TOKYO – Seorang lelaki di Jepun yang menjalani kehidupan sebagai seekor anjing dengan memakai kostum haiwan berkenaan kini mencari pasangan hidup.
Akhbar Daily Star melaporkan, lelaki bernama Toco itu terkenal di Jepun selepas berusaha untuk menjadi seekor anjing baka Collie yang sebenar.
Toco mendedahkan bahawa dia mahukan pasangan therian iaitu orang yang merasakan diri mereka adalah sesuatu yang lain daripada manusia.
“Saya pikir ia adalah bagus jika mereka wujud. Saya mahu berjumpa mereka,” katanya.
Calon pasangan sesuai bagi Toco adalah orang yang berkongsi minat sama dengannya seperti tinggal di dalam sangkar dan berjalan sambil dipimpin manusia.
Lelaki tidak dikenali itu pernah memiliki seekor anjing baka mongrel bernama Mirai dan mempunyai lebih 56,000 pengikut di laman perkongsian video YouTube. – Agensi
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..