PERASAN tak bila kita kongsi rezeki dengan orang lain,
apa yang kita dapat selepas itu lebih daripada apa yang kita hulurkan kepada
mereka yang memerlukan.
Itulah
yang dilalui pasangan suami isteri ini apabila mendapat rezeki terpijak
selepas bersedekah kepada seorang individu yang tidak dikenali di Instagram.
Menurut
Muhammad Iqbal Harun, isterinya, Ain Suhada ada menerima mesej daripada
seorang individu tidak dikenali yang mahu meminjam wang RM50 daripadanya
kerana kesempitan hidup.
“Masa on
the way balik dari Kuching ke Samarahan, Sabtu lalu wife beritahu ada seorang hamba Allah
DM dia kat IG cakap nak pakai duit RM50.
Bersedekahlah mengikut kemampuan kita.
“Sebelum
ni ada yang mesej macam tu tapi kami ignore je
sebab macam guna fake account. Tapi
kali ni wife terdetik nak reply dan tanya untuk apa duit tu.
“Lepas
tu dia reply cakap nak beli
barang basic macam beras
sebab dia baru lepas berhenti kerja. Dia juga beritahu keluarga dia dah tak
pedulikan dia, ” katanya kepada mStar.
Pada
awalnya, Iqbal merasakan ada sesuatu tidak kena memandangkan individu tersebut
seperti menggunakan akaun IG palsu.
“Tapi wife cakap dia nak tolong orang
tu. Saya terkejut bukan apa sebab dia pakai fake
IG, mungkin sebab malu nak tunjuk identiti dia.
“Jadi
saya pun izinkan wife sebab
kesian sekarang ramai susah disebabkan PKP. Wife pun
bimbang kalau sebabkan dia, nanti orang itu tak makan dan mungkin akan mati.
“Wife pun transfer RM100
kepada orang tu. Masa dapat resit pindahan wang, orang tu tanya kenapa banyak
sangat. Wife beritahu tak pe
buat belanja sementara pergi cari kerja baharu, ” katanya.
Ain bakal melahirkan anak sulung mereka pada pertengahan Julai
ini.
Namun
selepas beberapa jam Iqbal dikejutkan dengan satu berita apabila dimaklumkan
isterinya bahawa dia mendapat satu tawaran yang tidak diduga.
“Sementara
nak tunggu solat Isyak, wife beritahu
dia dapat satu job. Nilai job tu 20 kali ganda berbanding duit
yang kami sedekahkan.
“Selalunya job kami sebagai content creator akan dapat payment dua tiga bulan lepas tu. Tapi
yang peliknya kali ini siap dapat payment terus.
Mak saya pernah cakap
bantulah sesiapa saja yang memerlukan walaupun orang tu kita tak kenal. Kadang
Allah saja nak uji kita.
MUHAMMAD IQBAL
HARUN.
Suami.
“Saya
terus tergamam, tak tahu nak cakap apa. Cuma mampu cakap Alhamdulillah je
dalam hati. Lepas tu terus teringat siang tadi ada sedekah, tak sangka pula
rezeki terus dapat malam tu juga, ” katanya.
Perkongsian
pemuda berusia 27 tahun mengenai perkara itu di Twitter mendapat perhatian
netizen.
Terdapat
netizen yang turut berkongsi pengalaman sama seperti dilalui pasangan ini.
Iqbal dan Ain menyediakan perkhidmatan sebagai content creator.
Tambah
pemuda yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi itu, dia berkongsi
pengalaman pelik itu kerana mahu orang berbuat perkara sama mengikut kemampuan
masing-masing.
“Mak
saya pernah cakap bantulah sesiapa saja yang memerlukan walaupun orang tu kita
tak kenal. Kadang Allah saja nak uji kita.
“Jadi
bersedekahlah ikut kemampuan masing-masing. Sekecil-kecil pertolongan mampu
mengubah nasib mereka yang memerlukan, ” katanya.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..