JAKARTA – Seorang wanita dari Indonesia menjadi perhatian netizen apabila menetapkan mas kahwin berjumlah hanya 250,000 rupiah (RM73) meskipun memiliki rupa paras jelita, lapor portal Wolipop.
Majlis perkahwinan yang berlangsung di Palembang itu dimuat naik di media sosial dan menunjukkan pengantin perempuan, Olivia Nansin bersama suaminya, Rahmad Wijaya dalam busana tradisional serba putih.
Usai proses akad nikah, kedua-duanya memegang wang kertas mas kahwin bernilai RM73 sebagai bukti penerimaan dengan raut wajah gembira.
“Ini baru cinta sejati, wajah persis bidadari namun, mas kahwinnya tidak membebankan suami dan tidak merendahkan si isteri,” komen seorang pengguna media sosial.
Dalam pada itu, Olivia berkata, majlis perkahwinannya berlangsung dalam suasana ringkas dan mendahulukan perkara yang wajib sahaja.
“Tiada tema atau konsep, apa yang penting majlisnya sah serta berjalan lancar,” ujarnya.
Sehingga kini, video tersebut sudah diulang tonton sebanyak 8,010 kali di laman Instagram. – Agensi
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..