Saturday, April 24, 2021

Sempoii !!! Pemanasan global makin tidak terkawal... Anak Malaysia cipta penghawa dingin mesra alam pertama di dunia!

 

Pemanasan global makin tidak terkawal... Anak Malaysia cipta penghawa dingin mesra alam pertama di dunia!

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif WKL Group, Dr Low Wai Koon mencipta Evoair selepas 12 tahun membuat kajian.

KETIKA dunia menyambut Hari Bumi ditengah penularan wabak Covid-19 ketika ini, isu pemanasan global masih menjadi perbincangan hangat yang belum berkesudahan.

Sedar atau pun tidak, manusia hari ini berdepan situasi di mana terlalu banyak haba terperangkap di atmosfera dan suhu bumi meningkat lebih cepat daripada sebelum ini dalam sejarahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui 5 tanda aircond anda berada di ‘hujung hayat’, perlu diganti baharu

Oleh sebab itu, ramai mula menggunakan penghawa dingin di rumah dan ia bukan lagi barang mewah sebaliknya keperluan bagi mengatasi haba panas dan mewujudkan keselesaan.

Sebenarnya, tanpa disedari bumi yang kita diami kini menjadi panas setiap tahun dan apabila suhu meningkat, manusia lebih bergantung kepada penghawa dingin.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif WKL Group, Dr Low Wai Koon memberitahu kelemahan penggunaan penghawa dingin konvensional adalah alat itu melepaskan udara panas tidak tertahan ke atmosfera sekitar 55 darjah celcius yang dikenali sebagai sisa haba.



Isu pemanasan global masih belum berkesudahan.

Dianggarkan sebanyak 1.9 bilion penghawa dingin digunakan di seluruh dunia pada tahun 2020 berbanding 1.6 bilion pada 2016 dan menurutnya, jumlah itu dijangka meningkat tiga kali ganda pada 2050 iaitu sebanyak 5.6 bilion menurut Agensi Tenaga Antarabangsa (International Energy Agency).

"Dengan kata lain, sebanyak 10 penghawa dingin baharu akan dijual setiap saat untuk 30 tahun akan datang. Bayangkan jumlah sisa haba yang akan dibebaskan ke atmosfera hanya dengan menggunakan penghawa dingin konvensional itu," katanya.

Sementara itu, bagi membendung masalah itu, Dr Low memberitahu WKL Group memperkenalkan Evoair iaitu penghawa dingin mesra alam pertama di dunia yang menjadikan sisa buangan yang dikeluarkan oleh pemeluwap penghawa dingin konvensional (unit luaran) menjadi sejuk dan udara dilembapkan.

Dr Low memberitahu dengan itu, ia mengubah pemeluwap penghawa dingin itu menjadi unit penyejuk tambahan yang berfungsi seperti penyejuk udara.



Evoair akan berada di pasaran pada Julai ini selain dieksport ke luar negara.

"Projek ini sudah berjalan sejak 12 tahun lalu menerusi penyelidikan dan pembangunan inovasi berterusan ke atas sistem penyaman udara mesra alam yang mampu menyumbang ke arah gaya hidup hijau dan menyumbang kepada pemuliharaan planet bumi," ujarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menerusi Evoair, Dr Low memberitahu pengguna boleh memilih untuk meletakkan pemeluwap penghawa dingin mereka di taman, balkoni atau dapur yang berfungsi sebagai unit penyejuk tambahan. Justeru, Evoair direka untuk mentakrifkan semula sistem penyaman udara.

Bercakap mengenai teknologi yang digunakan, Dr Low memberitahu unit pemeluwap Evoair direka semula untuk melepaskan udara yang lebih sejuk dan lembap pada suhu 25 Celcius dan kelembapan 58 peratus ke atas persekitaran luar yang sesuai dan optimum untuk dinikmati manusia dan makhluk hidup sambil memberi sumbangan positif ke arah kelestarian persekitaran.

Jelasnya, menerusi penghawa dingin konvensional, pemeluwap penghawa dingin mengambil haba yang dikeluarkan dari dalam dan mengeluarkan haba yang terbuang pada suhu 55 Celcis dan kelembapan 20 peratus ke persekitaran yang memberi kesan bahaya kepada manusia dan benda hidup serta menimbulkan masalah berkaitan pemanasan global.

"Selain fokus meningkatkan kecekapan tenaga dan mengurangkan kebergantungan pada hidrofluorokarbon (HFC) sebagai penyejuk, inisiatif iklim global turut dipromosikan yang mempunyai kesan positif luar biasa dalam menangani masalah pemanasan global dan perubahan iklim.



Penghawa dingin konvensional melepaskan udara panas tidak tertahan ke atmosfera sekitar 55 darjah celcius.

"Kita juga perlu menangani masalah pemanasan global lain yang membimbangkan hasil daripada pelepasan haba sisa dari pemeluwap penyaman udara konvensional kepada alam sekitar," jelasnya.

Evoair adalah teknologi hak milik paten yang belum selesai dengan Sistem Kawalan Pertukaran Panas (HECS) telah mengubah fungsi pemeluwap penghawa dingin selain dijangka berada di pasaran pada Julai tahun ini.

"Kami berminat dengan semangat untuk mencipta dan mempromosikan produk mesra alam yang bertanggungjawab memberi kesan positif kepada gaya hidup dan persekitaran.

"Inovasi teknologi hijau ini menyumbang ke arah gaya hidup yang lestari sambil menangani masalah pemanasan global yang dihadapi oleh industri HVAC," katanya.

 Telegram mStar!

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..