Monday, January 8, 2018

Padah BerselFie !!! Jururawat Bergelak Ketawa Penyek Muka Bayi

Jururawat Bergelak Ketawa Penyek Muka Bayi


Paparan skrin video yang tersebar di Youtube.

SEKUMPULAN jururawat Saudi dibuang kerja selepas merakamkan video mereka bergelak ketawa semasa memenyekkan muka seorang bayi baru lahir.
Bayi berkenaan dimasukkan ke hospital akibat jangkitan dan ibu bapanya menyedari tindakan dahsyat itu selepas rakaman tersebut muncul dalam talian dan dikongsi di media sosial.
Video itu menunjukkan salah seorang jururawat memegang leher dan atas kepala bayi berkenaan sebelum memenyekkan mukanya.
Kakitangan di hospital bersalin di Taif, Arab Saudi itu telah dikenal pasti dan dikesan oleh pihak berkuasa.
Hal Ehwal Kesihatan menyiasat sumber video dan dapat mengenal pasti jururawat yang muncul dalam video tersebut serta hospital di mana insiden itu berlaku.
Jururawat yang tidak dinamakan itu dilaporkan segera digantung selepas mereka dikesan oleh pihak berkuasa.
Lesen perubatan mereka didakwa telah dibatalkan dan mereka dilarang daripada mengamalkan kejururawatan di mana-mana jabatan kesihatan lain.
Bapa kepada bayi tersebut memberitahu media Saudi bahawa anaknya dimasukkan ke hospital untuk rawatan jangkitan saluran kencing.
Katanya, dia terkejut dengan video itu yang dikongsi di media sosial.
Pensyarah etika perubatan Dr Mohammed Al-Ghamdi dipetik dalam media Arab Saudi sebagai berkata:
"Apabila kanak-kanak yang menjadi mangsa, ramai orang dewasa bersimpati dengan mereka kerana bayi tidak dapat bersuara untuk diri mereka sendiri. Oleh itu, orang dewasa merasakan keperluan untuk bercakap bagi pihak mereka.
"Mereka yang bekerja di sektor perubatan, sama ada doktor atau jururawat, mereka sentiasa berada di bawah pemerhatian orang ramai. Orang ramai mengharapkan mereka menghormati kerjaya dan tanggungjawab mereka.
"Bagi orang ramai, doktor dan jururawat adalah lambang kebaikan, jadi mereka mengharapkan golongan ini tidak mempunyai kekurangan atau kelemahan. Kesalahan mereka akan sentiasa dibesar-besarkan.
"Itu tidak bermakna kita boleh menjadi hakim yang menghukum orang yang melakukan kesalahan. Mereka patut membiarkan pihak berkuasa menyiasat kerana mereka akan menilai keadaan dengan adil dan bukannya memudaratkan kanak-kanak dan ibu bapanya, dalam kes ini." -TheSunUK

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..