SEORANG lelaki didakwa memenggal kepala teman wanitanya, dan kekejaman itu disaksikan oleh anak perempuannya sendiri berusia tiga tahun, kata polis.
Kejadian berlaku di Mount Vernon, Washington di Amerika Syarikat.
Timothy Paul Hernandez memberitahu polis bahawa dia mendengar 'suara' yang mengarahkannya untuk berbuat demikian.
Media tempatan melaporkan, pemuda berusia 32 tahun itu didakwa membunuh.
Pihak polis mendapat panggilan berhubung kejadian mengerikan yang berlaku di 18th Street pada kira-kira pukul 12.45 tengah hari Ahad lalu (3.45 pagi Isnin waktu Malaysia).
Hernandez dan teman wanitanya tinggal bersama ibu bapanya dan anak perempuannya.
Menurut polis, pasangan itu bertengkar malam sebelum kejadian.
Ibu bapa Hernandez yang menghubungi polis berkata, mereka dalam perjalanan pulang dari gereja Ahad lalu sebelum menemui mayat teman wanita anaknya. - Mirror Online Uk
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..