Wanita jelita maut dilanggar Lamborghini, pemandu baru berusia 17 tahun
SEORANG wanita maut apabila kereta miliknya dilanggar sebuah Lamborghini di California, Rabu lalu.
Menurut keluarganya, Monique Munoz, 32, merupakan seorang wanita yang jelita dan berjaya.
Malah, mangsa juga sedang dalam perancangan untuk menyambung pengajian ke sekolah undang-undang.
Dalam pada itu, polis mengesahkan pemandu kereta mewah yang terlibat dalam kemalangan itu merupakan seorang budak lelaki berusia 17 tahun.
Kejadian dipercayai berlaku apabila dia memandu laju sehingga gagal mengawal kenderaan dan terlanggar kereta model Lexus dinaiki mangsa.
Mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta dihantar ke hospital untuk menerima rawatan. - Daily Star.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
PEMANDU PEMBUNUH BINATANG BUAS mcm. ni patut diGANTUNG sampai TERJELIR LIDAH!! GERAMnya kat Pemandu2 PEMBUNUH BANGKAI mcm. ni!!
ReplyDelete