Marah dilabel isteri malas, wanita ‘smackdown’ nenek hingga tersungkur
- Oleh KOSMO!
- 2 Januari 2023, 6:00 pm
JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita bertengkar sebelum menyerang seorang warga emas yang bertongkat sehingga terjatuh ke tanah, lapor laman berita Suara.com.
Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @terang_media. Kejadian itu berlaku di Cianjur, Jawa Barat.
Wanita itu dikatakan menyerang nenek suaminya kerana tidak mahu dilabel sebagai isteri pemalas.
Kejadian bermula apabila wanita yang sedang mendukung seorang bayi bertengkar dengan seorang nenek yang tinggal di sebuah rumah.
Ketika nenek itu hendak meninggalkan lokasi kejadian, wanita itu terus menahannya sehingga mangsa tersungkur ke atas tanah.
Bayi yang didukung wanita itu juga terjatuh. Dia terus memukul mangsa ketika cuba dileraikan oleh orang lain.
Mangsa yang tidak berdaya mengerang kesakitan akibat dicengkam dan dihempap ke tanah.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Tidak tahu malu, sudahlah menumpang, bermalas-malasan, berbuat jahat lagi,” kata seorang netizen.
“Tiada sopan santun…Walaupun marah orang tua, jangan sampai begitu,” kata netizen lain. – Agensi
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..