Tuesday, September 21, 2021

Tudia !!! Kecoh dakwaan Sajat lolos ke Thailand guna kereta api, ini jawab KTMB

 

Kecoh dakwaan Sajat lolos ke Thailand guna kereta api, ini jawab KTMB

Nur Sajat ditahan di Thailand kerana memiliki pasport yang tidak sah.

KECOH dakwaan mengenai usahawan kosmetik, Nur Sajat meloloskan diri ke Thailand menggunakan gerabak kereta api di Padang Besar, Perlis.

Susulan itu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menjalankan sisatan dalaman berhubung dakwaan tersebut.

Menurut KTMB dalam satu kenyataan pada Isnin, fasiliti dan terminal kargo KTMB di Padang Besar adalah kawasan yang dikawal ketat oleh pihak berkuasa seperti polis bantuan dan kastam.

"Kontena-kontena kargo yang dibawa ke Thailand adalah milik syarikat perkapalan yang telah disewa oleh pelanggan-pelanggan KTMB di Malaysia dan Thailand.

"KTMB tidak bertanggungjawab di atas kandungan kontena tersebut sama ada kontena kosong atau bermuatan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut KTMB, setiap tren kargo yang membuat perjalanan merentasi sempadan antarabangsa perlu melepasi pemeriksaan yang teliti oleh pihak berkuasa kedua-dua negara di sempadan.

"Proses ini rnelibatkan pemeriksaan dokumentasi serta fizikal ke atas gerabak dan barangan.

"Walau bagaimanapun KTMB akan menjalankan sisatan dalaman mengenai perkara yang dilaporkan," tambah kenyataan itu.

KTMB merujuk laporan portal media tempatan pada Isnin mengenai Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, yang melarikan diri ke Thailand menerusi gerabak kereta api kontena kargo.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan Sajat, telah ditahan di Thailand.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, Nur Sajat ditahan oleh Imigresen Thailand kerana memiliki pasport yang tidak sah, kira-kira pukul 6 petang 8 September lalu.

"Pada 9 September, suspek dihadapkan ke Mahkamah Thailand atas kesalahan imigresen dan dikenakan hukuman denda," katanya dalam satu kenyataan, pada petang Isnin.