Monday, May 11, 2020

Tediaa!!! Ditinggalkan 2 bulan semasa PKP, wanita ini terkedu saat buka pintu rumah... – “Tong gas pun mereka sapu,


Ditinggalkan 2 bulan semasa PKP, wanita ini terkedu saat buka pintu rumah... ada hikmah dugaan Ramadan – “Tong gas pun mereka sapu, saya langsung tak salahkan jiran-jiran”

 


Keadaan rumah Nor Hamiza selepas dipecah masuk oleh perompak baru-baru ini.

"SEBAIK sahaja saya tolak pintu untuk masuk ke dalam rumah, hanya perkataan Ya Allah... Allahuakbar yang terbit dari mulut ini. Air mata pula terus laju mengalir"

Demikian kata Nor Hamiza Mohamad ketika berkongsi dugaan yang menimpanya baru-baru ini di mana rumah yang didiaminya bersama suami dan dua anak sejak setahun lalu, dipecah masuk.

Menurut Nor Hamiza, insiden tersebut hanya disedari sebaik sahaja dia bersama keluarganya tiba di rumah dari Kelantan, malam Jumaat lalu.

"Saya dan suami menghantar anak pulang ke kampung pada bulan Februari. Selepas itu saya terbang ke Bandung, Indonesia selama empat hari atas tuntutan kerja sebagai peniaga dalam talian (online).

"Bila tiba di Malaysia, saya kuarantin dahulu selama dua minggu dan pada 16 Mac saya bersama suami bergerak ke Kelantan untuk ambil anak-anak.

"Memang tak bercadang nak duduk lama, hanya mahu ambil anak-anak. Baju pun bawa dua helai. Nak dijadikan cerita, kerajaan umum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac.

"Disebabkan sekatan jalan raya yang ketat, kami terkandas di kampung selama dua bulan dan hanya dapat pulang pada 8 Mei (Jumaat) lalu selepas mendaftar menerusi aplikasi Gerak Malaysia," ceritanya kepada mStar.



Nor Hamiza berkongsi kisah yang menimpanya menerusi satu posting di Facebook.

Belum sempat melepaskan lelah selepas menempuh perjalanan selama hampir 10 jam, mereka dikejutkan pula dengan dugaan yang tidak disangka-sangka.

"Tak tahu macam mana pakarnya pelaku tersebut buat kerja sebab memang tak ada kesan kopak. Malah selama saya di kampung, saya juga minta jiran tengokkan rumah.

"Siap suruh ambilkan gambar rumah lagi. Tapi pencuri pandai. Dia lock balik rumah saya macam asal. Sebab tu masa buka pintu ketika sampai, saya tak syak apa-apa sebab tak ada kesan langsung.

"Meraung saya apabila lihat banyak barang dan peralatan elektrik kena rembat. Terus saya pergi rumah jiran depan untuk bertanya sambil air mata masih mengalir," cerita wanita berusia 30 tahun ini.

Tak tahu macam mana pakarnya pelaku tersebut buat kerja sebab memang tak ada kesan kopak. Malah selama saya di kampung, saya juga minta jiran tengokkan rumah.

NOR HAMIZA MOHAMAD

PEMILIK RUMAH

Namun malangnya jiran Nor Hamiza langsung tidak tahu menahu kerana tidak mendengar sebarang bunyi pelik yang mencurigakan selama rumahnya ditinggalkan.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini, apa yang membuatkannya sedih apabila mengenangkan hampir kesemua barangan elektriknya diangkut perompak berkenaan.

"Televisyen, PS4, seterika stim, mesin basuh, barang kemas, jam tangan, penapis air Coway... semua licin, tong gas pun mereka sapu," ujarnya sambil menambah insiden tersebut kini sedang disiasat oleh polis.

Sebagai insan biasa, Nor Hamiza berkata dia pada mulanya terlalu sedih dan tertanya-tanya mengapa dirinya dan keluarga diberikan ujian sedemikian.



Getah paip hitam (gambar kiri) dan dawai (gambar kanan) yang digunakan oleh perompak untuk memecah masuk ke rumah Nor Hamiza.

"Mula-mula memang terfikir kenapa Allah turunkan ujian ni kepada kami suami isteri sedangkan masa terkandas di kampung, kami sering buat kutipan derma dan bantu memberi sumbangan kepada yang memerlukan.

"Tapi sebenarnya Allah hadirkan ujian ini sebab ada hikmahnya dan Dia nak ganti dengan perkara lebih baik. Bila dilanda musibah, ramai sangat yang prihatin termasuk jiran dan rakan-rakan.

"Mereka ada buat kutipan sumbangan, ada yang masak dan hantarkan makanan berbuka. Alhamdulillah bersyukur sangat, namun ketika ini, saya perlukan doa semua. Itupun sudah cukup," ujarnya.

Bercerita lebih lanjut, Nor Hamiza berkata sebagai langkah keselamatan untuk mengelakkan insiden yang sma berulang, mereka sudah menukar kunci mangga dan tombol pintu.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2020/05/10/676200.jpg

Salinan laporan polis berkenaan insiden pecah rumah tersebut.

"InsyaAllah kami juga sedang berikhtiar untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV). Bukan untuk rumah saya saja, mungkin wang akan dikumpulkan dari penduduk yang lain untuk pasang CCTV.

"Selain daripada itu, ikhtiar saya adalah dengan melakukan solat sunat hajat. Sejak malam kejadian, tak tinggal lagi solat hajat.

"Saya juga nak jelaskan yang saya langsung tak salahkan jiran-jiran. Ada yang silap faham selepas perkongsian saya viral di Facebook. Sekarang ini rasa sedih dah kurang, dan dah mula reda. Saya anggap ini bukan rezeki saya," ujarnya mengakhiri bicara.

 


No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..