Thursday, August 30, 2018

Fuh Tediaa !!! Terowong RM176 juta, tetapi tidak kemana-mana

Terowong RM176 juta, tetapi tidak kemana-mana

Terowong RM176 juta, tetapi tidak kemana-mana

ZAGREB - CROATIA. Warga Croatia di selatan negara itu meluahkan kemarahan berhubung sebuah terowong yang menelan belanja mencecah RM176  juta tetapi tidak menuju ke mana-mana.
Menurut stesen TV RTL Croatia, pembinaan terowong sepanjang 1,471 meter yang menembusi kawasan gunung berhampiran bandar Omis sudah dihentikan.
Terowong tersebut sepatutnya dihubungkan dengan jalan yang sedia ada dan menyelesaikan masalah lalu lintas yang teruk di bandar itu.
Terowong tersebut sepatutnya dihubungkan ke Jambatan Omis dan dianggap sebagai sebahagian daripada "projek infrastruktur penting" dalam menyediakan perjalanan yang lebih cepat bagi penduduk di antara bandar dengan jalan pesisir utama.
Laluan itu juga diharap dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas teruk yang dialami oleh penduduk semasa musim ramai pelancong.
Kerja pembinaan bermula enam tahun yang lalu, tetapi RTL menyatakan bahawa "semuanya berhenti" dan wang itu kini dibelanjakan bagi perkara lain, sekali gus mencetuskan kemarahan orang awam.
RTL menyatakan bahawa pihak berkuasa bandar mengakui bahawa projek mahal itu memalukan, dan mereka sudah berjanji untuk menyambung semula rundingan bagi memulakan kerja itu semula.
"Selepas cuti musim panas berakhir, kami jangkakan satu tender awam akan dibuka untuk pembinaan jambatan tersebut.
"Tender itu akan disiapkan menjelang akhir tahun ini jika segala-galanya mengikut rancangan. Kerja itu sepatutnya bermula pada tahun depan," kata Datuk Bandar Ivo Tomasovic. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..