Menteri tawar RM1,000
kepada tukang gunting? Ismail Sabri terkedu wartawan minta komen - “Berita
baharu ni, ikut SOP tak bolehlah”
Tular di media sosial
apabila seorang VIP berstatus menteri didakwa menawarkan RM1,000 kepada tukang
gunting untuk memotong rambutnya. Gambar sekadar hiasan.
BUAT masa ini kerajaan
masih tidak membenarkan kedai gunting rambut untuk beroperasi sepanjang Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Namun menerusi
laporan berita pada Selasa, Presiden Persatuan Barber SeMalaysia TN Winda Mohd
Tahir mendakwa ahlinya pernah ditawarkan RM1,000 daripada seorang menteri untuk
potongan rambut biasa.
Malah menteri tersebut dikatakan sanggup menawarkan pemandu untuk
menjemputnya ke rumah.Bagaimanapun berita itu turut mengejutkan Menteri Kanan
(Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ditanya mengenai pekara
tersebut pada sidang media harian di Putrajaya, Selasa petang.
"Berita baharu
ni. Saya pun tak dapat berita ini. Dari segi peraturan memang tidak dibolehkan.
"Bagaimanapun
itu berita yang tak dapat disahkan, jadi saya tak boleh beri jawapan ya atau
tidak," katanya.
Tambahnya lagi,
prosedur operasi standard (SOP) mengenai perkara itu tetap sama.
"Setakat hari ni
gunting rambut masih dalam dalam senarai terlarang... negative list.
"Jadi tak
bolehlah sama ada di rumah, ke pejabat ke atau ke kedai gunting, sama saja tak
boleh," katanya.
Pada 28 April lalu,
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Exco Perak, Razman
Zakaria didakwa di Mahkamah Majistret Gerik atas tuduhan melanggar Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP).
Kedua-duanya didenda
RM1,000 selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Norhidayati Mohammad
Nasroh.
Beberapa keping
gambar Dr Noor Azmi, Razman dan beberapa individu berkumpul menikmati jamuan di
Lenggong, tular di media sosial pada 18 April lalu.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..