JAKARTA – Perbuatan seorang penumpang di Jakarta yang menggunakan pin wanita hamil untuk mendapatkan tempat duduk di dalam tren mengundang kecaman orang ramai, lapor saluran berita Tribunnews semalam.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @dinmeel, wanita itu dilihat memakai pin tersebut pada bajunya.
Lebih mengejutkan apabila pin yang dipakai telah tamat tempoh pada 5 Mac lalu, manakala kejadian dirakam pada 6 September lepas.
“Tolong siasat penggunaan pin supaya tidak disalahgunakan. Pin ini sudah tamat tempoh, kenapa masih dipakai? Video ini saya rakam pada tarikh 6 September 2024,” demikian menurut keterangan video itu.
Rakaman itu mencatatkan lebih 1.2 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
“Dia mungkin mengandung lagi,” sindir seorang netizen.
“Ramai orang yang beli pin ini secara online!” marah netizen lain.- AGENSI
No comments:
Post a Comment