Nuffnang

Saturday, April 3, 2010

USM Cipta Kit Kesan Daging Babi


GEORGE TOWN - Industri makanan halal negara dimajukan lagi dengan penciptaan kit pengukur kandungan bagi membezakan daging ayam dan babi oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.
Diberi nama PC Indicator, ia dibangunkan oleh pensyarah Pusat Pengajian Teknologi Industri USM, Profesor Azhar Mat Easa yang dibantu oleh dua penyelidik iaitu Dr. Abbas Alkarkhi dan Tan Thuan Chew.
Menurut Azhar, bahan utama kit ujian ini ialah ribosa iaitu sejenis gula halus yang bertidak sebagai agen pengesan manakala proses ujian yang dilakukan pula cukup mudah. Bahan ribose dicampurkan atas daging dan dipanaskan pada suhu tetentu sebelum diuji menggunakan alat pengukur spectrophotometer bagi mendapatkan bacaan. Sekiranya spectrophotometer menunjukkan hasil bacaan antara 0.21 hingga 0.25 ia mengesahkan kandongan tersebut sebagai daging ayam tetapi sekiranya ia daging babi bacaanya 0.12. hingga 0.14 “ kata Profesor Azhar Mat Isa. Kosmo
Nota : Syukur Alhamdulillah pakar pakar kita yang beragama Islam telah mencipta alat pengesan daging babi . Ini sesuatu yang harus dibanggakan kerana pakar kita memandang kehadapan, demi untuk di guna pakai jenerasi masa hadapan.
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

1 comment:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung