Friday, January 8, 2021

Tediaa.. Sempoiii,,, Gigih berlatih... atlet berbasikal nak tak nak terpaksa redah banjir,sampai takat Dada

 

Gigih berlatih... atlet berbasikal nak tak nak terpaksa redah banjir, kalau patah balik makin jauh kayuh - “Ada sampai lutut, paras dada”

Nasrul dan rakan atlet meredah air banjir di Kuala Berang, Terengganu pada Disember lalu.

LATIHAN berbasikal sekumpulan atlet di Terengganu berjalan dalam keadaan luar biasa apabila mereka terpaksa meredah banjir.

Video yang dikongsi menerusi aplikasi TikTok oleh Muhammad Nasrullah Zakaria itu sehingga kini meraih hampir 200,000 tontonan.

Menurut atlet berbasikal berusia 21 tahun itu, video berkenaan sebenarnya dirakam sewaktu negeri itu dilanda banjir pada penghujung tahun 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak sayang martabat wanita ke?” - Pelumba BMX bertudung kalis kecaman, sokongan bertambah selepas buat video TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak dapat average speed laju supaya boleh show off ke?” - Aktiviti berbasikal jadi trend dan kebanggaan, jurulatih kecergasan bidas rider langgar peraturan

"Itu sebenarnya video ketika banjir di Terengganu pada bulan Disember tahun lepas. Kami sedang training di kawasan Kuala Berang.

"Tak tahu pula kampung tu sedang banjir. Kami kena redah dalam dua ke tiga kilometer (km) juga.

Video dirakam pada Disember lalu kini tular di TikTok.

"Ada yang kayuh dalam air, ada juga yang angkat basikal masing-masing. Ada bahagian paras lutut, ada juga sampai paras dada," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Nasrul, dia berkata latihan itu disertai 14 atlet bersama pegawai pengiring dan beberapa individu lain yang turut sama berkayuh pada hari kejadian.

Tak risau nak redah banjir hari tu sebab kami pun dah terbiasa training masa musim banjir.

NASRUL

Ujarnya, mereka mengambil risiko untuk meredah air kerana enggan berpatah balik bagi mengelak perjalanan kayuhan lebih jauh.

"Ada van yang iringi kami, tapi ia patah balik. Kami dengan basikal rentas je sebab dekat. Nak pusing balik, lagi jauh.

"Ambil masa dalam 15 minit meredah air tu. Kalau kayuh mungkin dalam enam minit je," ujarnya.

Dalam pada itu, Nasrul yang sudah hampir lapan tahun bergelar atlet mengakui kejadian itu langsung tidak mematahkan semangatnya.

Nasrul pernah menjalani latihan dan bertanding sehingga ke China, Thailand, Indonesia dan Perancis.

Malah kata Nasrul, dia juga sudah terbiasa menjalani latihan yang sukar dalam jarak perjalanan melibatkan ratusan kilometer.

Paling teruk saya pernah berbasikal ke Cameron Highlands. Pernah juga dari Mersing sampai ke Port Dickson, dekat 300km.

"Tak risau nak redah banjir hari tu sebab kami pun dah terbiasa training masa musim banjir sebelum ni. Nak tak nak kena training juga," ujarnya.

Paparan skrin rakaman tular itu.

Menurut Nasrul, dia sebelum ini pernah menjalani latihan dan bertanding sehingga ke China, Thailand, Indonesia dan Perancis.

Mengulas video tular di TikTok, Nasrul mengakui turut menerima komen negatif termasuklah yang mempersoalkan risiko mereka meredah banjir beramai-ramai.

Namun katanya, dia enggan ambil pusing dan tidak berkecil hati dengan apa jua komen yang ditinggalkan di ruangan komen aplikasi itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..