Friday, September 22, 2023

{VIDEO] Harga beras naik minyak masak pula ‘jatuh’

 


Tangkap layar klip video tersebut yang tular di media sosial ketika ini.

PETALING JAYA – Ketika harga beras tempatan semakin naik di pasaran pada masa ini sehingga membuatkan rakyat tidak senang duduk akibat masalah bahan makanan itu, timbul pula isu minyak masak yang ‘jatuh’.

Namun, ‘jatuh’ yang dimaksudkan itu bukanlah dari segi harganya tetapi jatuh dari sebuah lori pengangkut.

Tular di media sosial Facebook ketika ini, satu klip video yang tidak dipastikan lokasi sebenar berlakunya kejadian itu menyaksikan beberapa botol minyak masak 5 kilogram jatuh dari sebuah lori ke jalan raya.

Menerusi video berdurasi 23 saat itu, kelihatan seorang wanita sedang mengalih botol-botol minyak yang terjatuh itu disamping beberapa pengguna jalan raya lain yang turut memberhentikan kereta.

Menurut perakam video terbabit, beberapa botol minyak masak itu terjaduh dari sebuah lori yang didakwa pintu belakangnya terbuka.

Rata-rata pengguna media sosial turut memuji tindakan wanita tersebut yang mengalihkan botol-botol tersebut ke tepi jalan dan tidak mengambil minyak masak tersebut seperti kebiasaan orang lain.

“Bagus kakak ni, dia ambil dan alih ke tempat selamat sahaja. Kalau oran lain dah licin tu bawa masuk dalam kereta,” kata Azrin Muhamad.

“Itu dia, dalam keadaan harga beras naik mendadak, minyak masak pula ‘jatuh’ dari langit. Ini dikatakan rezeki terpijak,” kata Mohd Zalisham Aziz. – KOSMO! ONLINE


2 comments:

  1. Kesilapan besar adalah apabila negara sejak dahulu lagi bergantung dgn beras import.
    Jujur dikatakan kos mengimport adalah lebih murah berbanding menanam, menuai dan memproses sendiri.

    Apabila negara-negara pengeksport berjemaah menghentikan eksport disebabkan kegawatan dunia maka kita turut terkesan.Bila demand tinggi harga turut meningkat.

    Disitu timbullah kenaikan harga yg sukar dibendung kerana pengeksport, pengimport dan pemborong saling mencari keuntungan.

    Bukan negara kita sahaja bermasalah dengan kenaikan harga malah jiran terdekat pun sama.

    Rasanya kerajaan perlu memberi tumpuan bagi pengeluaran beras tempatan utk jangka panjang.Buka kawasan barundan menggunakan teknologi moden dgn benih padi dan beras yg disukainmajoriti rakyat.

    ReplyDelete
  2. Harap beras tempatan tidak disembunyi.

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..