Ketua Polis daerah Jempol, Superintenden Muhd Nur Hishamudin Hashim berkata, gadis berusia 18 tahun itu dikenali sebagai Amiratul Hakimah Ismail beralamat terakhir di Kampung Kasau, Batu Kikir.
"Berdasarkan siasatan awal, gadis itu bersama rakannya ke lokasi untuk mencari pekerjaan dan dihantar oleh ibu bapanya.
"Sementara menunggu, ibu bapanya ke lokasi lain sebelum menjemput kembali anaknya itu. Selepas selesai urusan lebih kurang jam 12.15 tengahari mereka bergerak ke luar pasaraya, namun gadis tersebut rebah.
"Rakannya membawanya duduk di kerusi panjang di hadapan pasaraya berkenaan, namun keadaannya semakin serius sebelum tidak sedarkan diri," katanya mengesahkan laporan, sebentar tadi.
Muhd Nur Hishamudin berkata, salah seorang pengunjung di pasaraya itu kemudiannya menghubungi ambulans, namun pegawai perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan gadis itu telah meninggal dunia.
[ARTIKEL BERKAITAN: Gadis meninggal dunia selepas pengsan di pasaraya]
"Hasil siasatan awal, gadis ini tidak mempunyai sebarang rekod perubatan penyakit serius selain hanya mengalami gastrik.
"Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut susulan tiada unsur jenayah dan kes diserahkan kepada Hospital Jempol untuk urusan seterusnya sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk proses pengebumian," katanya
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..