Wednesday, September 22, 2021

Mak OOOi !! Seram! Kumpulan pemburu hantu dakwa ditenung susuk ngeri

 

PARANORMAL Supernatural Investigations Ireland berkunjung ke lokasi Moore Hall di Carnacon. — Facebook

SEKUMPULAN pemburu hantu mendakwa mereka berjaya menangkap gambar hantu di sebuah bangunan tinggal di Ireland.

Kumpulan Paranormal Supernatural Investigations Ireland berkunjung ke lokasi Moore Hall di Carnacon selepas mendengar cerita tentang bunyi pelik di kawasan itu.

Bangunan menakutkan itu yang terletak berdekatan sebuah taman, pernah didiami oleh penulis terkenal Ireland, George Moore dan juga diduduki Presiden Republik Connacht John Moore.

Semasa perang saudara, rumah itu dibakar dan tidak pernah dibaiki semula walaupun memilik prestij.

Namun dilaporkan penulis terkenal itu memberi amaran bahawa kawasan itu berhantu dan Raja Connaught, Drithliu dibunuh berdekatan lokasi itu.

Hantu

Gambar zoom menunjukkan sosok ngeri seperti sedang merenung dari tingkap. — Facebook

Dikatakan, roh keluarga Moores dan Drithliu akan mengganggu sesiapa saja yang cuba memasuki rumah itu.

Kumpulan pemburu hantu itu bagaimanapun cuba merungkai larangan tersebut dengan memasuki kawasan tersebut pada 18 September lalu ketika bulan separa.

Mereka menyifatkan suasana ketika itu sebagai amat tenang dan sunyi.

"Kami akan ambil gambar di lokasi yang dipercayai mempunyai 'tenaga hantu'," kata mereka.

Kumpulan itu turut berkongsikan sekeping gambar yang menunjukkan sosok ngeri di bahagian tingkap yang kelihatan seperti merenung mereka.

"Kami belum masuk kawasan Moore Hall. Kami akan cuba lain kali," kata mereka. — DailyStar