Nuffnang

Thursday, April 8, 2010

Nelayan Dapat Rahmat Gempa Aceh

SUNGAI PETANI - Biarpun terpaksa pulang awal selepas khuatir berlaku tsunami ekoran gempa bumi kuat berukuran 7.7 pada skala Ritcher yang melanda Aceh, Indonesia, nelayan di Kota Kuala Muda, dekat sini tetap tersenyum lebar selepas pulang dari laut semalam.
Manakan tidak, kira-kira 300 nelayan pantai di situ membawa pulang hasil tangkapan yang lebih banyak walaupun tempoh berada di laut lebih singkat daripada biasa.
Mereka turun ke laut kira-kira pukul 5.30 pagi semalam dan pulang seawal pukul 9 pagi berbanding hari biasa sekitar tengah hari.
Seorang nelayan, Md. Zahir Yahya, 43, gembira kerana mampu mendaratkan lebih 70 kilogram (kg) ikan kembung berbanding purata 50 kg pada hari lain.
"Tangkapan udang juga bertambah lebih sekali ganda daripada biasa. berbanding hari biasa. Tak pasti ia ada kaitan dengan kejadian gempa bumi atau sebaliknya," katanya kepada pemberita di sini semalam. Md. Zahir yang seronok untuk terus menangkap ikan, bagaimanapun segera belayar pulang selepas mendapat tahu mengenai amaran tsunami menerusi walkie-talkie.

Abu Luqman : Disamping mendapat rezeki yang murah, perlu dingatkan. bersyukurlah kerana kita tidak ditimpa bencana serupa itu. "Hendaklah kamu bersyukur, aku akan menambah nikmatnya, sekiranya kamu kufur azab ku amat pedih " Surah Ibrahim ayat 7
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

3 comments:

$3mb@lut said...

Siri-siri peringatan dari Allah ini semakin lama semakin kerap, apabila manusia telah terlalu jauh dari jalan yang lurus dan melampaui batas di atas muka bumi, maka Allah berbicara kepada manusia melalui siri-siri gempa yang mengingatkan hati yang lalai. Adapun bagi hati yang tidak pernah kisah akan apa yang berlaku, peringatan-peringatan yang datang akan berlalu bagaikan angin bertiup, kehidupan diteruskan ibarat tiada apa yang berlaku, hidup diteruskan, biarlah peringatan itu dan biarlah sengsara orang lain yang tidak ada kena mengena dengan diri.

Amirah Rashid said...

rezeki Allah. xde sape yg tau :)

Penulis Rindu said...

Terima kasih yang beri komen..hebat 3mbalutan.. sahabatku

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung