Nuffnang

Wednesday, November 13, 2024

Kes anak bunuh ibu: Mangsa dipercayai ditumbuk hingga mati supaya 'masuk syurga'

 


Peti sejuk beku yang dirampas oleh polis dalam kejadian kes anak bunuh ibu di Taman OUG, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Hazreen Mohamad
Peti sejuk beku yang dirampas oleh polis dalam kejadian kes anak bunuh ibu di Taman OUG, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Hazreen Mohamad

KUALA LUMPUR: Perselisihan faham mengenai isu agama dipercayai menjadi punca seorang lelaki tergamak membunuh ibunya sebelum mayatnya disumbat dalam peti sejuk beku di sebuah rumah di Taman OUG, Jalan Klang Lama di sini, pagi tadi.

Suspek dipercayai menumbuk ibunya sehingga mati sebelum mayat warga emas itu dibalut dengan tuala dan kain kemudian disumbat dalam peti sejuk beku.

Sumber berkata, suspek mendakwa membunuh ibunya pada Mac 2021 sebelum menyembunyikan mayat ibunya dalam peti sejuk beku.

Selepas lebih tiga tahun, katanya, mayat mangsa ditemui selepas kediaman suspek diperiksa sepasukan polis yang menerima laporan perkara itu pada jam 9 pagi tadi.

"Mangsa dipercayai ditumbuk hingga mati sebelum dibalut dengan tuala dan plastik dan disorok dalam peti sejuk beku.

"Suspek yang berusia 50-an dipercayai membunuh ibu kandungnya yang berusia 80-an kerana mahu wanita itu 'masuk syurga'.

"Suspek mendakwa menghadapi masalah kewangan apabila kehabisan wang simpanan selain mempunyai masalah kesihatan kronik," kata sumber.

Difahamkan, suspek menghubungi talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan kerana tidak sihat sebelum membongkar rahsia mengenai keberadaan mayat ibunya.

Susulan itu, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan menahan suspek.

Kata sumber lagi, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat dan suspek turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan.

Difahamkan, suspek akan direman esok bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan kejadian dan polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut.

Wednesday, November 6, 2024

Suami tikam isteri menyanyi ‘live’ di Facebook

 


Tangkap layar menunjukkan mangsa sedang karaoke bersama keluarganya sebelum ditikam berkali-kali. - TikTok

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia ditahan selepas menikam isterinya hingga mati kerana wanita berkenaan kerap berhubung dengan bekas suami, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 9 malam (waktu tempatan) di Serdang Bedagai, wilayah Sumatera Utara, Sabtu lalu. 

Suspek yang bernama Agus Herbin, 47, bertindak demikian ketika mangsa mengadakan siaran langsung di laman Facebook dan berkaraoke bersama ahli keluarganya. 

ADVERTISEMENT
Amazing Cool Gadgets

Rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @rezaarjuna_official menunjukkan si isteri sedang menyanyi bersama seorang ahli keluarganya. 

Suspek tiba-tiba muncul dan menikam mangsa dengan sebilah pisau. 

Ketua Polis Sergai, AKP Donny P Simatupang berkata, mangsa ditikam sebanyak lima kali. 

“Satu tikaman mengenai perut, satu menusuk payudara manakala dua lagi di tangan sebelah kiri.  

“Mangsa dibawa ke Hospital  Chevani tetapi disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian. 

Tambah Donny, Agus bertindak melarikan diri tetapi berjaya ditahan polis. 

“Dia nekad menikam si isteri kerana cemburu terhadap bekas suaminya,” tambah Donny. – AGENSI

 

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung