Saturday, January 14, 2023

Bilionair disaman pandu laju di pulau miliknya sendiri

 

ELLISON diberhentikan oleh polis trafik pada Oktober lalu. - Getty
Share on telegram

HONOLULU – Salah seorang lelaki terkaya di dunia telah disaman selepas memandu laju di sebuah pulau di Hawaii yang menjadi miliknya, lapor akhbar New York Post semalam.

Mogul teknologi, Larry Ellison mengaku salah melanggar undang-undang jalan raya selepas diminta berhenti oleh polis trafik di Pulau Lanai kerana memandu laju dan melanggar arahan papan tanda berhenti.

Ellison merupakan pengasas bersama syarikat perisian komputer, Oracle dan orang keenam terkaya di dunia dengan nilai kekayaan bersih yang dianggar majalah Forbes berjumlah AS$108.3 billion (RM469.5 bilion).

Ads by Kiosked

Pada Oktober tahun lalu, beliau dihentikan oleh seorang polis trafik ketika sedang memandu kereta jenama Corvette berwarna jingga berhampiran Manele Road

“Sebab saya menahan kamu adalah kerana kamu melanggar arahan papan tanda berhenti dan memandu laju,” kata anggota polis kepada Ellison dalam rakaman kamera badan yang disiarkan minggu ini.

Rakaman tersebut pada awalnya diperoleh oleh laman berita Hawaii News Now.

“Jika saya bersalah, saya minta maaf,” jawab Ellison, yang membeli kira-kira 98 peratus daripada hartanah di Pulau Lanai pada harga AS$300 juta (RM1.3 bilion) lebih sedekad lalu.

Pegawai itu kemudian bertanya kepada Ellison: “Ada sebab mengapa khususnya?”

“Saya cuba pulang ke rumah untuk makan malam dengan anak-anak saya tetapi tiada alasan. Tiada alasan yang baik,” jawab Ellison.

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..