Logo Halal JAKIM
Salam Buat SemuaSHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) semalam membuat keputusan mengharamkan penggunaan sijil halal keluaran enam buah syarikat swasta di negeri ini berkuat kuasa serta-merta.
Kesemua syarikat itu yang selama ini mengeluarkan sijil halal kepada kira-kira 100 pengusaha restoran dan makanan di negeri ini dilarang menerima permohonan baru untuk mendapatkan sijil tersebut.
Keenam-enam syarikat terbabit ialah Bahtera Lagenda Sdn. Bhd., Islamic Food and Research Council (IFRC), SAS-H Consultancy, Perak Religious Officer Association, Halal Food Council S.E.A dan IFANCA International.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, bagi pengusaha premis pula, mereka diarahkan supaya tidak lagi menggunakan logo halal terbabit sebaliknya perlu segera membuat permohonan semula dengan pihaknya atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Katanya, tindakan tegas itu diambil ekoran terdapat pelbagai logo halal keluaran syarikat swasta yang tidak diiktiraf telah dikesan berada di pasaran menyebabkan berlaku kekeliruan di kalangan masyarakat Islam. Sumber KOSMO
Kesimpulan : Dalam kehidupan seharian, kita dituntut untuk mencari sesuatu yang halal, kerana mencari sesuatu yang halal itu satu kefarduan. " Yang Halal Itu Jelas Dan Yang Haram Itu pun Jelas ", Mafhum hadis " barang siapa yang makan sesuatu benda yang haram, maka dirinya akan dibakar oleh api neraka kelak. " Juga Jangan lupa menjauhkan sesuatu perkara yang bersifat Shubhah .. Tepuk dada tanya iman .
sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..