BEIJING – Seorang wanita di China yang didakwa curang bermati-matian berpaut pada kaki suaminya bagi memohon maaf di hadapan mahkamah demi menyelamatkan perkahwinan mereka, lapor laman berita Thaiger hari ini.
Rayuannya bagaimanapun tidak diendahkan kerana si suami telah mengetahui ‘kebenaran pahit’ mengenai kecurangan isterinya.
Pasangan itu berasal dari wilayah Hebei. Si suami yang hanya dikenali sebagai Pei, mengetahui kecurangan isterinya, Lan, sebelum memfailkan perceraian.
Pei yang mengesyaki Lan berlaku curang telah memeriksa telefon bimbit wanita itu ketika dia sedang mandi. Dia kemudian terkejut apabila menemui banyak perbualan berterusan antara isterinya dengan beberapa lelaki.
Sambil menangis teresak-esak, Lan segera meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya sambil berjanji untuk menjadi lebih baik.
Namun, wanita itu sekali lagi ‘ditangkap’ berdua-duaan dengan lelaki lain di dalam rumah mereka oleh suaminya.
Ia menyebabkan Pei nekad memfailkan perceraian dengan wanita berkenaan. – Agensi
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..