Wanita dakwa dihubungi anggota polis menerusi Whatsapp akan dipanggil beri keterangan
WANITA yang membuat laporan dan mendakwa dihubungi seorang anggota polis melalui aplikasi WhatsApp akan dipanggil bagi membantu siasatan.
Menerusi satu kenyataan pada Selasa, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, wanita tersebut akan dipanggil dalam masa terdekat untuk dirakam keterangan bagi membantu melengkapkan siasatan.
"Kita telah mengesan satu isu berkenaan yang tular di Twitter pada Selasa. Menurut 'posting' yang dimuat naik wanita tersebut, dia telah pergi ke Balai Polis Setapak bertujuan memohon permit untuk merentas negeri," katanya melalui kenyataan pada Selasa.
Ashari berkata, wanita tersebut telah membuat laporan polis di Balai Polis Gombak berkaitan isu itu pada pukul 7.30 malam.
"Kita juga telah mengenal pasti anggota polis yang didakwa menghubungi wanita berkenaan," katanya.
Beliau berkata, pihaknya tidak akan melindungi mana-mana pegawai atau anggota yang melakukan sebarang salah laku dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didapati melakukan kesalahan.
Ujarnya, siasatan berkaitan isu tular itu sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Kuala Lumpur.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menyalurkannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-9289 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran. - SINAR HARIAN
mcm kt zimbabwe dan car je
ReplyDelete