individu pastinya akan membawa pasangan mereka ke lokasi yang istimewa.
Namun, apa reaksi anda jika dibawa ke warung saat pertama kali keluar dating dengan pasangan?
Demikian persoalan yang ditimbulkan di Twitter yang mana ia menerima pelbagai reaksi berbeza daripada netizen.
Menurut seorang jejaka, jika tiada duit sekalipun, bawalah pasangan ke lokasi yang bersesuaian.
Tambah individu tersebut, kaum hawa pastinya berpakaian cantik, lengkap dengan wajah yang ditatarias untuk keluar temu janji sekaligus menjadikan lokasi di warung kurang sesuai untuk pertemuan tersebut.
"Makan McD pun tak apa kalau poket rabak sangat. Ni first date dah beria nak uji perempuan boleh makan kat mamak la, warung la. Gentleman la," tulisnya.
Perkongsian di Twitter @googlepixelmy.
Menurut seorang lagi individu, temu janji di lokasi mewah bukanlah indikasi dalam sesuatu hubungan.
Apa yang penting katanya, lokasi itu bersih dan tidak menjatuhkan maruah diri.
Seorang lagi pelayar Twitter turut berkongsi pengalamannya dibawa ke warung untuk temu janji pertama.
Warung-warung juga, sekurang-kurangnya sebelum nak singgah tu tolong tengok kebersihan tu macam mana.
PELAYAR TWITTER
"Tak kisah langsung. Pertama kali keluar dengan teman lelaki saya, kami buat keputusan untuk ke pantai.
"Makan cendol dan asam pedas di warung kecil. Saya rasa gadis-gadis tak kisah pun.
"Yang penting kenangan yang tercipta," ujarnya.
Berbeza pula pendapat gadis ini yang mana dia mempertikaikan lokasi temu janji di warung.
Ujarnya, warung pada kebiasaannya sering dikaitkan dengan isu kebersihan.
Kata sesetengah netizen, mereka tak kisah makan di warung asal rasanya sedap dan harga berpatutan. (Gambar Hiasan).
"Kadang-kadang bukan memilih tapi tu la tempat macam ni selalunya kebersihan rendah.
"Pelayan pun kadang-kadang kuku panjang lepas tu tepi jalan dekat longkang.
"Warung-warung juga, sekurang-kurangnya sebelum nak singgah tu tolong tengok kebersihan tu macam mana.
"Kejap lagi aku tak makan kata aku demand," tulis gadis berkenaan di ruangan balas posting tersebut.
Beberapa individu lain turut mengakui tidak kisah dibawa ke warung oleh pasangan.
Antara komen netizen di Twitter.
Ujar mereka, apa yang penting menu yang disediakan sedap dan harganya juga murah.
"Warung la best! Harga pun berpatutan. Asalkan makanan sedap dan perut kenyang.
"Tak ada masalah pun makan kat mana-mana. Cuma masalah bagi aku bila dah sampai tempat makan tu nanti tak tahu nak makan apa.
"OK je, sebab kalau tempat mahal, harga cekik darah. Aku yang hilang selera nak makan.
"Aku menjalin cinta dengan makwe aku iaitu sekarang dah jadi bini aku hanya bermula di warung. Dia suka makan nasi lemak kat warung tu," tulis beberapa netizen.
Tags/Kata Kunci:dating , temu janji , kekasih , warung


































Monday, October 28, 2019

Wow !!!! Ambil masa 15 jam, Alif Satar berjaya tamatkan cabaran Ironman - “Perkara gila yang saya pernah lakukan”


Ambil masa 15 jam, Alif Satar berjaya tamatkan cabaran Ironman - “Perkara gila yang saya pernah lakukan”

Alif Satar berjaya menamatkan kesemua cabaran dalam masa 15 jam.
SELEBRITI terkenal Alif Satar meluahkan rasa bersyukur dan teruja apabila berjaya menamatkan cabaran Ironman Langkawi 2019 yang diadakan di Pantai Cenang, Langkawi, pada pagi, Ahad.
Pemilik nama Muhammad Alif Mohd Satar, 29, ini menganggap cabaran yang melibatkan aktiviti berenang, berbasikal dan berlari merupakan sesuatu perkara yang tidak masuk akal pernah dilakukannya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Artis perlu jadi contoh yang baik, bukan ingin popular semata-mata” - Alif Satar
Penyanyi lagu Sungguhnya Aku itu berjaya melakukan cabaran 3.8 kilometer berenang, 180 kilometer berbasikal dan 42 kilometer berlari dalam masa 15 jam.
lif kongsi kegembiraan dia berjaya tamatkan cabaran di IG.
"Perasaan yang menakjubkan. Tak sabar nak kongsi cerita saya kepada anda semua. Terima kasih semua yang datang sokong dan bagi semangat sepanjang Pantai Cenang.
"Saya minta maaf kalau sorakan tak terbalas. Keadaan mental saya tidak baik ketika itu. Alhamdulillah berjaya laluinya. Kemungkinan perkara gila yang saya pernah lakukan.
"3.8 kilometer berenang, 180 kilometer berbasikal dan 42 kilometer berlari. Semuanya dalam masa 15 jam 5 minit dan 49 saat. P/S Tony Stark bukan Ironman... saya," katanya.
Saya minta maaf kalau sorakan tak terbalas. Keadaan mental saya tidak baik ketika itu.
ALIF SATAR
Pengacara, penyanyi dan pelakon
Alif berkongsi kegembiraan dan keterujaan selesai menamatkan cabaran tersebut menerusi laman Instagramnya dan rata-rata pengikut mengucapkan tahniah.
Malah, nama Alif Satar turut menjadi trending di laman Twitter dengan ucapan tahniah daripada netizen yang berbangga dengan pencapaiannya itu.
"Gila la Alif Satar ini. Double triple full package,"
"Alhamdulillah, anda adalah Ironman kami! Good Job dan anda berjaya!"
Netizen jadikan Alif Satar sebagai inspirasi buat mereka.
"Setiap kali saya baca atau lihat semua cerita mengenai dia, saya rasa teruja. Sangat memberi inspirasi, tahniah. Kudos to you Alif Satar," ujar netizen.
Bagi acara tersebut pada tahun ini, seramai 2,500 atlet dari 70 negara telah menghantar penyertaan.
Sementara itu, tahun ini juga merupakan kali kedua pelakon drama popular Red Velvet itu menyertai kejohanan tersebut.
Sebelum ini, Alif mencatatkan masa enam jam 42 minit untuk menamatkan perlumbaan yang melibatkan berenang sejauh 1.6 kilometer, berbasikal 90 kilometer dan berlari sejauh 21.1 kilometer.

Sunday, October 27, 2019

Terkini !!!Jenazah Pitt Hanif ditemui dalam keadaan baik - “Mama minta maaf tak jaga Pitt seperti mana janji pada arwah abah”


Jenazah Pitt Hanif ditemui dalam keadaan baik - “Mama minta maaf tak jaga Pitt seperti mana janji pada arwah abah”

Fauziah mengesahkan jenazah anaknya sudah ditemui dan dibawa ke hospital Kuala Lipis.
SELEPAS dua hari dilaporkan hilang, pengarah filem Coast Guard iaitu Pitt Hanif disahkan meninggal dunia selepas pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui jenazahnya di Sungai Mela, Kuala Lipis pada petang, Ahad.
Berita itu disahkan sendiri oleh ibu Allahyarham Pitt atau nama sebenarnya Mohd Firdaus Mohamad Hanif, 43, yang juga pelakon Fauziah Nawi menerusi siaran langsung di laman Facebook.
Menurut Fauziah, pihak bomba memaklumkan jenazah ditemui dalam keadaan baik biarpun sudah hampir dua hari di dalam air.
“Saya ingin mengumumkan bahawa jenazah anak saya Mohd Firdaus Haji Mohamad Hanif ataupun dikenali sebagai Pit Hanif telah pun ditemui dalam keadaan yang sangat elok.
“Berita itu diberitahu adik saya, Mohamad Fauzi yang berada di lokasi. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada yang mendoakan dan yang berusaha mencari jenazah anak saya.
“Alhamdulillah menurut adik saya, pihak bomba yang jumpa jenazah berkata tak pernah lagi mereka jumpa jenazah seperti itu sudah dalam air selama dua hari,” katanya sambil tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir.

Pitt dikatakan cuba berenang selepas bot yang dinaikinya terbalik namun gagal ditemui.
Sebelum ini, Pitt dan jurukamera Sham Mokhtar menaiki sebuah bot untuk memancing di Sungai Mela, Kuala Lipis selepas menamatkan penggambaran sebuah filem pada pukul 9 Pagi.
Menurut seorang kru produksi filem Coast Guard memberitahu kejadian pukul 11 pagi itu disaksikan isteri jurukamera Sham Mokhtar.
Jurukamera filem itu dapat menyelamatkan diri dan Pitt dikatakan cuba berenang selepas bot yang dinaiki terbalik namun gagal ditemui.
Dalam pada itu, Fauziah turut meluahkan rasa sedih apabila dia tidak dapat menunaikan janji arwah suaminya untuk menjaga anak mereka dengan baik.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.
Kata Fauziah, Allahyarham sudah dibawa ke Hospital Kuala Lipis, Pahang namun masih tidak mengetahui jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya atau kediaman keluarga mertua yang didiami bersama isteri serta anak-anak.
“Pitt mama minta maaf tak dapat nak jaga Pitt seperti mana mama janji pada arwah abah. Terima kasih dan doakan semuanya. Mayat anak dah dibawa hospital Kuala Lipis.
“Tapi tak tahu akan bawa di rumah saya di Taman Melati atau rumah besan saya di mana dia tinggal bersama isteri dan anak-anaknya. Berakhir sudah hidup anak saya di usia 43 tahun,” ujarnya.

Saturday, October 26, 2019

Wow..!!!! Dugaan bakal pengantin... motor rosak di laluan sunyi, ‘lelaki kiriman tuhan’ muncul dalam hujan lebat -



Dugaan bakal pengantin... motor rosak di laluan sunyi, ‘lelaki kiriman tuhan’ muncul dalam hujan lebat - “Hari ini harimu, esok aku pula”
Hafiz bersama Abang Yeo yang membantunya ketika mengalami masalah motoikal rosak di Lebuhraya MEX.
BERDEPAN situasi motosikal rosak di lebuh raya mungkin sukar dilupakan oleh penunggang lebih-lebih lagi jika ia berlaku di waktu malam dalam keadaan hujan.
Lebih menakutkan, jika penunggang itu berseorangan dan jarak rumah masih jauh. Jika itu berlaku, hanya kesabaran dan seterusnya berharap agar ada orang yang sudi menghulurkan bantuan.
Pengalaman Hafiz Nordin, 26, berdepan dengan dugaan motosikalnya rosak di Maju Expressway (MEX) Khamis lalu begitu menguji kesabarannya.
Menurut Hafiz dia terpaksa menolak motosikalnya itu dalam keadaan hujan lebat.
Hafiz berjaya mencari maklumat Abang Yeo dengan bantuan pengguna Twitter.
“Saya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di KLCC menuju ke Puchong. Sebaik sahaja melepasi tol di MEX, motosikal saya buat hal.
“Saya cuba hidupkan, nasib baik boleh bergerak, tetapi hanya beberapa meter sahaja. Lepas tu enjin mati balik dan langsung tak boleh nak ‘start’.
“Tak ada cara lain, terpaksalah menolaknya dalam keadaan hujan lebat. Ketika itu dalam hati risau juga jika ada lori atau kereta yang tak nampak saya.
“Lebih merisaukan saya ketika itu, dua hari lagi saya bakal berkahwin (Sabtu). Tak lama selepas itu, saya cuba cari ‘contact’ untuk dihubungi minta bantuan memandangkan rumah saya lebih 15 kilometer dari tempat motosikal rosak itu,” kongsinya kepada mStar.
Jelas pemuda kelahiran Selangor ini, doanya agar ada individu yang datang membantunya termakbul.
Dia tak cakap banyak. Tanya keadaan saya dan terus bantu tolak motosikal saya sampai ke rumah.
HAFIZ NORDIN
“Beberapa minit berhenti selepas tolak motosikal tu, datanglah seorang lelaki yang tak dikenali menghulurkan bantuan.
“Dia tak cakap banyak, tanya keadaan saya dan seterusnya bantu tolak motosikal saya sampai ke rumah.
“Saya ingatkan dia hanya nak hantar ke kawasan bengkel atau mana-mana tempat yang berdekatan dengan rumah saya. Tetapi dia hantar sampai ke pintu rumah.
“Dia hanya memperkenalkan dirinya sebagai ‘Abang Yeo’ sahaja. Apabila sampai di rumah saya nak hulurkan sedikit duit, tetapi dia tolak.
“Katanya, ‘hari ni hari mu, esok aku pulak’. Dan dia terus bergerak balik. Saya memang tak sempat tanya panjang pasal dirinya.

Hafiz bersama isterinya berbulan madu di Bali.
“Apa pun saya sangat bersyukur kerana masih ada lagi orang yang berhati baik dan sanggup menolong orang lain walaupun masing-masing tak kenal antara satu sama lain,” jelas anak keempat daripada enam orang adik beradik ini.
Tambah Hafiz, dia tidak akan melupakan jasa baik Abang Yeo dan akan cuba menjadi lebih baik daripada dirinya sekarang.
“Abang Yeo mengajar saya untuk menjadi orang yang lebih baik daripada sekarang. Selalu tolong orang yang memerlukan, ikut kemampuan.
“Selepas kejadian itu, saya dan Abang Yeo menjadi kawan dan berhubung. Saya ada juga mengajak datang ke majlis resepsi kahwin saya Sabtu.
“Tetapi belum pasti dia datang atau tidak. Harap-harap Abang Yeo boleh datanglah sebab inilah tanda ingatan dan penghargaan buatnya.
erkongsian Hafiz di Twitter mendapat lebih 3,000 ulang kicau.
“Alhamdullilah Sabtu lalu saya selamat diijabkabul dengan tunang saya, Sheralia Ufairah,” ujarnya yang baru pulang berbulan madu di Bali pada Khamis.
Tambah Hafiz, tak rugi berbuat baik kepada orang lain kerana akan ada hikmahnya.
“Kita berbuat baik bukan untuk dapat upah atau menunjuk-nunjuk, sebaliknya saya yakin setiap kebaikan itu akan ada balasannya.
“Jadi kepada penunggang-penunggang motosikal semua atau pemandu kenderaan lain, bantulah sesiapa yang mengalami masalah ketika dalam perjalanan,” katanya ringkas.

Friday, October 25, 2019

Pesan cheeseburger, dapat roti dan keju! McDonald’s terus DM Puteri Jihan... jawapannya buat netizen ‘cair’


Pesan cheeseburger, dapat roti dan keju! McDonald’s terus DM Puteri Jihan... jawapannya buat netizen ‘cair’

McDonald's Malaysia memberi komen kepada posting yang dimuatnaik Tengku Puteri Jihan sambil membuat permohonan maaf kepada puteri Diraja tersebut.

SEMEMANGNYA sikap sopan dan merendah diri Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah 'turun' kepada anak-anak baginda.
Tidak hairanlah mengapa keluarga diraja ini begitu mendapat tempat di hati rakyat.
Ceritanya bermula apabila anak bongsu Tunku Azizah, Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah memuatnaik satu gambar di Twitter menunjukkan makanan yang dipesannya dari sebuah restoran makanan segera.
Dalam nada bergurau dan santai, Tengku Puteri Jihan menulis “Bila order cheeseburger lepas itu betul-betul dapat cheese dan roti saja”.
Posting tersebut diulang kicau (retweet) sehingga lebih 6,500 kali selain dihujani komen netizen.
Posting Puteri Jihan mendapat perhatian netizen sehingga ia diulang kicau 6,500 kali.
Rata-ratanya berkongsi pengalaman yang sama dengan Puteri Jihan sambil membuat pautan (tag) terhadap akaun restoran berkenaan dalam komen mereka.
Posting tersebut kemudiannya mendapat perhatian restoran berkenaan.


Jawapan balas Puteri Jihan kepada McDonald's dikagumi netizen.
Menulis di ruangan komen, McDonald's Malaysia memohon maaf kepada Puteri Jihan dan dalam masa yang sama memintanya memeriksa pesanan yang ditinggalkan mereka di Direct Message.
Namun apa yang membuatkan netizen terkasima adalah jawapan balas Puteri Jihan terhadap komen restoran makanan segera berkenaan.
“Hi, tak mengapa. Ia kesilapan yang tidak teruk dan apa yang saya tulis hanyalah sekadar jenaka. Saya tetap suka McDonald's,” tulisnya.
Puteri Jihan memuatnaik satu posting berasingan meminta netizen tidak memperbesarkan isu berkenaan.
Dalam satu posting berasingan, Puteri Jihan turut meminta netizen agar tidak marahkan restoran makanan segera tersebut.
“Walaupun dia bagi saya cheese dangan roti saja saya habis juga,” tulisnya.
Reaksi tersebut mendapat pujian para warganet yang kagum dengan kerendahan hati puteri berkenaan.
“Baiknya hati Tengku,” tulis seorang pelayar.
“Kerendahan hati tuanku sangat mempesona. Kami sangat bangga dengan tuanku,” tulis seorang pelayar lagi.

Monday, October 21, 2019

FuhTudiaa!!!Kunci tayar kereta parkir di petak OKU, pak guard ‘mandi darah’ dipukul dengan kayu golf!

Kunci tayar kereta parkir di petak OKU, pak guard ‘mandi darah’ dipukul dengan kayu golf!
Find Out More
DIA yang parkir di tempat Orang Kelainan Upaya (OKU), dia yang pukul orang!
Demikian komen netizen berhubung tindakan seorang lelaki yang memukul pengawal keselamatan warga Nepal selepas kereta dinaikinya dikunci tayar kerana diletakkan dalam petak OKU.
Menerusi kejadian di sebuah kondominium di Setapak, Kuala Lumpur pada Ahad petang, suspek bersama seorang lagi rakannya dilihat sedang bergelut dengan pengawal warga asing berkenaan.
Malah, baju seragam putih yang dipakai pengawal itu turut dipenuhi dengan darah.
Rakaman yang tular di Twitter @My_CrimeWatch menunjukkan mangsa mengalami pendarahan yang agak banyak di bahagian telinga.
Memetik laporan Berita Harian, suspek membelasah mangsa menggunakan kayu golf.
Kata Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail, mangsa membuat rondaan sebelum mendapati sebuah Honda Jazz diletakkan dalam petak OKU.
Mangsa mengunci tayar sebelum suspek dan rakannya datang setengah jam kemudian dan meminta agar ia dibuka.
Honda Jazz dinaiki suspek diletakkan di ruang tempat letak kereta OKU.
Tidak mempedulikan saranan agar membayar denda di pejabat pengurusan terlebih dahulu, suspek cuba merosakkan alat tersebut sebelum menumbuk muka mangsa.
Lebih parah, suspek mengambil kayu golf dalam but kereta dan memukul mangsa.
Suspek dari Jertih, Terengganu itu ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.
Mangsa yang mengalami kecederaan pada tangan dan telinga kanannya menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, video kejadian sehingga kini menerima hampir 100,000 tontonan di Twitter.
Malah, ia turut dihujani pelbagai komen yang rata-ratanya mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan suspek berkenaan.
"Lain kali otak tu jangan berkarat macam rambut tu tak tau tu parking untuk OKU.
"Dah buat salah, tapi acah betul. Susah la orang perangai macam ni," tulis beberapa netizen.

Wednesday, October 16, 2019

TUdia !!! Lama menipu teman wanita, lelaki ini akhirnya kantoi curang melalui khidmat penghantar makanan


Lama menipu teman wanita, lelaki ini akhirnya kantoi curang melalui khidmat penghantar makanan
Pada zaman sekarang kecurangan boleh terbongkar dalam pelbagai cara termasuklah melalui khidmat penghantaran makanan. -Gambar hiasan (foto Nikkei Asian Review)
HUBUNGAN jarak jauh memerlukan pengorbanan, kejujuran dan kesetiaan. Jika tidak, anda mungkin menerima nasib yang sama dengan gadis ini.
Gadis di Taiwan ini mahu menjadi seorang kekasih yang prihatin apabila dia membuat kejutan memesan makanan untuk teman lelakinya yang sakit.
Malangnya, teman lelakinya itu kantoi!
Menurut laporan NowNews, gadis itu telah bercinta dengan lelaki berkenaan selama dua tahun dan mereka berada dalam hubungan jarak jauh.

Menurutnya, mereka biasanya akan berbual sebelum tidur tetapi sebelum mereka putus hubungan, dia sedar teman lelakinya banyak berubah, sudah tidak 'sweet' seperti dulu.
Dia sering memberikan banyak alasan untuk tidak menjawab panggilannya atau membalas mesej dengan menyatakan dia sangat letih dan tertidur.
"Saya pilih untuk percayakan dia dan tak mahu mengganggunya bila dia beritahu sedang berehat.
"Suatu hari, dia beritahu saya bahawa dia tak sihat dan mahu tidur lebih awal. Ini bermakna dia tidak dapat berbual di telefon dengan saya malam itu.
"Saya bimbangkan dia, entah ada makanan atau tidak di rumahnya, jadi saya memesan makanan untuknya," tulisnya.
Apabila budak penghantar tiba di rumah teman lelakinya, dia menghubungi gadis itu kerana tiada siapa membuka pintu.
Jadi, gadis itu menghubungi teman lelakinya yang kononnya sedang sakit, dengan berfikir dia tak mendengar bunyi loceng.
Perkhidmatan penghantaran makanan membantu memudahkan kehidupan manusia. -Gambar hiasan
Berikut perbualan mereka:
Teman lelaki: Hello (Latar belakang sangat tenang, seperti berada di rumah)
Gadis: Maaf, saya tahu awak tak sihat tapi saya tak bermaksud nak ganggu awak. Saya ada pesan makanan untuk awak, buka pintu untuk ambil makanan, kemudian rehatlah secukupnya selepas makan.
Teman lelaki: (Senyap) Saya tak ada di rumah. Maaf, saya tak bermaksud nak tipu, tapi saya di luar sekarang dengan kawan-kawan saya.
Gadis: Jika awak keluar dengan kawan-kawan, kenapa tak beritahu saya? Bukannya saya tak benarkan awak keluar dengan kawan.
Selepas lama bertengkar, lelaki itu akhirnya mengaku menipu dan dia pergi ke rumah kawan perempuan sekelasnya.
"Saya hanya ingin mengingatkan anda semua jika menjalinkan hubungan jarak jauh dan anda tiba-tiba buat kejutan menghantar makanan untuk orang tersayang, hati-hati kerana hubungan anda mungkin akan terputus."
Netizen tidak sangka hanya melalui khidmat pesanan makanan, hubungan cinta dapat berakhir sekelip mata dengan penuh dramatik.
Ramai juga memuji gadis itu sebagai teman wanita yang baik dan prihatin serta mengecam lelaki itu kerana menipu. -WOB Mstar

Monday, October 14, 2019

Dah la kacak, memasak pun handal! Pelajar UiTM ini buat para gadis tak senang duduk - “Kenyit mata tu paling style”

Dah la kacak, memasak pun handal! Pelajar UiTM ini buat para gadis tak senang duduk - “Kenyit mata tu paling style”

Video Fitri sedang memasak menerima hampir sejuta tontonan dan turut dihujani pelbagai komen netizen di Twitter.
"ALA kenyit mata pula," demikian komen seorang netizen secara berseloroh mengenai satu video tular di Twitter.
Rakaman yang sudah ditonton hampir 800,000 kali itu menunjukkan seorang jejaka sedang memasak di dapur.
Selain api yang kelihatan menjulang dari kuali, tindakannya yang mengenyit mata pada penghujung video cukup mencuri perhatian netizen.
Bercerita kepada mStar, Fitri Mubaraq Abdullah, 20, mengakui terkejut apabila video berkenaan kini mencecah sejuta jumlah tontonan menerusi platform media sosial itu.
"Terkejut, memang tak jangka akan viral. Saja sekadar post sahaja. Saya duduk rumah sewa, lapan orang. Biasanya saya yang akan masak.
Selepas habis sekolah, mak suruh cari kerja sambilan. Saya bekerja sebagai tukang masak di medan selera sebuah pusat beli-belah.
FITRI MUBARAQ ABDULLAH
"Kami kumpul duit untuk beli barang dapur. Jimatlah sikit berbanding makan di kedai.
"Biasanya saya masak dua kali sehari, untuk tengah hari dan malam. Kawan-kawan pun akan tolong kemas, potong-potong, ada juga yang tolong masak," ujarnya sewaktu dihubungi.
Menurut penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Arau, Perlis itu, dia mula belajar memasak selepas menamatkan pengajian sekolah menengah.

Fitri (empat dari kanan) bersama rakan serumahnya.
"Selepas habis sekolah, mak suruh cari kerja sambilan. Saya bekerja sebagai tukang masak di medan selera sebuah pusat beli-belah.
"Dari situ saya belajar. Sebelum tu tak pernah masak, tapi selalu tengok mak masak.
"Antara menu yang saya boleh masak ialah ayam lada hitam, paprik sotong, sambal petai ikan bilis dan sup sayur.

Fitri merupakan penuntut UiTM Arau, Perlis.
"Ada juga netizen yang fikir saya pelajar kulinari tapi tak pun sebenarnya," kata penutut bidang Seni Bina, Perancangan dan Ukur itu.
Kata anak kelahiran Bertam Ulu, Melaka itu, dia juga mahu berkongsi lebih banyak video masakan di media sosial seandainya masa mengizinkan.
Dalam pada itu, video Fitri yang kini sedang tular turut dihujani pelbagai komen termasuklah yang memuji rupa parasnya.

Antara hidangan yang dihasilkan oleh Fitri.
"Paling jealous bila lelaki lagi pandai masak ni.
"Kenyit mata tu paling style.
"Tak puas tengok video ni dia masak separuh je. Nak full video siap masak.
"Alhamdulillah mak saya dah jumpa bakal baba anak-anak saya. Rasanya mak dah boleh standby apa yang patut," komen beberapa netizen.

Friday, October 11, 2019

Perancang perkahwinan mati selepas 12 jam makan kek ikan


Perancang perkahwinan mati selepas 12 jam makan kek ikan
Darren meninggal dunia selepas 12 jam mencuba kek ikan (gambar hiasan).
SEORANG perancang perkahwinan meninggal dunia selepas 12 jam mencuba makanan untuk majlis.
Darren Hickey kelihatan gembira ketika mencuba makanan sehingga dia sukar bernafas kerana kesakitan.
Dia telah diberi kek ikan oleh chef sebelum meninggalkan venue untuk menghadiri satu mesyuarat pada 4 April lalu.
Darren,51, menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya apabila terasa sakit dan terus bergegas ke Hospital Chorley dan hanya diberi paracetamol dan terus pulang ke rumah.
Sebaik sahaja tiba di rumahnya di Bolton, Darren cuba berehat dan menyedari bahagian lehernya semakin sakit dan menjadi lebih teruk.
Dia kedengaran seperti tersedak.
Darren dihantar ke hospital dan tidak dapat menjalani rawatan kerana tiada kemudahan pakar.
Dia kemudian mati lewat tengah malam.
Menurut pakar patologi, kes seperti itu sangat jarang dan biasanya ia berkaitan seperti banyak terhidu asap yang menyebabkan membakar saluran pernafasan.
Tujuh tahun lalu, Darren pernah mengalami strok dan terpaksa tinggal di hospital selama 18 bulan. - metro.co.uk

Wednesday, October 9, 2019

Viral..Rakan kesal pesakit kritikal muntah darah, doktor suruh tunggu appointment... nurse risau tentang uniform - “Nanti merecik kat baju naya nak basuh”


Rakan kesal pesakit kritikal muntah darah, doktor suruh tunggu appointment... nurse risau tentang uniform - “Nanti merecik kat baju naya nak basuh”

Gadis ini berkongsi pengalaman menghantar rakannya yang sedang kritikal di hospital.
'KAWAN mudah dicari, tetapi sahabat sejati sukar diperolehi,' begitulah ungkapan yang sesuai untuk hubungan persahabatan gadis ini.
Baru-baru ini tular satu posting yang dimuatnaik oleh seorang gadis yang dikenali sebagai Umie di akaun Twitter miliknya dengan kapsyen: 'Cerita pagi tadi. Pukul 5 pagi, housemate ketuk pintu bilik minta tolong. Aku terkejut berlari pergi bilik dia, ingat ada ular ke apa kat tandas sebab dia lari pergi tandas. Sampai je tandas bilik dia, penuh dengan darah. Ya Allah, takut gila masa tu. Dia cakap telefonkan ambulan'.
Posting tersebut yang dimuatnaik pada Ahad, berjaya menarik perhatian ramai dengan meraih kira-kira 7,700 ulang kicau (Retweet) dan 3,300 suka (likes).
Menerusi perkongsian bebenang (thread), jelas sekali Umie risau melihat keadaan rakannya, Hafizah yang pakaiannya dipenuhi darah ketika itu. Walaupun Umie mahu menghantarnya ke hospital, namun dia tetap berkeras hanya meminta untuk panggilkan ambulan.
"Dalam keadaan mulut berdarah dia cakap, kalau kau hantar nanti dekat emergency, doktor buat layan tak layan je. Kalau datang dengan ambulan nanti doktor layan cepat sambil batuk dan mulut penuh darah.
"Tak ada pilihan, aku telefon ambulans. Mereka cakap tak ada ambulan kosong, semua keluar. Lepas tu dengan soalan dia ada dalam 10 minit dia tanya aku, teruk ke dia? Dia boleh jalan ke? Dia sakit apa je? Aku cakap kalau tak teruk, aku tak telefon ambulans," katanya menerusi bebenang.
Namun selepas menjawab pertanyaan-pertanyaan itu, menurut Umie jawapan yang diterima tetap sama, 'tak ada ambulan kosong'. Kemudian dia mengambil keputusan untuk terus membawa rakannya ke hospital, berbekalkan plastik khas untuk rakannya muntah.
UMIE
RAKAN BAIK PESAKIT
Katanya ketika sedang bersiap-siap, pihak hospital ada menghubunginya memaklumkan bahawa dalam masa beberapa minit lagi ambulans akan sampai dan mereka berdua setuju untuk menggunakan perkhidmatan itu.
Di dalam ambulans, Umie yang pada mulanya risau dengan keadaan Hafizah sedikit lega kerana rakannya nampak lebih tenang dan tidak lagi batuk seperti pada awalnya. Apabila sampai di hospital, Hafizah ditolak masuk ke zon kuning untuk diberikan rawatan.
Selepas hampir dua jam diminta untuk tunggu di luar, Hafizah kemudiannya berjumpa dengan doktor untuk mengetahui keadaan sebenar rakannya.
"Doktor cakap, kamu dah datang kelmarin kan, dah ada appointment kan... Habis kamu buat apa datang sini lagi. Kamu kena proceed dengan kamu punya appointment.
"Lepas tu kawan aku cakap yang dia batuk darah dan sesak nafas teruk pagi tadi. Jadi dia datanglah hospital. Kemudian doktor kata, sama je kalau kamu datang, saya tak boleh buat apa-apa. Kamu kena tunggu appointment," luah gadis itu yang kecewa dengan sikap yang ditunjukkan doktor itu.
Jelas Umie lagi, doktor itu menyatakan bahawa dia hanya boleh melakukan ujian darah sahaja dan jika tidak mempunyai sebarang masalah Hafizah perlu menunggu temujanji seterusnya.

Kongsi Umie akan keadaan rakannya.
Dia kemudiannya menolak keluar kerusi roda untuk menunggu keputasan ujian darah.
"Tiba-tiba, kawan aku panggil, 'Umi... Umi... panggil doktor, sesak nafas ni, sakit dada'. Aku lari masuk bilik doktor tadi cakap, doktor pesakit tadi sesak nafas dan batuk darah balik, banyak!
"Doktor tu boleh cakap, ye saya tahu. Saya kan dah ambil darah dia tadi. Mereka check lagi belum ada keputusan. Aku dah mula angin. Doktor! Orang tu separuh mati kat luar, paling tidak buatlah sesuatu! Bagi dia baring ke, bagi dia ubat apa-apa dulu," katanya yang marah.
Umie turut menyatakan bahawa keadaan rakannya pada waktu itu kembali kritikal seperti keadaan ketika dia di rumah. Malah dia juga kecewa dengan sikap doktor tersebut seolah-olah lepas tangan dengan kes ini.
"Aku dengar batuk kawan aku dah teruk balik macam pagi tadi dekat rumah. Aku cakap kat doktor takkan aku yang nak check dia. Siapa doktor sekarang ni! Dia tengok aku dah meradang, dia kata kamu tolak dia masuk dalam. Saya nak tengok teruk macam mana.
"L****unya lahai. Aku tolak kerusi roda si Fizah ni. Dah banyak darah kat mulut dia dan dalam plastik, lebih tiga cawan ada darah dia. Banyak dan pekat! Doktor tengok dia batuk macam teruk, dia kata kamu jangan paksa batuk. Orang takkan nak paksa batuk sampai berdarah!" luahnya menerusi posting tersebut.

Rata-rata netizen tidak puas hati dengan tindakan doktor itu.
Malah dakwanya, terdapat juga sesetengah jururawat yang tidak bersikap profesional ketika mengendalikan kes rakannya di bilik kecemasan itu.
"Weh... weh... pakai mask dan apron plastik tu, nanti merecik kat baju putih naya wey nak basuh, bukan senang nak cuci baju putih. Si Fizah ni nak nangis. Aku rasa nak mengamuk je bila nurse tu cakap depan muka Fizah.
"Lepas tu salah seorang doktor yang check Fizah jerit, tolak pergi zon merah! Pasang oksigen dengan masukkan darah sekarang. Jantung aku berderau," jelas Umie tentang situasi cemas bercampur marah di dalam zon kuning.
Selepas lima minit, dengan rasa bersalah doktor itu memberitahu Umie yang mereka tidak boleh berbuat apa-apa dan memintanya untuk terus hubungi keluarga rakannya.
Menurut doktor itu, keadaan rakannya semakin kritikal dan hanya bergantung pada mesin kerana dia sukar untuk bernafas sendiri. Malah doktor juga tidak memberi sebarang harapan selain bergantung pada prestasi rakannya sendiri.
Umie sedikit terkesan dan terkilan dengan layanan doktor serta jururawat yang mengendalikan kes rakannya itu kerana hanya mengukur tahap keseriusan pesakit itu dari luaran semata-mata.
"Sedih aku tengok mak Fizah menangis. Last kami masuk, Fizah pengsan dengan mulut, baju penuh darah. Doktor cakap sekarang di zon merah dan kemungkinan akan dimasukkan ke ICU tapi bergantung pada prestasinya. Doakan Hafizah tau, dia kritikal sekarang," luah gadis itu.
Dia kemudiannya mengemaskini semula bebenang di posting tersebut pada tengah malam Isnin dengan memaklumkan kondisi rakannya yang semakin kritikal.
"Hafizah kena tolak masuk ICU balik . Untuk pemantauan Doktor . Dari wad biasa ke ICU semula. Telefon mak dia tadi, dengar menangis dari tadi tak henti-henti. semoga urusan dipermudahkan ya Allah," kongsinya pada posting tersebut.

Tuesday, October 8, 2019

Viral !!! Kenapa biadab? Uncle bawa 4WD terus ‘blah’, tak mahu bincang selepas langgar kereta




Kenapa biadab? Uncle bawa 4WD terus ‘blah’, tak mahu bincang selepas langgar kereta

Tangkapan skrip video seorang pemandu 4WD didakwa melanggar sebuah kereta di Lebuhraya Sungai Besi, Kuala Lumpur, sehingga menjadi tular.
BIADAB! Begitulah gambaran mengenai seorang pemandu pacuan empat roda (4WD) apabila enggan memberikan kerjasama selepas didakwa melanggar sebuah kenderaan lain di lebuhraya.
“Berhenti tepi, kita report polis. Lu sudah langgar I punya kereta,” antara yang diperkatakan perakam video berdurasi satu minit dan 17 saat itu.
Klip video itu kemudian menunjukkan pemandu 4WD itu memberhentikan kenderaannya di bahu jalan sebelum beredar sebaik perakam keluar dari keretanya.
“Uncle ini langgar kereta saya dan enggan memberhentikan kereta untuk berbincang dengan saya. Ajak pergi balai polis pun tak nak,” menurut perkongsiannya di laman sosial Twitter sehingga tular.
ARTIKEL BERKAITAN: “Berapa kali dia nak kena marah?” - Vellfire remuk dihentam, pemiliknya ada alasan sendiri ajak pemandu lori lepak mamak
ARTIKEL BERKAITAN: Staf Masih Fikir Bos Lepas Kena Langgar Bas, Ini Jawab Syarikat
Bercakap kepada mStar, individu yang merakamkan video tersebut memberitahu insiden berlaku ketika kesesakan lalu lintas lewat petang Jumaat lalu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Kuala Lumpur ke rumahnya di Puchong, Selangor.

Pemandu 4WD cuba memberhentikan kenderaannya di bahu jalan selepas diminta beberapa kali untuk berbuat demikian.
Hanya mahu dikenali sebagai Farid, pemuda berusia 25 tahun itu berkata, sebelum kejadian dia memberikan isyarat untuk masuk ke lorong di sebelah kanan lebuhraya.
“Banyak kali saya dah bagi signal, tapi dia tak bagi saya masuk lorong dia. Lagi saya ke depan, dia pun nak cepat ke depan juga.
“Kemudian ada kereta di hadapannya sudah ke depan jauh dan saya yang masih bagi signal dan masuk ke kanan, tapi dia masih tak puas hati sebab saya dapat ke depan sebelum himpit ke kiri dan terlanggar bahagian depan kereta saya,” katanya.
Menyedari keretanya dilanggar, Farid berkali-kali meminta pemandu berusia lingkungan 40an itu agar memberhentikan kenderaan di bahu jalan untuk menyelesaikan kes tersebut tetapi tidak dipedulikan.
image: https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2019/10/07/~/media/2d7094bab8094344a858a6de647e4817.ashx?la=en
Perkongsian seorang pemuda yang mendakwa keretanya dilanggar pemandu 4WD.
Dalam pada itu, dia turut memberi penjelasan mengenai komen warganet yang mempertikaikan tindakannya membuat rakaman kerana menjadi satu kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
“Masa tu saya tak sihat untuk ingat nombor plat kereta dia. Kalau saya berhenti kereta, dah sah-sah uncle tu terus pecut. Nombor kereta tak dapat, apa pun tak dapat.
Isunya adalah sikap, kenapa dia biadab tak nak berhenti dan berbincang. Kalau dia berhenti berbincang, mungkin ada cara lebih baik untuk kami selesaikan.
FARID
“Jadi, saya terpaksa buat rakaman untuk dapatkan nombor plat kereta. Ia boleh jadi bukti kalau dia tak mahu berhenti.
“Memang dia cuba berhenti di tepi jalan apabila saya cuba pintas kereta dia, tapi dia kemudian masuk lorong balik dan pergi macam tu je,” katanya.
image: https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2019/10/07/~/media/482af4f526414b74ac2b8a6fc456b5ae.ashx?la=en
Pemandu 4WD terus beredar sebaik perakam keluar dari kereta.
Farid yang merupakan eksekutif di sebuah syarikat membuat laporan polis di Balai Polis Seri Petaling pada Sabtu berhubung kejadian.
“Saya terpaksa buat laporan polis keesokannya sebab saya memang tak sihat pada hari kejadian. Saya diberitahu tiada laporan polis dibuat oleh uncle tu,” katanya.
Menurut Farid, kereta Perodua Kenari miliknya mengalami kerosakan dengan kesan calar di tepi bahagian depan kenderaannya.
“Walaupun ia adalah kerosakan kecil, tapi saya masih perlu menghantarnya ke bengkel untuk dibaiki. Dan isunya adalah sikap, kenapa dia biadab tak nak berhenti dan berbincang.
“Kalau dia berhenti berbincang, mungkin ada cara lebih baik untuk kami selesaikan. Saya berharap ada tindakan susulan laporan polis yang saya buat,” katanya.
Tags/Kata Kunci:uncle , Kenari , 4WD , langgar


Monday, October 7, 2019

Perghhh !!! Mesej cinta gergasi buat isteri tercinta



Mesej cinta gergasi buat isteri tercinta

Mesej cinta gergasi itu sudah menghiasi ruang iklan tersebut sejak enam minggu lalu.
TULSA - Sebuah papan tanda tertera 'Amy, I love you more' selama hampir enam minggu mencetuskan persoalan banyak pihak di Amerika Syarikat.


Ramai orang mula bertanya siapa Amy dan kenapa ada orang yang sanggup membeli ruang iklan di lapan papan iklan luar di sepanjang laluan di Tulsa, Oklahoma semata-mata mahu melahirkan rasa cinta terhadap wanita terbabit.

Perhatian yang diberikan banyak pihak ke atas mesej cinta gergasi Josh Wilson, 41, yang dinyatakan terhadap isterinya, Amy Wilson, 51, hanya disambut ketawa lelaki tersebut.


"Ramai orang buat spekulasi sama ada saya mengalami masalah dengan Amy.

Tetapi, sebenarnya, saya amat memuja isteri saya," kata Wilson yang mengendalikan syarikat penyiraman Living Water Irrigation bersama isterinya yang dikahwini sejak tiga tahun lalu.

Menurut Wilson, langkah luar biasa untuk menunjukkan perasaan cinta terhadap Amy itu dibuat apabila dia tidak boleh membatalkan kontrak ruang papan iklan itu selama setahun yang dikenakan bayaran AS$1,200 (RM5,022) sebulan.

"Saya dimaklumkan kontrak itu berkuatkuasa sehingga 1 Januari depan dan saya tidak boleh mendapatkan semula wang saya. Jadi, rakan saya memberikan idea bernas itu dan saya terus bersetuju dengan cadangan mesej cinta gergasi tersebut," ujarnya lagi. - Agensi

Sunday, October 6, 2019

WoW!!!Ratu Elizabeth II cari pekerja jaga kuda diraja, tawar gaji RM115,654 setahun

Ratu Elizabeth II cari pekerja jaga kuda diraja, tawar gaji RM115,654 setahun

Ratu Elizabeth II mencari pekerja menjaga kuda-kuda diraja.
JAWATAN kosong sepenuh masa sebagai 'Liveried Helper' dibuka awal bulan ini bagi mencari individu yang layak bekerja untuk keluarga diraja.
Kemudahan disediakan bersama gaji sebanyak 22,400 paun (RM115,654) setahun ditawarkan kepada mereka yang berjaya mendapatkan pekerjaan ini di Royal Mews, Istana Buckingham.
Tugas utama adalah memastikan kuda-kuda Ratu Elizabeth II diberi latihan secara tetap serta memastikan kesemuanya sedia untuk sebarang istiadat.
Selain itu, tugas memastikan kandang kuda sentiasa bersih bagi memastikan Royal Mews ini berada dalam keadaan terbaik.
image: https://www.mstar.com.my/global/dunia/2019/10/06/~/media/32a55cec5b63451688e2ea9687024600.ashx?la=en

Tawaran iklan jawatan di Royal Mews, Istana Buckingham dibuka awal minggu ini.
Calon-calon yang berjaya turut ditawarkan untuk berada dalam istiadat yang dianjurkan bersama pembantu dengan menunggang kuda-kuda tersebut.
Iklan mengenai untuk jawatan tersebut disebarkan di sekitar istana dengan syarat individu yang berminta mestilah mempunyai pengalaman dalam bidang ini.
Faedah kontrak termasuk hari cuti selama 33 hari, 15 peratus skim caruman pekerja, makanan dan lain kemudahan disediakan.
Selepas tarikh turup pencalonan pada 10 Oktober, mereka yang berjaya akan dipanggil bagi temuduga pada 21 dan 22 Oktober ini. - mirror.co.uk
Tags/Kata Kunci:Jaga Kuda , Istana Buckingham , Ratu Elizabeth

Friday, October 4, 2019

Perghh !!! Tangan dah la ‘besar sebelah’ cium bau kari pula tangan kiri! Gadis ayu jawab bau tu dah sampai kaki


Tangan dah la ‘besar sebelah’ cium bau kari pula tangan kiri! Gadis ayu jawab bau tu dah sampai kaki
Foto Asyu yang menampakkan tangan kanannya lebih besar menjadi tanda tanya warganet. Foto ihsan Nurfarihah Nasyuhada Mohd Nizam
SEORANG gadis ayu menjadi perhatian warganet selepas dia berkongsi gambarnya menunjukkan tangan selepas menikmati hidangan makanan kari daging.
“Kejap, tangan bau kari daging,” menurut perkongsiannya dengan memuat naik dua gambar menunjukkan dia sedang mencium bau di tangan kirinya.
Bagaimanapun, gambar tersebut dipersoalkan warganet berikutan tangan kanan gadis itu kelihatan lebih besar berbanding tangan kirinya.
“Kenapa tangan sebelah besar?” soal seorang warganet.

Selain tangan kanan lebih besar, warganet turut mempersoalkan Asyu mencium tangan kiri selepas menikmati kari daging.
“Seram betul tengok tangan kanan dia,” tulis seorang lagi.
“Tangan dia kalau bubuh penampar koma terus,” kata warganet secara berseloroh.
“Ni kalau lempang orang, roboh muka,” tambah seorang lagi yang turut bersetuju dengan saiz tangan kananya.
“Kuku tangan kiri tu kena darah beku ke?” tanya seorang warganet yang merujuk kepada saiz tangan kanan tu lebih besar seperti bengkak.
Dalam pada itu, warganet turut mempersoalkan tindakan gadis itu menunjukkan tangan kiri kerana mencium kari daging.
“Makan pakai tangan kiri ke? Tanya je,” soal seorang warganet.
“Daging besar sangat ke sampai tangan kiri bau sekali?” tanya warganet lain.
Perkongsian Asyu di laman sosial meraih perhatian warganet.
Gadis berkenaan, Nurfarihah Nasyuhada Mohd Nizam berkata, pada mulanya dia tidak menyedari gambar tersebut dan keterangannya bercanggah sehingga dipersoalkan warganet.
Dia yang berusia 21 tahun itu menjelaskan bahawa kedua-dua gambar tersebut diambil selepas menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Langkawi, Kedah, baru-baru ini.
Sampai sekarang pun saya tak tahu macam mana saya boleh tunjuk tangan kiri yang bau sedangkan berbau kari daging tu adalah tangan kanan. Dah post apa boleh buat.
ASYU
“Saya tak perasan atau fikir apa pun masa muat naik gambar tu. Rasa kelakar apabila ada yang kata tangan kanan saya besar berbanding tangan kiri.
“Ada yang siap cakap saya edit ke, takkanlah saya nak edit tangan sebelah saja kasi besar. Tangan kanan tu nampak lebih besar sebab angle tangan tu ke dapan masa ambil gambar,” kata yang mesra dengan panggilan Asyu kepada mStar.
Antara gambar Asyu yang lain menunjukkan kedua-dua tangannya.
Asyu yang berasal dari Langkawi berkata, kapsyen yang ditulis di laman sosial tersebut tidak dapat disunting menyebabkan dia membiarkan saja kesilapan yang tidak disengajakan itu.
“Sampai sekarang pun saya tak tahu macam mana saya boleh tunjuk tangan kiri sedangkan tangan yang berbau kari daging tu adalah sebelah kanan. Dah post apa boleh buat?
“Saya bukan kidal dan saya memang makan menggunakan tangan kanan. Tapi entah kenapa masa bergambar tu saya tunjuk tangan kiri dan letak kapsyen pasal bau kari daging.
“Tapi bila ada yang asyik perbetulkan pasal bau di tangan mana, tangan kanan ke kiri... saya layankan saja dengan jawab sebenarnya bau kari daging sampai ke kaki,” ujarnya secara berseloroh.

Asyu menunjukkan tangan kanannya tidak besar seperti yang disangkakan.
Namun, graduan Diploma Pelancongan dari Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kampus Kota Bharu, Kelantan menjelaskan bahawa dia bukanlah penggemar hidangan kari.
“Saya sebenarnya sukakan masakan yang pedas. Kebetulan, hari tu pergi kenduri kahwin ada masak kari daging jadi saya makan saja, sedap juga.
“Tapi masakan pedas tetap menjadi pilihan lebih-lebih kalau dapat rasa sup Tom Yam,” kata anak bongsu daripada dua beradik itu.

Thursday, October 3, 2019

Fuh !!! Baru dating sekali, lelaki ini sanggup pindah sejauh lebih 6,000 km ke UK bantu kekasih hidap kanser ovari



Baru dating sekali, lelaki ini sanggup pindah sejauh lebih 6,000 km ke UK bantu kekasih hidap kanser ovari
Dave semasa melawat Emily yang menerima rawatan di hospital. Foto MDWfeatures / Emily Gosling
SEORANG lelaki sanggup berhijrah sejauh lebih 6,000 kilometer dari Kanada ke London, United Kingdom untuk memberi sokongan kepada teman wanitanya yang menghidap kanser, meskipun baru keluar dating sekali.
Emily Gosling, 31, mengusahakan bisnes keluarganya di Ontario, Kanada sejak 2013, sebelum berpindah ke London lima tahun kemudian.
Walau bagaimanapun sebelum berpindah dan semasa kunjungan ke Vancouver pada Mei 2017, dia bertemu dengan seorang pengarah wain, Dave Bulters, 31.
Emily kemudian berpindah pada tahun berikutnya, dan kembali sekali lagi ke Kanada atas urusan bisnes yang mana ia juga menjadi date pertama bersama Dave.
Bagaimanapun, Emily didiagnosis kanser ovari pada Mac lalu.
Dalam tempoh seminggu dia didiagnosis, Dave terbang ke London untuk bersama dengan Emily.
Emily menjalani kemoterapi, diikuti dengan pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan tujuh inci.
Pada awalnya, diagnosis kanser itu menjejaskan rancangan pasangan untuk hidup bersama, tetapi Dave membuat keputusan untuk berhenti kerja di Vancouver dan berpindah ke London bagi memberi sokongan kepada Emily.
Emily percaya masa yang dihabiskan bersama Dave selama berbulan-bulan di London memperkukuhkan hubungan mereka dan membantunya melawan penyakitnya. - Mirror UK
Tags/Kata Kunci:kanser , ovari


Wednesday, October 2, 2019

Perghh !! ‘Penyewa dari neraka’ memang wujud! Pemilik perlu ‘daki’ timbunan sampah cecah siling nak masuk rumah... siap pakej haiwan, bangkai



‘Penyewa dari neraka’ memang wujud! Pemilik perlu ‘daki’ timbunan sampah cecah siling nak masuk rumah... siap pakej haiwan, bangkai
Keadaan rumah sewa yang kotor selepas ditinggalkan oleh penghuni terakhir. Foto Facebook Hang Dhamin
HABIS jahanam! Rumah yang disewakan tak sesuai lagi digambarkan sebagai ‘tongkang pecah’ mahupun tapak pelupusan sampah, tapi lebih teruk daripada itu.
Melihat keadaan yang begitu teruk itu, pemuda yang berkunjung sendiri ke rumah sewa tersebut menganggap penghuninya seperti ‘penyewa dari neraka’.
Segenap sebuah unit kediaman pangsapuri di Bukit Gedung di Bayan Baru, Pulau Pinang itu dipenuhi timbunan sampah sehingga mencecah siling.
Seorang pengguna Facebook yang berkongsi gambar-gambar dan video mengenai keadaan rumah tersebut pada Isnin sehingga tular memberitahu, unit pangsapuri dua bilik itu adalah milik keluarga rakannya.
Rumah sewa ditinggalkan dipenuhi dengan pelbagai sampah-sarap.
Hanya mahu dikenali sebagai Hang Dhamin, dia berkata ia disewakan pada 2016 kepada seorang ibu yang mencari rumah sewa untuk salah seorang daripada dua anaknya.
Sehubungan itu jelasnya, semua urusan dan kutipan sewa bulanan sebanyak RM350 dikutip daripada ibu penyewa yang tinggal di rumah lain.
“Pada awal mereka menyewa semuanya OK. Rumah dijaga elok dan sewa dibayar lancar. Sehinggalah penyewa meninggal setahun kemudian dan rumah itu dihuni abangnya.
“Bermula dari abang penyewa ambil alih, keadaan rumah semakin teruk dan tak terjaga,” katanya kepada mStar.

Sampah-sarap turut memenuhi bilik air.
Hang Dhamin berkata, keadaan bertambah teruk selepas bapa penyewa meninggal dunia dan sewa rumah mula tidak dibayar sejak akhir 2017.
Keluarga rakannya kemudian meminta rumah tersebut dikosongkan kerana banyak tunggakan serta pelbagai alasan lain, namun penyewa hilang apabila mereka mahu mendapatkan semula kunci rumah dan meminta mereka membaiki kerosakan.
Rumah tu dipenuhi lipas dan semut serta bangkai kucing. Sampah penuh dari ruang tamu hingga ke dalam bilik air hasil dikumpul lebih setahun oleh penyewa. Hari pertama saja dah jumpa banyak tikus.
HANG DHAMIN
“Mak penyewa pula tak mahu beri kerjasama dan susah nak jumpa walaupun datang ke rumah. Ramai penduduk mengadu mengenai keluarga penyewa tetapi tak berani sebab mereka kaki gaduh.
“Keluarga rakan mendapatkan khidmat guaman tahun lalu bagi menyelesaikan kes ini. Bila dah hantar notis, baru ibu penyewa nak beri kerjasama. Laporan polis dibuat atas sebab keselamatan sebelum mengambil semula rumah itu,” ujarnya.
Semasa membersihkan rumah sewa.
Hang Dhamin berkata, proses membersihkan rumah berkenaan mengambil masa enam hari sejak Rabu minggu lalu, hanya untuk kerja-kerja membuang segala sampah-sarap.
“Enam hari ambil masa untuk bersihkan semua sampah dan jumlah sampah yang banyak tu diangkut oleh tujuh lori terbuka (roro). Kami terpaksa panjat dari pintu masuk ke bilik dan bahagian lain kerana timbunan sampah hampir mencecah siling.
“Rumah tu dipenuhi lipas dan semut serta bangkai kucing semasa kami nak kemas. Sampah penuh dari ruang tamu hingga ke dalam bilik air hasil dikumpul lebih setahun oleh penyewa. Hari pertama saja dah jumpa banyak tikus.
“Bayangkanlah, bau busuk bangkai kucing dengan hapak kain basah. Itu belum lagi takungan air busuk dalam tandas. Nak muntah bau,” katanya yang turut sama mengemas rumah tersebut bersama rakan-rakan lain.
Berdasarkan pemerhatian, katanya, penyewa terakhir merupakan peniaga baju bundle kerana banyak pakaian terpakai di dalam rumah tersebut, dan penyewa tidak menghuninya selepas menjadikan ia sebagai stor.
image: https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2019/10/02/~/media/e44d5ee99f184fe6a6200d7047267abb.ashx?la=en
Keadaan rumah sebelum dan selepas dibuang sampah-sarap.
Hang Dhamin berkata, kos pembersihan dengan khidmat mengangkut sampah membabitkan tujuh lori sahaja berjumlah RM1,750 terpaksa ditanggung, tidak termasuk upah pekerja.
Di atas inisiatifnya sendiri, postingnya turut disertakan akaun bank sekiranya ada pihak yang sudi menyumbang untuk menampung kos pembersihan dan pembaikan.
“Sumbangan ikhlas buat mereka yang sudi, tak paksa pun. Semua orang ada kesusahan sendiri. Rezeki orang tolong masing-masing.
“Sedih dan kecewa disebabkan rumah yang disewakan elok diperolehi dengan keadaan yang sangat teruk dan rosak semuanya. Rasa trauma nak beri sewa kepada orang lain selepas ini, dah serik,” kata Hang Dhamin.

Tuesday, October 1, 2019

Kejam !!! Wanita dilarang ke tandas sepanjang tujuh jam penerbangan terpaksa duduk di atas air kencing sendiri


Wanita dilarang ke tandas sepanjang tujuh jam penerbangan terpaksa duduk di atas air kencing sendiri

Penumpang sebuah kapal terbang dilarang ke tandas selama sepanjang tujuh jam penerbangan.
SEORANG wanita terpaksa duduk diatas sebuah kerusi dipenuhi air kencing sendiri selepas krew kabin tidak membenarkannya pergi ke tandas.
Wanita berusia 26 tahun dalam penerbangan balik ke Dublin dari Bogota, Colombia bulan lalu.
Menurut wanita itu, dia telah beberapa kali merayu kepada krew kabin untuk pergi ke tandas, namun tidak dibenarkan.
"Saya meminta kebenaran sebanyak empat kali dalam tempoh dua jam bahawa saya kecemasan untuk ke tandas.
"Mereka juga memaksa saya duduk di tempat sendiri dan tidak benarkan pergi ke tandas,"ujarnya.
Malah wanita yang tidak didedahkan namanya itu terpaksa kencing di tempat duduknya selama tujuh jam sehingga tiba di destinasi.
"Saya dimalukan dan krew kabin tidak mempedulikan saya sepanjang penerbangan tersebut."
Tambahnya, ketika tiba di Toronto dia terpaksa menyewa sebuah bilik hotel untuk membersihkan dirinya.- mirror.co.uk
Tags/Kata Kunci:Larang , Tandas , kencing