Nuffnang

Saturday, August 31, 2024

Suami racun isteri untuk kahwin anak tiri

Share on linkedin
RUF memasukkan koktel dadah ke dalam minuman ringan isterinya. - AGENSI

WASHINGTON – Seorang suami memasukkan pelbagai jenis dadah ke dalam minuman ringan isterinya dalam usaha untuk berkahwin dengan anak perempuan mangsa, lapor akhbar The Sun.

Alfred W. Ruf, 71, turut memasukkan dadah kokain dan Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) ke dalam minuman segera itu.

Perbuatan cuba membunuh isterinya menyebabkan mangsa dimasukkan ke hospital sebanyak enam kali pada 2021

Pada Isnin lepas, sebuah mahkamah di Amerika Syarikat menjatuhkan hukuman penjara selama empat tahun terhadap Ruf.

Dia juga akan diletakkan dalam tempoh berkelakuan baik selama lima tahun lagi.

 

 

                                                                                                            ALFRED W. RUF

 

 

Ruf mengaku bersalah meracuni isterinya sehingga menimbulkan risiko kematian terhadap mangsa.

Pertuduhan asal iaitu merancang pembunuhan u telah digugurkan setelah tertuduh mengaku bersalah.

Isterinya disahkan positif dadah terlarang apabila dia pergi ke hospital selepas berasa mengantuk, mengalami cirit-birit dan sakit kepala yang tidak diketahui puncanya pada akhir 2021.

Dia menghubungi polis pada Januari 2022 dan pihak berkuasa itu membuat beberapa penemuan mengejutkan di rumah pasangan itu.

Suami memberitahu polis bahawa dia dan anak tirinya akan berkahwin, demikian menurut dokumen mahkamah. – AGENSI

Monday, August 26, 2024

Polis ayu marah lelaki tidak layan pertanyaan semasa makan

 


PUTRI Sirty Cikita yang merupakan polis wanita kini menjadi tular di media sosial. - Foto Instagram/@putrisirtycikita

JAKARTA – Seorang anggota polis wanita cantik menjadi tular di media sosial selepas memarahi seorang lelaki yang menjawab soalan sambil makan, lapor portal berita Kilat.com semalam.

Putri Sirty Cikita menunjukkan kemarahan di sebalik wajah yang ayu ketika rakan sekerjanya mengemukakan pertanyaan tentang diri lelaki tersebut.

“Hei, kalau diajak berbual sungguh sopan ya kalau sambil makan.

ADVERTISING

“Cuba kalau  saya tidak sopan dengan encik,” katanya dalam satu rakaman video yang menjadi tular di media sosial.

Video itu merupakan petikan daripada program kepolisan di sebuah stesen televisyen.

Dalam video itu, Putri dan beberapa anggota polis lain sedang menyoal lelaki tersebut.

Susulan itu, maklumat peribadi seperti tempat lahirnya di Sumatera dan tempat belajarnya serta instagramnya telah didedahkan di media sosial. – AGENSI

 

   

 


Wednesday, August 21, 2024

Menantu lelaki bercinta dengan ibu mentua

 


KISAH cinta antara mentua dengan menantu lelakinya tular di Jambi. - Foto ist

JAKARTA – Satu rakaman video yang menjadi tular di media sosial memaparkan hubungan terlarang antara seorang menantu lelaki dan ibu mentuanya di Jambi, lapor Tribun Sarolangun. com semalam.

Kejadian itu didedahkan oleh pemilik akaun Facebook, Zizi Hadi Siha yang menceritakan tentang saudara lelakinya.

Ia berlaku selepas si suami yang menggunakan nama H menceraikan isterinya dikenali sebagai AY.

ADVERTISING

Tidak lama selepas itu, H meninggalkan rumah yang menjadi tempat tinggal dengan bekas isterinya itu sebelum diikuti oleh ibu kandung AY.

Hubungan antara kedua-dua mereka sudah lama berlaku, malah ketika ibu kandung AY masih memiliki suami.

Namun, pasangan yang menjalin hubungan terlarang itu sudah berkahwin di Sarolangun.

Siha berharap saudara lelakinya dapat menerima kejadian pahit itu. – AGENSI

Friday, August 16, 2024

Bapa berbalas tembakan dengan anak kerana isu hutang

 


SEORANG bapa dan anak berbalas tembakan di sebuah kedai pajak di Khon Kaen. - Foto Khon Kaen Link

BANGKOK  – Seorang bapa menembak anak lelakinya kerana mengkritik kakaknya sendiri di media sosial mengenai isu hutang semalam, lapor portal berita MSNews.

Kejadian berlaku di sebuah kedai pajak gadai di bandar Khon Kaen manakala polis dimaklumkan mengenai insiden  tersebut.

Apabila tiba di lokasi kejadian,  polis menemui seorang lelaki berusia 53 tahun yang cedera bernama Chalao. Dia ditembak di kaki kiri oleh anak lelakinya, Pawinyo, 32,  yang melarikan diri dari tempat kejadian.

Polis melaporkan, kakak Pawinyo telah meminjam wang satu juta baht (RM126,695) daripadanya.

Walaupun lelaki tersebut meminta berulang kali untuk membayar balik, kakaknya enggan memulangkan wang itu.

Pawinyo yang memiliki kedai pajak gadai kemudian bertindak menyiarkan isu itu di media sosial, menamakan dan memalukan kakaknya.

Apabila bapa mereka melihat hantaran itu, dia mengarahkan Pawinyo untuk memadamkannya.

Bagaimanapun, anak lelaki itu enggan melakukan seperti yang disuruh, menyebabkan Chalao berang. 

Ketika Pawinyo sedang minum bersama rakan-rakan di hadapan kedainya, Chalao tiba dengan sebuah kenderaan dan melepaskan tembakan ke arah Pawinyo tetapi tidak mengenainya.

Sebagai tindak balas, Pawinyo melepaskan tembakan yang mengenai kaki kiri bapanya sebelum melarikan diri.

Kemudian, pada jam 6 petang (waktu tempatan) pada hari yang sama, Pawinyo dilaporkan menyerahkan diri  kepada polis. – AGENSI

Wednesday, August 14, 2024

Mencuri sama-sama, kena kejar penduduk, suami lari tinggal isteri

 


Sumiyah ditangkap penduduk setempat. - Istimewa

JAKARTA – Seorang lelaki di Mojokerto, wilayah Jawa Timur tergamak meninggalkan isterinya yang dikejar orang ramai ketika mereka cuba mencuri telefon bimbit milik seorang penduduk, lapor laman berita Mili semalam.

Suspek dikenali sebagai Rosidi, 47, ketika kejadian sedang menunggu isterinya, Sumiyah di atas motosikal.

Dalam kejadian awal pagi kelmarin, Sumiyah memasuki sebuah rumah secara senyap-senyap bagi melarikan telefon bimbit milik seorang lelaki yang sedang tidur.

ADVERTISING

Isteri mangsa yang melihat aksi itu menjerit, membuatkan mangsa terjaga daripada tidur.

“Isteri mangsa melihat seorang wanita mengambil telefon bimbit, lalu dia menjerit dan mangsa bangun untuk mengejar suspek di samping beberapa penduduk,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Dawarblandong, Inspektor Agus Shodikin.

Sumiyah gagal melarikan diri kerana penduduk setempat mengepungnya di segenap penjuru. Dia kemudian ditangkap betul-betul di hadapan rumah mangsa.

Suaminya yang melihat keadaan itu dengan pantas melarikan diri dan meninggalkan Sumiyah.

Penduduk kemudian cuba mengejar lelaki itu, namun gagal.

Sumiyah dibawa ke balai polis terdekat untuk disoal siasat, manakala suaminya masih diburu. – AGENSI 

Thursday, August 8, 2024

[VIDEO] Gara-gara Kunlavut, ramai wanita nak ‘pindah’ Thailand

 

Share on linkedin
Tangkap layar video berkenaan.

PETALING JAYA – Kelebihan jaguh badminton Thailand, Kunlavut Vitidsarn bukan sekadar diperkatakan ketika beraksi di gelanggang, malah rupanya yang kacak turut rancak dibualkan para wanita.

Namun, menerusi sebuah video yang memaparkan suasana ketibaan Kunlavut di Thailand dari Paris, hari ini, membuatkan ramai wanita hampir kecewa apabila melihatnya dikucup seorang gadis.

Walau bagaimanapun apabila ada sebilangan netizen memaklumkan gadis berkenaan merupakan adik kepada Kunlavut, rata-rata kembali teruja malah tidak kurang juga yang menyatakan keinginan untuk ‘berhijrah’ ke Thailand.

“Nasib adik ja. Sekarang aku pindah pergi Thailand pula,” kata seorang pengguna.

“Hai keluargaku di Thailand, cantik adik ipar,” komen @tripleZ.

“Okey adik. Giliran saya, giliran saya,” ujar @jae_:move.

“Baru nak suruh semua balik Malaysia. Adik rupanya,” seloroh @JihyeAd__. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

Sunday, August 4, 2024

Syarikat treler rempuh rumah, dua mati perlu tindakan tegas

 


Rumah mangsa rosak teruk akibat dirempuh treler. FOTO Ihsan Polis

SEREMBAN – Pemilik syarikat treler yang terlibat dalam insiden kemalangan yang mengakibatkan kematian dua beradik di Kilometer 5 Jalan Pekan-Rompin dekat Kampung Ketapang Hilir, Pekan, kelmarin, harus bertanggungjawab dan dikenakan tindakan tegas.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sudah tentu tindakan tegas diambil bukan sahaja terhadap pemandu yang telah direman tetapi kepada syarikat treler tersebut.

“Dalam kes ini saya juga mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya mengambil tindakan pendakwaan terhadap pemilik syarikat kerana pemilik lesen itu ada tanggungjawab kerana mereka lalai membiarkan kemalangan berlaku dan ia terletak dibahu pemilik syarikat.

ADVERTISING

“Saya merakamkan takziah kepada keluarga. Agak malang kerana kedua- duanya berada dalam rumah mereka dan dilanggar sebuah treler terhadap rumah mereka. Kemalangan ini cukup malang,” katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, Anthony Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban hadir pada Majlis Minum Petang Bersama Pelajar Cemerlang Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2023 Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, selain dikenakan pendakwaan, pemilik syarikat treler terlibat juga turut berdepan dengan penggantungan lesen.

Kelmarin, seorang pemandu treler dipercayai di bawah pengaruh dadah merempuh sebuah rumah menyebabkan dua beradik maut iaitu Nurnazatul Fasiha Nasruddin, 33 dan Mohd. Waldon Faris Nasruddin, 25.

Hari ini, lelaki berusia 40 tahun itu telah ditahan reman selama empat sehingga Rabu depan oleh Mahkamah Majistret Pekan. – KOSMO! ONLINE

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung