Pokok Nanam
Bunga dan Buah Nanam
Buah Nanam
Salam Buat semua,
Pernahkah anda melihat pokok ini. Pokok ini dipanggil pokok nanam. Pokok ini jarang dijumpai , dan ia mudah ditanam. Tidak tahu pula dari mana asal pokok ini , tapi ia boleh didapati di kawasan yang hampir dengan kebun durian atau rambutan.
Fizikal buahnya berutu, macam katak puru. Buahnya rasa masam-masam manis, sedap dimakan. Baik untuk orang yang mengidap kencing manis , dengar khabar daunnya direbus dan diminum bertujuan untuk mengurangkan kpenyakit kencing manis, InsyAllah bacaan phnya akan turun. Mas Aji pernah tanam pokok ini, tapi telah di tebang kerana kawasan tersebut hendak di manfaatkan dengan perkara yang lain. Cuba cuba cari pokok ini dan rasa ya..
sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/
Pernah makan tp xpernah tgk pokok dia....rasa msam2..sedap cecah ngan sambal belacan @ kuah rojak...kat kelantan orang panggil buak katak puru...hheeheh
ReplyDeletememang buah katak puru pun,, mak aih !! meleleh air liur aku
ReplyDeletekt mana senang nk cari buah mentega? mengidam la
ReplyDelete