Kerajaan campuran menggunakan platform program rasmi dalam Himpunan Madani di Kedah baru-baru ini sebagai kempen politik menjelang enam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Walaupun menafikan program anjuran kerajaan pusat itu tidak mempunyai agenda politik, sebaliknya yang berlaku pada Jumaat lalu adalah pentas utama digunakan untuk menghentam musuh politik dan penyerahan borang keahlian ahli ke dalam PKR.
Di pentas utama, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergandingan dengan anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi ceramah kepada kumpulan anak muda bermotosikal yang memakai baju t-shirt Malaysia Madani.
Ironinya, Perdana Menteri (PMX) bercakap mengenai isu rasuah dan integriti tetapi pada masa sama individu yang berada di sebelahnya atas pentas sedang berdepan 47 pertuduhan di mahkamah.
Dalam program tersebut juga, turut diumumkan penyerahan borang penyertaan ahli-ahli baharu yang masuk PKR yang diterima oleh Anwar sendiri dan disiarkan secara live dalam Facebook.
Anak-anak muda bermotosikal yang hadir dalam program tersebut dengan harapan dapat memenangi cabutan bertuah beberapa buah motosikal yang disediakan penganjur.
Terbaharu, rakaman video penunggang motosikal berbaris mengambil kupon juga tular dalam media sosial dan terdapat dakwaan wujud pemberian tunai sebagai upah kerana hadir ke program tersebut.
Selain hadiah utama cabutan bertuah motosikal, penyanyi dan artis terkenal juga dijemput bagi memeriahkan majlis dengan menyanyikan beberapa buah lagu.
Artis terkenal bersemangat dalam membuat persembahan di hadapan hadirin yang dianggarkan sekitar 4,000 orang. Bagaimanapun, seorang artis yang membuat persembahan yang sempat diambil tangkap layar dalam Facebook mengeluh kecewa kerana tidak menyangka majlis yang dihadirinya itu adalah program politik.
Namun, artis tersebut sudah memadamkan hantaran dalam akaun Facebooknya tetapi ia sempat dirakam tangkap layar.
Program Madani yang kononnya bertujuan untuk mendidik bersatu padu dan hidup secara harmoni nampaknya bertukar menjadi pentas untuk ahli politik daripada kerajaan campuran berkempen menjelang PRN yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Terdesak untuk mendapatkan sokongan anak muda selepas ditolak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, kerajaan campuran terpaksa mencari pendekatan dengan menawarkan hadiah dan gula-gula untuk memenangi hati pengundi.
Telahan awal mengatakan program Himpunan Madani akan digunakan untuk menyampaikan agenda politik terbukti menjadi kenyataan, malah secara terang-terangan wang pembayar cukai dibazirkan untuk memancing undi menjelang PRN.
Kebimbangan Ahli Parlimen PKR di Pasir Gudang, Hassan Karim sudah menjadi kenyataan apabila wang pembayar cukai digunakan secara tidak berhemah untuk tujuan kempen politik.
jgn jadi bangang bro ... himpunan madani mmg politik sbb di anjurkan oleh harapan kedah, ini bukan rumah terbuka madani .. itu hari sabtu utk semua rakyat .. himpunhan madani hari jumaat ... lain kali kalau nak serang tengok dulu betui betui !!
ReplyDeleteApa blh buat, tak bodoh bukan PN la bro..
DeleteAdmin. Ada dua program 28 April dan 29 April 2023. Himpunan Madani tu memang program politik. Esoknya baru jamuan raya.
ReplyDeleteKalau program politik tak cari keahlian baru apa kejadahnya???
Contoh-contoh kemungkaran PAS/PN :-
ReplyDelete1. Undi PH/BN masuk neraka. Menghukum dengan hawa nafsu.
2. Tiada keahlian PAS tak boleh masuk syurga. Kesian anak-anak. Menyekutukan Allah. Hanya Allah yang berhak menentukan siapa yang masuk syurga.
3. Hadi Awang kata rasuah berpunca daripada orang kafir. Fitnah.
Aku belajar di Horgen, Switzerland, negara majoriti bukan Islam dengan rasuah sifar. Rasuah bukan berpunca daripada bangsa atau agama sebaliknya individu.
4. Ustaz Fawwaz Ahli Parlimen PAS mendakwa tiada di dalam sirah orang kafir membantu perjuangan Islam. Penipu.
- Abu Talib bapa saudara Rasulullah seorang kafir membantu perjuangan Islam
- Abdullah bin Uraiqit seorang kafir membantu Rasulullah berhijrah ke Madinah
- Kaum kafir membantu Sallehuddin Al-Ayubi membebaskan Jerusalem dan Masjidil Aqsa.
- Meriam tentera Muhammad Al-Fateh dibuat oleh orang kafir. Banyak lagi contoh yang boleh aku bagi.
Ustaz Fawwaz mengatakan bahawa rumah yang terdapatnya Sahih Bukhari tidak dimasuki pencuri, kapal tidak tenggelam. Syirik. Al-Quran lebih utama daripada Sahih Bukhari.
Kalau dah syirik, menyekutukan Allah, firnah sana-sini lepas tu kau namakan perjualan Melayu dan Islam, kau dah gila ke???
Banyak lagi kemungkaran PAS/PN bawa. Aku namakan sahaja tanpa huraian termasuk :-
ReplyDelete- Hadi Awang memfitnah DAP sebagai komunis, punyalah banyak ideologi termasuk sosialis, kapitalis dan sebagainya
- menulis surat kepada pertubuhan-pertubuhan besar dan parti-parti berteraskan Islam di dunia mengatakan Anwar Ibrahim seorang freemason, bila kantoi tak.minta maaf
- makan duit haram seperti jadi duta bertaraf menteri ke Timur Tengah. Satu negara Timur Tengah pun tak pernah pergi. Satu pelaburan pun tak boleh bawa masuk, satu usahasama ekonomi atau kerjasama strategik pun tak pernah buat. Paling teruk, satu kerjasama daawah pun tak ada!!!
Kau boleh tak beritahu Hadi kalau tak boleh laksanakan tanggungjawab jangan terima jawatan tu!!!
Belum lagi fitnah bila PH memerintah tak boleh azan, budak sekolah perempuan pakai skirt, program agama dikurangkan. Mana dia???
Boleh tak lepas ni kau jadi cerdik sikit, jangan bersekongkol dengan mereka yang mendakwa memperjuangkan Melayu dan Islam mereka yang sebenarnya merosakkan bang dan agama. KAU FIKIR PUN KAU TAHU!!!