JAKARTA – Seorang remaja berusia 16 tahun di Indonesia disiasat polis selepas menjual gambar serta video memaparkan hubungan seks sejenis di media sosial, lapor laman berita Tribunnews semalam.
Siasatan kes itu bermula selepas polis menerima aduan mengenai penyebaran berbilang video terlarang mengeksploitasi kanak-kanak bawah umur pada Julai lalu.
Unit Siasatan Jenayah Khas mendapati bahan terlarang itu diedarkan pelaku bernama LNH pada 26 Julai lalu melalui akaun dalam aplikasi Telegram. Polis menahan LNH di Kalimantan Selatan pada 4 Ogos lalu.
Menurut polis, LNH bertindak selaku pentadbir sebuah akaun Facebook yang digunakan untuk mempromosikan penjualan video tidak senonoh itu.
Jika ada pembeli yang berminat, LNH akan berhubung dengannya melalui ruang sembang. Selepas membayar, pembeli akan menerima gambar dan video melalui akaun Telegram.
“110 gambar atau video berharga 10,000 rupiah (RM3), 220 gambar pula berharga 20,000 rupiah (RM6) dan sebagainya. Pakej untuk pembeli VIP pula berharga 60,000 rupiah (RM18),” kata polis.
Polis merampas sebuah telefo bimbit jenama Vivo dan dua akaun Telegram milik LNH. – Agensi
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..