JAKARTA – Seorang wanita di Kalimantan Timur, Indonesia didakwa menjadi suspek kepada kes pembunuhan suaminya yang ditemui maut kelmarin, lapor laman berita Merdeka hari ini.
Wanita bernama SA, 50, itu tinggal bersama suaminya, Nafiah, 52, di Loa Buah, bandar Samarinda.
“Mereka hanya tinggal berdua di rumah itu dan menyewa kira-kira 2 tahun. Anak-anak tinggal di tempat lain kerana sudah berkahwin,” kata seorang jiran yang bernama Yayuk, 42.
Menurut Yayuk, penduduk kampung sering menggelar SA sebagai ayam acil (bahasa tempatan bermaksud makcik) kerana suaminya mempunyai hobi menternak ayam.
“Pada pukul 2 pagi (waktu tempatan) ketika saya sedang tidur, penduduk mendengar bunyi bising. Saya terkejut apabila mendapat tahu Nafiah meninggal dunia,” katanya lagi.
Seorang pegawai Forum Kerjasama Polis dan Masyarakat (FKPM) Loa Buah, Justan berkata, dia telah menyarankan ketua kampung untuk meredakan pertengkaran suami isteri itu.
Bagaimanapun, keadaan berubah apabila mereka menerima berita Nafian telah meninggal dunia 10 minit kemudian.
Menurut Justan, si isteri mengaku telah mendera suaminya sehingga mati menggunakan alu daripada kayu ulin ketika mangsa sedang tidur.
SA kemudian ditahan polis yang turut membawa bahan bukti termasuk alu, bantal berlumuran darah dan tilam serta kain sarung.
“Pada pukul 2 pagi, mangsa mengejutkan isterinya dan berang selepas menuduh wanita itu menjalinkan hubungan dengan lelaki lain dan mengugut mahu membunuhnya.
“Oleh kerana sakit hati, dia mengambil alu dan memukul mangsa yang sedang tidur,” kata Ketua Polis Samarinda, Ary Fadli.
SA memukul suaminya lebih 10 kali, manakala terdapat kesan lebam di muka dan kepala mangsa. Suspek mengaku melakukan perbuatan itu ketika di luar kawalan. – Agensi
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..