Nuffnang

Wednesday, September 25, 2024

Wanita pertaruh nyawa budak demi ‘content’ dikecam

 


Tangkap layar menunjukkan wanita itu membuat ‘lip-sync’ di tepi perigi sambil kakinya dipaut oleh seorang kanak-kanak lelaki. - X

NEW DELHI – Perbuatan seorang wanita di India yang selamba duduk di tepi perigi bersama anaknya sambil menghasilkan kandungan media sosial mengundang kecaman orang ramai, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform X oleh akaun @RawAndRealMan, wanita yang berbaju merah jambu itu dilihat duduk di tepi perigi sambil membuat ‘lip-sync’. 

Bahkan, dia sanggup membiarkan anaknya ‘tergantung’ di perigi itu meskipun kanak-kanak tersebut sudah berpaut pada kakinya untuk mengelak daripada terjatuh.

Lokasi kejadian dan identiti wanita terbabit masih belum diketahui, namun rakaman itu mencatatkan lebih 75,000 tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai netizen. 

“Apa masalah dengan orang macam ini? Mereka memerlukan rawatan di hospital sakit jiwa!” marah seorang netizen. 

“Demi ‘view’, manusia sanggup melakukan apa-apa termasuk membahayakan anak sendiri,” sindir netizen lain. – AGENSI


Monday, September 23, 2024

Maut dirempuh Mercedes Benz selepas solat jemaah di masjid

 


Keadaan motosikal Yamaha 135LC dinaiki Wan Alias yang terlibat dalam kemalangan maut di KM 37, Jalan Kuala Terengganu - Bukit Besi berhampiran Bukit Diman, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Seorang peniaga yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menunaikan solat subuh berjemaah di masjid maut setelah motosikal dinaikinya dirempuh sebuah kereta di Kilometer 37, Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi berhampiran Bukit Diman di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Wan Alias Wan Hitam, 68, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, sewaktu kejadian, sebuah kereta jenis Mercedes Benz dari arah Felda Jerangau di sini yang dipandu seorang pemuda berusia 22 tahun dikatakan hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh motosikal Yamaha 135LC dinaiki lelaki warga emas tersebut.

ADVERTISING

“Siasatan awal mendapati kereta itu terbabas kerana mengelak sebuah motosikal lain yang dikatakan tiba-tiba membelok ke laluan kanan dari persimpangan Bukit Diman.

“Kereta itu kemudiannya merempuh motosikal dinaiki Wan Alias menyebabkan mangsa tercampak ke dalam longkang di tepi jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Zainul Mujahidin berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu di sini untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Thursday, September 19, 2024

Penumpang dikritik guna pin ibu hamil untuk tempat duduk dalam tren

 


Tangkap layar menunjukkan wanita memakai pin ‘Ibu Hamil’ yang tamat tempoh di dalam tren. - Instagram

JAKARTA  – Perbuatan seorang penumpang di Jakarta yang menggunakan pin wanita hamil untuk mendapatkan tempat duduk di dalam tren mengundang kecaman orang ramai, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @dinmeel, wanita itu dilihat memakai pin tersebut pada bajunya. 

Lebih mengejutkan apabila pin yang dipakai telah  tamat tempoh pada 5 Mac lalu, manakala kejadian dirakam pada 6 September lepas. 

Ads by Kiosked

“Tolong siasat penggunaan pin supaya tidak disalahgunakan. Pin ini sudah tamat tempoh, kenapa masih dipakai? Video ini saya rakam pada tarikh 6 September 2024,” demikian menurut keterangan video itu. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.2 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 

“Dia mungkin mengandung lagi,” sindir seorang netizen. 

“Ramai orang yang beli pin ini secara online!” marah netizen lain.- AGENSI

 

Thursday, September 12, 2024

Baju butik lekat bau badan, wanita dipaksa bayar ganti rugi

 


GAMBAR fail seorang wanita memakai gaun pengantin. . - Foto AFP

BEIJING – Seorang wanita di China terpaksa membayar ganti rugi selepas bau badannya melekat pada gaun pengantin yang dicuba di sebuah butik, lapor laman berita M Today kelmarin.

Menurut catatan di media sosial, wanita tersebut berkata, dia dan tunangnya merancang untuk berkahwin pada tahun depan.

Justeru, mereka pergi mencari gaun pengantin di sebuah butik terkenal.

Wanita itu kemudian memilih dua pasang gaun dan dia cuba untuk memakainya.

Advertisement: 0:27

Selepas mencuba, wanita berkenaan merasakan ia tidak sesuai untuknya sebelum dia membuat keputusan untuk meninggalkan kedai tersebut.

Bagaimanapun, dia dihalang oleh salah seorang pembantu dan pemilik butik berkenaan yang mendakwa bahawa pakaian tersebut rosak kerana bau badannya.

Pertengkaran kemudian berlaku sehingga polis terpaksa masuk campur.

Akhirnya, wanita itu membayar butik tersebut sebanyak 2,000 yuan (RM1,218) sebagai ganti rugi. – AGENSI

Wednesday, September 11, 2024

Lelaki pitam selepas uji ‘ilmu kebal’ di Pasar Seni

 


Lelaki tersebut dilihat berdiri dalam keadaan seluarnya berlumuran darah. - Istimewa

JAKARTA – Seorang lelaki di Kutai Kartanegara (Kukar), wilayah Kalimantan Timur dikejarkan ke hospital akibat pitam selepas mencederakan dirinya sendiri dalam perbuatan yang dilakukan untuk menguji ilmu kebal, lapor laman berita Detik semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai MT, 46, bertindak demikian ketika mabuk.

“Pelaku sedang dirawat di hospital. Berdasarkan maklumat yang kami dapat, dia mencederakan diri sendiri ketika mabuk,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kukar, Asisten Komisioner Jodi Rahman.

Ads by Kiosked

Tambah Jodi, perbuatan itu dilakukan di Pasar Seni, Kukar pada Khamis lalu.

“Tiada senjata tajam ditemui bersamanya ketika itu, manakala kecederaan yang dialami berpunca daripada serpihan kaca,” ujarnya.

Dodi turut mengesahkan bahawa MT mencederakan dirinya sendiri kerana mahu menguji ilmu kebal, namun, polis masih menyiasat kes tersebut. – AGENSI

Tuesday, September 10, 2024

Bala beli insurans ‘murah’ masuk Thailand

 


RAKYAT Malaysia terpaksa membayar sehingga puluhan ribu ringgit sekiranya terlibat dalam kemalangan di Thailand.

ALOR SETAR – Rakyat Malaysia yang bercuti di Thailand dengan membawa kenderaan sendiri berdepan risiko ‘pokai’ sekiranya terlibat dalam kemalangan gara-gara mahu berjimat dengan ha­nya membeli insurans wajib iaitu Complusory insurance (Ci). Ada rakyat negara ini mendedahkan mereka terpaksa mengeluarkan wang puluhan ribu ringgit untuk membayar ganti rugi bagi kerosakan kenderaan dan bil perubatan mangsa selepas terlibat nahas di negara jiran. Selain duit melayang, rakyat kita juga berdepan risiko penjara di negara Gajah Putih itu sekiranya berlaku kematian yang berpunca…

Monday, September 2, 2024

Lelaki saman hotel selepas alat sulit disengat kala jengking

 


Gambar fail menunjukkan bangkai kala jengking yang melekat pada seluar dalam Farchi. - Brian Virag

LAS VEGAS, Nevada – Seorang lelaki menyaman sebuah hotel di Las Vegas kerana mendakwa bahawa kehidupannya ‘musnah’ selepas alat sulitnya disengat seekor kala jengking ketika menginap di situ, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Kejadian berlaku apabila Michael Farchi, 62, bersama isterinya menginap di The Venetian Resort pada 25 Disember tahun lalu. 

Menurut Farchi, dia bangun dalam kesakitan dan menyedari bahawa tangan serta celah pahanya disengat oleh serangga itu. 

Gambar-gambar yang dimuat naik oleh peguam pasangan tersebut menunjukkan bangkai kala jengking yang masih melekat pada seluar dalam Farchi. 

“Rasanya seperti pisau tajam atau kaca menikam diri saya,” katanya. 

Pasangan itu memfailkan tuntutan pada Selasa lalu, di mana Farchi mendakwa kejadian ngeri tersebut menyebabkan dia mengalami gangguan tekanan pasca trauma (PTSD) dan mati pucuk.

Isterinya juga berkata bahawa hubungan intim mereka semakin terjejas. 

“Kakitangan hotel tidak mengambil serius tentang sengatan itu. Mereka hanya memegang paha saya dan ketawa mengenainya. Ia benar-benar memalukan,” kata Farchi. – AGENSI

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung