Tuesday, June 28, 2022

Perghhh !!!! Ultraman Tiga muncul di ruang udara Kuching! Netizen nampak signal di dada berkelip-kelip petanda nyawa makin lemah

 

Ultraman Tiga muncul di ruang udara Kuching! Netizen nampak signal di dada berkelip-kelip petanda nyawa makin lemah

Kemunculan Ultraman Tiga di Kuching menarik perhatian ramai.

SEKALI imbas, lagaknya seperti watak dalam siri adiwira popular Jepun, Ultraman.

Tatkala ia terbang di udara meluncur laju membelah angin, kelibat sang 'Ultraman Tiga' itu memukau mereka yang menyaksikannya terutamanya kanak-kanak.

Begitulah penangan 'Ultraman' yang diterbangkan menggunakan dron buatan sendiri di sebuah kawasan lapang, di Kuching, Sarawak.

ADVERTISING

Cerita pemuda yang menerbangkan dron Ultraman itu iaitu Muhammad Rasuli Malik, dia mendapat inspirasi menghasilkannya daripada pesawat udara kawalan jauh dari luar negara.

Walaupun boleh didapati dengan mudah menerusi platform dalam talian, pemuda berusia 28 tahun itu memutuskan untuk membuatnya sendiri bersama rakan bagi menjimatkan kos.


"Kalau beli online dari China, harganya sekitar RM500 hingga RM600. Kalau buat sendiri, kosnya lebih murah antara RM450 hingga RM500.

"Apa yang lebih penting adalah penggunaan dan penyelenggaraan jangka panjang. Dron berisiko untuk terhempas, kalau buat sendiri lebih mudah untuk dibaiki dengan kos lebih rendah," katanya ketika dihubungi mStar.

ultraman terbang 3

'Ultraman' terbang di awan biru.

Lebih dikenali sebagai Rasz Malik, katanya, dia dan rakan mengambil masa tiga hari untuk menyiapkannya termasuk komponen elektronik.

Sebelum menerbangkan 'Ultraman' berkenaan, mereka terlebih dahulu melakukan penerbangan percubaan menggunakan dron dengan topeng hantu tetapi gagal.

"Percubaan pertama pada awal bulan ini. Kegagalan berpunca daripada spesifikasi daripada segi teknikal yang membuatkannya tidak mampu terbang.

ultraman terbang 2

Dron Ultraman buatan sendiri.

"Kami mengubahsuai semula dan penerbangan sulung menggunakan topeng dan warna tema Ultraman akhirnya berjaya," katanya yang melakukan penerbangan dron itu di kawasan riadah berdekatan bangunan Baitul Makmur (Masja) di Kuching.

Adiwira Ultraman dipilih berdasarkan permintaan sebahagian daripada lebih 100,000 pengikutnya di aplikasi TikTok ketika membuat live untuk menerbangkan dron pertama.

"Kebetulan saya ada topeng Ultraman dan guna sellotape warna biru dan merah mengikut tema Ultraman serta dipasang dengan lampu," ujar anak kelahiran Kuching itu.

ultraman terbang 4

Rakan-rakan turut bermain dron di kawasan lapang.

Sehingga kini, video menerbangkan 'Ultraman' yang dimuat naik oleh Rasz Malik meraih lebih 2.4 juta tontonan di aplikasi popular itu.

Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, dron Ultraman itu boleh diterbangkan sehingga tujuh minit pada satu-satu masa bergantung kepada kelajuan.

Impian mereka untuk menyaksikan Ultraman terbang, nampak real... bukan sekadar dalam TV semata-mata.

RASZ MALIK

"Sebenarnya ia boleh diterbangkan dalam radius 40 kilometer, tapi saya menerbangkannya sejauh mata memandang sebab berisiko untuk jatuh atau hilang apabila terlalu jauh," katanya yang sejak kecil dipengaruhi oleh hobi bapanya bermain pesawat udara kawalan jauh.

Rasz Malik yang bertugas sebagai pekerja admin juga tidak menyangka live yang dibuat ketika menerbangkan 'Ultraman' baru-baru ini ditonton lebih 4,000 pengikut pada satu-satu masa.

ultraman terbang 1

Rasz Malik menunjukkan dron Ultraman dan alat kawalan jauh.

"Saya akui Ultraman begitu popular sejak dulu sehingga sekarang, daripada kanak-kanak termasuk orang dewasa. Ramai yang menjadi pengumpul koleksi Ultraman.

"Impian mereka untuk menyaksikan Ultraman terbang, nampak real. Bukan sekadar dalam TV semata-mata. Alhamdulillah, kami berjaya merealisasikan impian mereka," katanya.

Dalam pada itu rata-rata netizen turut memuji kreativiti Rasz Malik menghasilkan dron berkenaan.

"Aku fikir ada Ultraman betul lalu tadi.

"Nyawa rendah dah tu bang, kelip-kelip nak balik dah tu.

"Terbaik bang. Nak tengok Ultraman ni landing macam mana," demikian tulis beberapa netizen di TikTok.