Wednesday, July 13, 2022

Logo warna baharu PN elak penyokong keliru dengan BN, kata Tuan Ibrahim

 


Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS mengambil serius mengenai cadangan pengenalan logo dan warna baharu PN, namun keputusan tertakluk kepada kepimpinan parti.

KOTA BHARU: Cadangan Perikatan Nasional (PN) memperkenalkan logo dan warna baharu gabungan parti itu untuk digunakan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bertujuan mengelak kekeliruan penyokongnya dengan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata perkara itu telah dibincangkan pimpinan tertinggi gabungan berkenaan selepas pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor, apabila mendapati ada sebahagian penyokong mereka keliru antara warna PN dan BN.

“Disebabkan perkara itu, pimpinan PN akan mengkaji keperluan (menukar) warna yang berbeza dengan BN serta parti lain untuk PRU akan datang,” katanya kepada pemberita pada Majlis Jamuan Rakyat Aidiladha Parlimen Kubang Kerian di Pasir Tumboh.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin mengenai cadangan PN untuk memperkenalkan logo baharu pada PRU15.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Katanya, parti itu mengambil serius mengenai cadangan pengenalan logo dan warna baharu PN, namun keputusan tertakluk kepada kepimpinan parti nanti.

“PAS ini pengalaman banyak, dahulu kita juga pernah guna lambang BN, dulu kita ada pelbagai logo seperti lambang bulan dan bintang serta tangan, bagi ahli parti ia tiada masalah kerana sentiasa mendukung keputusan parti,” kayanya. 

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..