Monday, August 30, 2010

Persediaan Menyambut Hari Raya Aku Masa Dulu


Semenjak Ayahku meninggal dunia di usia ku 16 tahun, kehidupan kami berubah, sebelum ini semua perbelanjaan keluarga ditanggung oleh Ayahku , semasa itu Ibu ku sebagai ibu tunggal meneruskan kehidupan kami dengan perbelajaan wang yang ditinggalkan oleh Ayahku dan hasil sewa rumah sebanyak RM 150. sebulan . Setelah abangku memnamatkan pesekolahannya selepas SPM , dia mula bekerja untuk menyara kami sekeluarga..syukur alhamdulillah bolehlah kami meneruskan kehidupan disamping pendapatan sewa rumah .

Bila musim hari raya yang paling sedih... aku terpaksa buat kerja sambilan untuk mencari wang lebih untuk membeli baju raya.. kebetulan kat rumah aku ada pengusaha kelapa kering, setiap petang aku mengambil upah mengupas kelapa dengan sebiji 10 sen. Sehari bolehlah 50 hingga 100 biji..dapatlah RM 5.00-10 sehari..aku target nak dapatkan RM 100. setelah 2 minggu punya pulun dapatlah aku beli baju raya tanpa..minta duit dari IBUku...

Kini telah berubah..Ibuku telah tiada...(sedih )..sekarang dengan berkat doa Ibuku serta menasihatiku ,kehidupan ku kini syukur alahmdulillah..anak anak beli baju memang tiap tiap tahun...saya beli...seorang 2 pasang...Abu Luqman juga menceritakan kehidupan kami sekeluarga dulu kepada anak anak...dan anak faham...walaupun sekarang dah ok..aku juga tak lupakan kepada orang lain yang memerlukan...tq semua..hidup biarlah besederhana........

Sunday, August 29, 2010

Bulan Puasa Pun Berjudi, 12 lelaki asyik berjudi ditahan

KUALA LUMPUR – Polis menahan 12 lelaki yang sedang asyik berjudi, serta satu pasangan suami isteri yang dipercayai menjadi penganjur judi haram di rumah mereka, dalam satu serbuan “Ops Dadu” di Taman Bahagia Jaya, Sentul, lewat malam tadi.

Ketua Turus Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat D7 Kuala Lumpur, DSP Razali Abu Samah berkata, dalam operasi yang sama pasukan itu turut menahan 10 wanita warga China yang bekerja sebagai tukang urut dalam satu serbuan di sebuah premis perniagaan di Taman Usahawan Kepong.

Beliau berkata, dalam serbuan pertama pada kira-kira pukul 11.50 malam, 12 lelaki berumur antara 20 dan 56 tahun ditahan semasa sedang asyik bermain judi “belangkas”.

"Siasatan awal mendapati rumah pasangan itu sering dikunjungi kaki-kaki judi yang merupakan kenalan mereka sejak tiga bulan lepas dan mereka hanya beroperasi pada waktu malam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya dalam serbuan itu, polis merampas wang tunai RM1,526 yang disyaki wang pertaruhan, papan judi “belangkas” dan peralatan lain yang digunakan dalam perjudian itu.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Sementara itu, dalam serbuan kedua di Taman Usahawan Kepong, Razali berkata, premis tersebut yang berselindung di sebalik perniagaan urutan tapak kaki, jelas melanggar permit perniagaan di premis berkenaan.

"Seorang penjaga premis berusia 45 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata semua 10 wanita berumur antara 22 dan 35 tahun yang ditahan di premis itu didapati memiliki dokumen perjalanan yang sah, namun mereka jelas menyalahgunakan pas lawatan sosial apabila mereka bekerja sebagai tukang urut. – Bernama

Friday, August 27, 2010

Isu Bakar Bendera Malaysia, Kita Jangan Melatah


Kita sbagai rakyat Malaysia melahirkan rasa kecewa dengan tindakan penunjuk perasaan daripada kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) melempar najis manusia ke kawasan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta Isnin lalu.

Menurut Datuk Anifah Aman , Menteri Luar Malaysia ,"Sudah tentu beliau amat kecewa. Kita berpendapat adalah salah bagi mereka bertindak sedemikian.

"Namun beliau mempunyai keyakinan dengan pihak berkuasa Indonesia. Beliau (Perdana Menteri) yakin terhadap Presiden (Susilo Bambang Yudhoyono) bahawa perkara ini akan diselesaikan," katanya.

Anifah menyatakan demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan rombongan Duta Belia 2010 Indonesia di Wisma Putra di sini semalam.

Dalam kejadian itu, penunjuk perasaan daripada kumpulan Bendera dipercayai bertindak sedemikian bagi menunjukkan kemarahan terhadap Malaysia terutama berhubung penangkapan tiga pegawai Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia (KKP) yang didakwa menceroboh perairan Malaysia baru-baru ini.

Anifah memberitahu, mesyuarat Kabinet semalam sepakat untuk menyelesaikan perkara itu secara baik dan meminta rakyat Malaysia supaya bersabar dan bersikap rasional dengan mengelak kejadian yang sama di negara ini.

syukur Alhamdulillah saya berbangga sebagai rakyat Malaysia , kita tidak melatah dan membalas dendam, itulah pemikiran rakyat Malaysia yang propesional dan berfikiran terbuka.. Rakyat kita pun pernah kena tangkap dekat perairan Thailand dan Indonesia..kita tida berdemontrasi pun. Apa pun tahniah kepada rakyat Malaysia yang tidak membalas dendam kepada rakyat Indonesia.

Apa yang berlaku adalah rentetan ketidak puashatian mereka terhadap layanan rakyat Malayisa terhadap pembantu rumah Indon dalam isu penderaan dan juga gaji minimum pembantu rumah...apa pun sikap cool kita mendewasakan kita....

Thursday, August 26, 2010

Tahukah Anda Bazar Ramadan paling berisiko


BAZAR Ramadan yang dikunjungi orang ramai untuk membeli juadah berbuka menjadi tempat paling banyak berlaku keracunan makanan. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Bazar Ramadan mungkin menjadi tempat paling sesak dengan orang ramai yang mahu mencari juadah berbuka tetapi ia juga tempat yang paling banyak berlaku kes keracunan makanan sejak umat Islam mula berpuasa pada 10 Ogos lalu.

Laporan Kementerian Kesihatan mendapati, daripada 13 kes keracunan makanan yang dilaporkan sejak 10 Ogos lalu, sebanyak tujuh kes didapati berpunca daripada makanan yang dibeli di bazar Ramadan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam kenyataannya di sini semalam menjelaskan, kesemua kes membabitkan makanan yang telah basi tetapi masih dijual kepada pelanggan.

"Kami kecewa dengan sikap pengendali makanan yang masih menghidang atau menjual makanan basi tanpa mengambil kira kesan terhadap kesihatan pelanggan mereka," katanya.

Menurut beliau, tiga kes lagi berlaku di institusi seperti kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) atau kolej manakala lain-lain kes di kantin sekolah serta majlis persendirian.

Tuesday, August 24, 2010

Jangan Marah Kalau Lihat Benda Nie....Kalau Di Potong Kepalanya Jadi Apa ye






HATI - HATI, INGAT BULU KAMBING, TAPI BULU BABI RUPANYA

Keliru nih.. kalau ada produk bulu babi gini, macamana nak tahu? JAKIM kena keluarkan garis panduan cepat.

Babi Mangalitsa yang aslinya berasal dari Austria dan Hungaria


Masyaallah ..makin menjadi jadi orang Yahudi hendak menghancurkan umat Islam . Sudah masanya kita mempertahankan maruah umat Islam..jaga jaga ye..minta daging biri biri dapat ..babi biri biri pulak.... genetiknya sebijik macam biri biri....bulunya boleh di jual pulak tu.....kalau potong kepalanya apa macam jadi ye....jangan marah ye..A Loqman siar bulan Ramadhan...Kawan kawan kena tahu jugak yee.....Tq From My Friend..

Award Dari Miss Terra



Terlebih dahulu ingin mengucapkan ribuan terina kasih kepada MISS TERRA..kerana sudi beri Award nie. Saya memang tidak menghitung dah berapa banyak award dapat dah..yang tahu berpuluh ...malas nak tulis ye.. yang penting jiwa rasa tenang maaaaa..

Saya kena jawab suka makan apa semasa berbuka puasa :

  1. Nasi Beriani Ayam ( Hameediah Penang Punya )
  2. Nasi Tomato Kurma Kambing
  3. Murtabak
  4. Air Soya / Air Tebu.
  5. Lain Lain Lagi .. Pasti yang halal.. je mesti bedal punya........
Dekat new blogger kalau mahu award ini ..ambil lah cuma... klik apa yang patut jeeee..

Monday, August 23, 2010

Berani Kah Kita Naik di Atas Merana Nie


salam semua ...bila saya terima email terus jadi kaku...nampak saja garang..tapi gayat ooi...( terasa takut apa bila berada di tempat tinggi ) . Panorama ini boleh di lihat di salah sebuah menara di Timur Tengah yang ada diatas benda benda macam nie.. saya gayat ,..anda tak tahu la macam mana perasaan anda.. buak apa nak redakan ketegangan fikiran hari ini. Bila Baru ok la boleh naik, bila mai lama dah berkarat ...apa macam...bahaya ooi.......fikir fikirkan lah sejenak ye

Sunday, August 22, 2010

Tiada Yang Lebih Indah Dari Memori Ramadhan di zaman Belum Baligh


Mengimbau kembali zaman kecil ku di bulan Ramadhan.
Kini Ramadhan muncul lagi sejak 1431 yang lalu yang dikira dari zaman Hjrah Rasullullah... s.a.w .Ramadhan kali ini adalah yang pertama aku dalam dunia Blogger.
Ramadhan kali ini membuatkan aku terkenang kembali kisah kisah zaman remajaku sebelum baligh. tah macam mana teringat setelah baru baru ini aku bersembang dengan rakan sekampungku........
  • Pagi sahur aku di kejutkan oleh Ibu ku...." Mohd" Mohd" bangun nak..makan sok ( loghat utara) sahur la tu.... bila aku bangun aku pergi kebilik air aku terus lelap kat bilik air pula. sekarang ibu ku telah tiada... terasa kehilangannya yang tiada ganti..walaupun ada isteri........
  • Bila tiba waktu tengah hari aku terlalu letih dan tertidur selepas balik sekolah.
  • Bila tiba waktu petang mula lah ligat mencari buluh atau tin susu untuk dibuat meriam kabait
  • Bila tiba waktu berbuka aku balun 2 atau 3 gelas air sirap ...sampai tersandar....
  • Bila tiba waktu solat trawih..kat kampung aku ada moreh ( kenduri lps solat trawih ), tiap tiap malam malam makan je.....zaman kanak kanak..
  • Selepas makan moreh kami lepak kat pangkin dan tunggu sampai jam 12.00 tgh malam lepas tu kami pukul gendang raya...kat masjid sampai jam 3 pagi.. selepas gang senior datang kami pun blah....kira pukul gendang raya sampai pecah le...esok tok Imam tanya sapa bagi pecah gendang masjid...semuanya diam.................bersambung...........
  • Tiada yang lebih indah di dunia ini dengan mengingati memori kehidupan . memori yang tak boleh ku ungkapkan dengan kata kata..semasa kehidupan di alam remaja...

Friday, August 20, 2010

" Dont Let Somebody Stold Your Dream " My Blogger


Salam 2 all

Saya terpanggil untuk membuat bingkisan dan rasa curahan hati seorang blogger... dan rasa sedih dan marah pun ada di atas tomahan yang di label sebagai Blog sampah ( Bukan Saya Ummi Iman)...we sokong u ummi ....Terkesan dari bacaan blognya maka inilah posting terbuka untuk penuduh blogger sampah... sebenarnya kalau mengikut kata hati... blogger yang mengata blog sipulan dan sipulan itu sampah sebenarnya blog dia yang menyampah.... Blog adalah hal pribadi ..kita nak letak apa kita punya hal...ok...yang tak boleh jangan letak gambar tak senonoh je dah....

Sebagai seorang blogger yang berusia 10 bulan... saya telah mengikuti blog selama 5 tahun dan baru kini berkesempatan untuk memilik blog sendiri..itu pun atas desakan kawan kawan blogger juga... Abu Luqman telah mengikut blogger yang hebat secara tegar dan menjadi kemestian setiap pagi membuka blog mereka... antaranya ialah :

  1. Mohd sayuti Omar
  2. Tukartiub
  3. Kadir Jasin
  4. Kedahlanie
  5. Kopitiam bang nan
Untuk makluman semua blogger ada ramai lagi nama yang saya tak senaraikan... mereka ini adalah idola blogger saya....mereka bukan cakap besar malah hit visitor mereka sampai 8 juta hit..sehari je 5 k hingga 20 k (ribu) visitor , kita baru 30 hingga 200 k terkumpul nak berlagak.... sebagai orang Islam kita ikut resmi padi ." Semakin berisi semakin Tunduk dia " ... plz plz jangan cuba memperlecehkan orang lain.... .

We all sebagai new blogger kena kawan semua ye... once kita boitkot mampus awak....bukan marah sebagai teguran jangan sesuka hati melebel blog seseorang.....Allah marah...Sempena bulan ramadhan nie Abu Luqman memohon blogger yang suka masukan gambar perempuan seksi janganlah...ini bulan ramadhan..hormtilah ia .....adios.... jangan sampai kami memboikot kamu ye......... i love to you all my blogger.........lebih baik mohon maaf jer ok..

"Bersatu kita Teguh Bercerai kita Roboh "

Thursday, August 19, 2010

Bolehkah Kita Berbasikal seperti Di Kota London


London ikut jejak Amsterdam

MENGAYUH basikal di London kini akan lebih selesa, walaupun pada hakikatnya ia mungkin akan menjadi satu pengalaman yang agak menakutkan. Warga London dikatakan bakal melupakan dua kenderaan awam terkenal di kota itu iaitu teksi berwarna hitam dan bas dua tingkat apabila program sewa basikal yang dilancarkan oleh Datuk Bandar London, Boris Johnson baru-baru ini membolehkan tambahan 6,000 buah basikal disediakan oleh pihak berkuasa.

Melalui inisiatif itu, penunggang dapat menyewa basikal di 400 lokasi terpilih di sekitar bandar raya berkenaan. Johnson memanggilnya sebagai sinar baru untuk berbasikal di ibu kota. Bagaimanapun, sesetengah penunggang basikal veteran melihat kempen tersebut sebagai satu inisiatif yang akan menyebabkan London lebih kacau-bilau.

Tidak seperti di Amsterdam, jalan berbasikal dengan kenderaan lain dipisahkan dalam satu lorong berbeza, sebaliknya pengayuh basikal di London mungkin menyabung nyawa apabila mereka hanya dipisahkan dengan garisan putih daripada ribuan kereta di jalan raya.

Tahap keselamatan

Bagaimanapun Jawatankuasa Kempen Berbasikal di London menolak dakwaan mengayuh basikal di London sebagai berbahaya. Ia mungkin menjadi tabiat kebanyakan orang termasuk penunggang basikal. Apabila brek basikal semakin haus, mereka berfikir untuk menyelesaikannya kemudian. Bagaimanapun, apabila basikal yang dikayuh merempuh belakang teksi hitam di persimpangan Gray's Inn Road dan Calthorpe Street, mereka terfikir alangkah baiknya kalau brek itu dibaiki sebelum itu.

Laluan tidak sesak

Menyokong kempen tersebut, Johnson mendakwa kebanyakan pelancong tidak mengetahui bahawa London mempunyai rangkaian terusan yang melalui bahagian tengah dan timur bandar tersebut. Oleh itu, ia boleh menjadi laluan alternatif kepada penunggang basikal.

Sebelum ini lorong-lorong itu amat berguna kepada pejalan kaki atau kereta kuda, bagaimanapun penunggang diberi amaran bahawa tidak mudah untuk mengayuh basikal di laluan blok konkrit.

Berbasikal lebih baik

Tidak kira sama ada anda tinggal di London untuk tempoh yang lama atau sebagai pelancong, menggunakan basikal untuk aktiviti harian akan memberi kebaikan dari segi ekonomi.

Ini kerana kemudahan di London amat mahal. Misalnya caj sehala yang dikenakan dari Convent Garden ke Hyde Park dengan kenderaan awam lain mencecah AS$6.25 (RM19). Jika pun anda sudah membeli sistem kad diskaun, harga mingguan yang dikenakan berjumlah AS$40 (RM126).

Namun, dengan caj AS$7.85 (RM25) bagi tujuh hari penyewaan atau AS$80 (RM253) untuk keahlian selama setahun nampaknya mengayuh basikal di London lebih menguntungkan. Apatah lagi anda tidak perlu bersesak dengan orang ramai untuk menggunakan kereta api bawah tanah. KOSMO.

Kesimpulan ..

Apa yang dicatat di atas memaparkan kehidupan seharian di kota London mahupun Amsterdam ,sebuah negara yang telah maju boleh melaksanakannya Negara Jepun Dan China.juta telah lama mempraktikannya...mengapa kita tidak lakukan di negara kita sendiri ..banyak penjimatan yang boleh di kecapi bersama ..antaranya :

  1. Jimat Wang untuk Beli Minyak
  2. Jimat wang untuk beli kereta
  3. Pengurangan racun karbon dioksida
  4. Mengurangkan kesesakan jalan raya
  5. Menjimatkan masa... dan banyak lagi..

Wednesday, August 18, 2010

Buat Jahat Tak Ke mana , akhirnya Suspek simbah asid direman



SUSPEK kes simbah asid terhadap empat beranak dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu semalam untuk direman.

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian simbah asid sehingga mencederakan empat mangsa termasuk isteri dan dua anaknya Ahad lalu direman selama enam hari bermula semalam.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 32 tahun itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Sesyen di sini, Mohd. Erman Che Mat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan K. Manoharan berkata, lelaki itu ditahan berdekatan kawasan semak berhampiran Kampung Poh dan Kampung Pasir Nering, Kuala Berang dekat sini pada pukul 12.55 petang kelmarin.

Menurut beliau, ketika ditahan polis turut menemui sebilah pisau sayur dan sebatang jarum suntikan dadah dalam poket seluar lelaki itu.

Tuesday, August 17, 2010

Ha Tu Dia,, Operasi Tangkap Peniaga Degil


ANGGOTA penguat kuasa MBAS menyita peralatan peniaga ingkar dalam operasi Ramadan di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menyita dan merampas barang jualan peniaga yang berniaga sebelum pukul 3 petang sepanjang bulan Ramadan telah menyebabkan seorang wanita naik angin lalu memukul anggota penguat kuasa yang datang ke kedainya semalam.

Wanita berusia 50-an itu bertindak demikian apabila sekumpulan penguat kuasa MBAS datang ke kedainya di Kota Sarang Semut yang menjual makanan seawal 11 pagi.

Wanita itu bagaimanapun berjaya ditenteramkan sebelum MBAS merampas kesemua barangan dan peralatan perniagaannya termasuk lauk-pauk dalam operasi Ramadan bermula pukul 9 pagi itu.

Penolong Pegawai Tadbir MBAS, Azizah Hamid memberitahu, rampasan makanan tersebut dibuat kerana peniaga melanggar arahan yang dikeluarkan pihaknya melarang menjual makanan pada bulan Ramadan sebelum pukul 3 petang. Kegil ladah la nie..

Depa ni memang degil...kalau nak berniaga selepas jam 3.ptg la..kalau awal siapa yang beli..pastinya org yang ..........................saya tak kata anda yang kata ye..hehehe.

Monday, August 16, 2010

Apa Dah Jadi Nie., Hilang Pertimbangan Atau Hilang Pegangan


NURUL DAHYATUL yang melecur teruk dirawat di Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu semalam.

Empat sekeluarga disimbah asid

KUALA TERENGGANU - Seorang wanita tidak menyangka suaminya sanggup membawa asid untuk mengugutnya mendapat wang sehingga menyebabkan dia tiga beranak dan ibunya melecur di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1.45 pagi itu, suspek dipercayai bertindak demikian kerana berang dengan keputusan mangsa yang telah berpindah pulang ke rumah ibunya dan dalam proses memohon penceraian dengan suspek.

Semasa kejadian suspek didakwa memecah masuk rumah ibu mangsa dengan membawa bersama sebungkus plastik mengandungi cecair asid.

Kehadiran suspek mencetuskan pertengkaran dengan mangsa sebelum mangsa cuba merebut bungkusan asid itu dan menyebabkan cecair itu terkena mangsa.

Tindakan suspek itu menyebabkan mangsa Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, cedera di muka dan kedua-dua belah tangan serta bahagian belakang badan.

Turut melecur dua orang anak mangsa, Nurul Dahyatul Fazlinda Khalid, 8, dan Mohd. Irfan Firdaus, 2, serta ibunya, Minah Omar, 56. Masing-masing melecur di beberapa anggota badan.

Paling teruk, Nurul Dahyatul yang mungkin hilang deria penglihatan apabila seluruh muka sehingga paras dada kanak-kanak itu terkena asid.

Semalam Suami melibas isteri dan anak dengan parang...Ya Allah jauhakan lah kami dari dugaan ini di dalam bulan ramadhan yang mulia.

Saturday, August 14, 2010

Ramadhan Bulan Mencari Magfirah Atau Keuntungan

Salam buat semua..

Mungkin ada yang tidak setuju dengan tajuk ini. Bulan ramadhan adalah bulan yang mulia , bulan bagi para solihin untuk memohon magfirah ( keampunan )dari ALlah , dengan mengerjakan solat trawih dan solat tahjud di masa sahurnya.

Sebaliknya tidak kepada setengah peniaga (bukan Semua ye ), bulan Ramadhan adalah bulan untuk mengutip laba atau keuntungan dari keringat orang kampung dan juga bandar.. Mana tidaknya ayam naik sampai seringit kat pasar..lepas tu kat pasar Ramadhan mesti naik pula ye..dulu biasa RM 3.50 boleh dapat ayam bakar sekarang RM 5.00 itu belum lagi ikan kembung kat pasar sebelum ni RM 5.00 sekarang sampai RM 7 hingga RM 10.00. Kalau yang ada duit ngak apa ye.. kalau orang susah apa macam...Dulu semasa selepas SPM penulis juga pernah berniaga pasar ramadhan... mula jual harga biasa selepas tu sampai masa nak berbuka...kita jual murah je... Alhamdulillah ada juga hasilnya..

Sebenarnya apa apa perkara yang terjadi serta musibah yang berlaku adalah kehendak Allah..kita harus menerimanya dan bermuhasabah diri akan ketentuanNya. Wallah hu Aklam.

Friday, August 13, 2010

Sampai Hati , Guna alkohol dalam sajian masakan

( Gambar Hiasan )

PUTRAJAYA – Sebuah hotel bertaraf lima bintang di sini yang dipercayai menggunakan bahan memasak mengandungi alkohol telah dinasihatkan supaya menghentikan penggunaan bahan itu oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam.

Bagaimanapun, menurut Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Jakim, Mohd. Amri Abdullah, hotel itu tidak pernah memohon sijil halal daripada Jakim sebelum ini.

“Mereka memang tidak pernah mohon sijil halal dengan Jakim, tetapi mereka ada sediakan bufet Ramadan. Jadi, kami bimbang jika bahan memasak mengandungi alkohol itu digunakan untuk menyediakan bufet tersebut,” katanya.

Semalam, hasil pemeriksaan Jakim menemui satu botol sos dan kicap yang tertulis mengandungi alkohol dalam peti sebuah dapur hotel berkenaan.

Pemeriksaan itu dilakukan oleh Jakim di hotel-hotel yang menyediakan hidangan bufet sempena Ramadan untuk meninjau sama ada hotel-hotel itu mematuhi garis panduan halal yang ditetapkan Jakim.

Difahamkan, hotel berkenaan turut menyediakan makanan barat dan Cina untuk tetamu dan pelanggan.

“Kami memohon kerjasama daripada pihak hotel supaya memberi komitmen untuk kami memberi tunjuk ajar mengenai hidangan halal untuk orang Muslim,” katanya.

Sementara itu di Ipoh, sebuah restoran stim bot terkenal di bandar raya itu diserbu penguat kuasa kerana disyaki menganjurkan bufet Ramadan tanpa sijil pengesahan halal sah. Kosmo

Thursday, August 12, 2010

Apa Pun Juadah kita Ari Nie, Biarlah Sederhana

Ini adalah juadah berbuka puasa semasa kecil kecil dahulu , bersama kedua Ibu Bapa ku, Kini mereka telah tiada ...sekadar untuk kenyang je...

Ini adalah juadah berbuka puasa sekiranya ada jemputan, mana Jabatan atau Masjid...hebat ye

Salam Buat Semua,

Hari Abu Luqman ingin berkongsi bersama sama tentang juadah berbuka Puasa..teringat masa dulu berbuka puasa secara sederhana je...lanie pun sederhana juga...cuma..sekali sekala je makan yang special.... Abu Luqman suka makan yang besederhana je.. sebab bila lihat orang susah makan rasa kesian ye... pernah Penulis buat lawatan kerumah orang susah.. mereka makan Ubi kayu dan ikan masin je... menitis air mata melihat mereka..apa kan daya ..." Rezeki Allah Masa tu"..

Kita yang ada sedikit wang tu..belanja biarlah sikit sikit...simpan sikit untuk orang lain ye...masih ada yang meminta di luar sana ye... yang dapat duit Nufnang banyak jangan lupa ye...
Abu luqman pun sama ,..jangan lupa ye

Wednesday, August 11, 2010

Mencari Kekayaan Atau Keberkatan


Salam buat semua...sempena ramadhan ini Abu Luqman ingin melontarkan satu pertanyaan. sama ada kita ingin mencari Kekayaan atau keberkatan Allah.

Sekiranya kita memilih untuk mengecapi kekayaan, macam mana kekayaan yang dituntut oleh Islam, di sini di turunkan beberapa langkah dalam mencari kekayaan yang di redhai Allah.

  1. Hasil dari titik peluh sendiri
  2. Bukan dari sumber yang haram
  3. Bukan dari cara menipu orang
  4. Bukan dari sumber riba
  5. Hasil perniagaan yang sumbernya halal
  6. Pekerjaan yang tidak membawa Syubhah.
  7. Mengeluarkan zakat
  8. Banyak memberi sedekah ye
Akhir kata banyak lagi yang perlu di sisipkan disini, sekadar secebis ilmu yang ada....untuk dikongsi bersama..Apa lah yang ada pada Abu Luqman, sekadar hidup menghirup udara yang dipunyai oleh yang maha kuasa... Berbuka dengan Bismillah dan akhiri dengan Alhamdulillah...

Tuesday, August 10, 2010

Wahai Anakku Sampai Kapan Kami Akan Tersisih.


Tersisih Di Hujung usia...

Apalah dosa kami, dan mengapa kami tersisih. seorang Ibu boleh menjaga anak sampai 12 orang, tapi mengapa kamu seramai 12 orang tidak mampu menjaga kami...kami tak pinta makan di Kedai Ayam goreng. Mac d ke..Nasi Kandar ke...wahai anak ku kami hanya perlukan panggilan manja serta sidikit makanan untuk hidup sehari hari dari seorang anak .

Sayangnya , masih ada anak anak yang sampai hati, mereka meninggalkan Ibu bapa di Pusat pusat jagaan orang tua. Namun kita jangan lupa ye,, kita juga akan tua satu hari nanti . . Sekarang ini telah menjadi trend masa kini , anak anak menghantar ibu bapa mereka ke pusat pusat atau ke rumah kebajikan. Yang paling menyedihkan ada yang sanggup tinggalkan ibu bapa mereka di rumah penjagaan orang tua bukan Islam , Masyallah apa nak jadi nie.

Alasannya, mahukan penjagaan yang terbaik buat ibu bapa, tidak mahu mereka kebosanan di rumah serta alasan paling popular, ialah terlalu sebuk dengan pekerjaan mereka.. apa pun alasan mereka adalah ayah dan ibu kita...jagailah mereka..walaupun sampai ke akhir hayat mereka.

Di zaman nabi Musa A.s , beliau telah bertanya kepada Allah siapakah jiran ku nanti di dalam Syurga, Allah telah befirman, kamu pergi ke hujung satu kampung kamu akan melihat seorang pemuda yang senantiasa menjaga dan memelihara kedua ibu bapanya..

Nabi Musa a.s. telah pergi kehujung kampung tersebut dan di lihatnya seorang pemuda telah memandikan 2 ekor khinzir dan di keringkannya dengan tuala serta diangkat dan diletakkan di atas katil. Kemudian nabi Musa bertanya kepada pemuda tadi, kenapa kamu mandikan kedua ekor khinzir tadi.. maka jawab pemuda tadi, kedua khinzir tadi ialah kedua Ibu bapa ku , yang telah menjadi Khinzir kerana tidak menunaikan solat....

Moral of the story....walapun Ibu bapa kita ...dal;am keadaan uzur atau kena penyakit..yang berair...( buang air besar / kecil) jagailah mereka dengan penuh kasih sayang, kerana syurga itu dibawah tapak kaki ibu....hasil nukilan Abu Luqman...Penang

Monday, August 9, 2010

Saman Ekor, Di mana Kesudahanya


Salam Buat Semua,

Sekarang ni sebuk diperkatakan mengenai saman ekor, pernahkan anda kena saman ekor? Di katankan bayaran saman ekor yang tak dibayar bernilai RM 10 juta..

Saman ekor yang dikenakan kepada pemandu yang dikatakan memandu laju itu benarkah ianya betul-betul tepat? Ini kerana pihak PDRM menggunakan Alat Perangkap Had Laju. Persoalannyan adakah alat itu telah dibuat Kalibrasi ( calibration ) sebelum digunapakai dan berapa kerapkah ianya di kalibrasikan dalam tempoh setahun? Ini kerana ramai yang menjadi keliru dan marah apabila menerima saman ekor dan ditahan kerana memandu laju untuk disaman di Lebuhraya Utara-Selatan .

Sekiranya Saya dikatakan memandu melebehi hadlaju sehingga 115 km/j walhal odometer kereta saya menunjukkan sekitar 110 - 113 km/j. Apabila saya bersoaljawab dengan pegawai polis bertugas dia tak jawap dan saya dilepaskan. Tapi kadang kala kita masih keliru kerana ada orang menerima saman ekor ditempat lain. Untuk makluman saya adalah seorang 'pemandu berhemah' dan sentiasa menurut had kelajuan yang ditetapkan dimana-mana jalanraya iaitu sentiasa memastikan meter odometer kelajuan kereta saya didalam hadnya. Apabila kena saman; saya persoalkan tentang ketepatan mesin perangkap hadlaju yang digunakan olih PDRM itu telah dibuat kalibrasi yakni memastikan jika kelajuan yang diperangkap itu sama dengan kelajuan odometer kereta berkenaan.(benchmarking).

Kadang kala kelajuan ditambah dengan kelajuan orang lain atau rosak. Yang paling malang ialah kereta kita dipinjam oleh orang lain, atau kereta yang menggunakan no plat palsu...ini yang tidak dapat terungkai buat masa kini.. akhir kata pakat pakat bawa perlahan la..

Saturday, August 7, 2010

Sampai Kapan , Kau Akan Jadi Begini..Terus Begini




Sampai kapan ya, anak bangsa ku akan terus begini.dan terus begini.....
Semoga dengan bulan Ramadhan Al Mubarak yang akan tiba pada Hari rabu depan,, mereka mereka ini mendapat hidayah serta petunjuk dari Allah untuk kembali kepangkal jalan...

Abu luqman, itulah terkesan daripada pembacaan daripada dada akhbar setiap hari, luluh luntuh rasa dihati untuk membuat posting ini, semoga kita sama sama dapat mengembeling tenaga dalam memberi penekanan kepada masyarakat betapa bahayanya dadah......

Award Dari Nurgadis Dan Cik Diea UKM

... Terima kasih banyak2 kepada Norgadi Dan Cik DIEA kerana sudi bagi award cute ni

**********************************************************


Syarat Award

*Bagi siapa sahaja yang menerima award ni , diharuskan memberikan/tag kepada lima orang lagi
*Selepas itu , si penerima award harus meletakkan link-link berikut di blog/artikel masing-masing ( kat entri tau )

1. mommyyus

2. Pak Cik Im

3. MatiKatak Rulez

4. Ana Rozi Zali

5. Abu Luqman

*Sebelum korang letak link-link di atas , padamkan dulu link yang berada di no 1 . kemudian semua link yang tinggal dinaikkan 1 level seperti link no 2 menjadi no 1 , link no 3 menjadi no 2 dan seterusnya . Selepas itu , masukkan link korang di bahagian paling bawah sekali iaitu no 5 . ok ? paham tak . Tapi korang semua kena jujur dan adil ye dalam menjalankannya . Jika setiap penerima award mampu memberikan award ini kepada 5 orang dan kesemua mereka yang ditag meletakkan link dengan betul , maka jumlah backlink yang dia akan dapat ialah :-
Posisi 5 : jumlah backlink = 5

Posisi 4 : jumlah backlink = 25

Posisi 3 : jumlah backlink = 125

Posisi 2 : jumlah backlink = 625

Posisi 1 : jumlah backlink = 3,125

Menurut info dari SEO ( Search Engine Optimation ) ramai blogger telah mendapatkan 1,953 ,125 backlink dan keuntungannya . Blog korang akan mendapatkan trafik tambahan, apalagi jika ada yang meng'klik' link ke blog korang .
Selain mengeratkan persahabatan antara blogger , award ini boleh membantu untuk menaikkan trafik dan backlink ke blog korang .
[Kesimpulannya : award - dapat ramai kawan - baclink - trafik - pagerank meningkat]

Tag kepada 5 orang kawan:

1. Jipang

2. AVision

3. Kak Yam

4. Bloggerman

5. Missxyz.

6. Gee ( Khas untuk Follower ke 1000

7. Akmal Rahmat ( Khas Follower Ke 999)

Friday, August 6, 2010

Adakah Telefon Blackberry Sebagai Pengintip ?


Indonesia nafi larang telefon BlackBerry

JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia semalam menafikan untuk mengharamkan perkhidmatan telefon pintar BlackBerry seperti yang dilakukan kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi.

Jurucakap Kementerian Komunikasi, Gatot Dewa Broto dalam satu kenyataan memberitahu, pemerintah Indonesia telah meminta pengeluar BlackBerry, Research in Motion (RIM) supaya membuka sebuah pusat pengendalian data di negara itu.

"Adalah tidak benar bahawa kami merancang untuk melarang perkhidmatan BlackBerry di Indonesia. Kami cuma menyarankan supaya RIM membuka pusat data di Indonesia supaya pengendalian data tidak lagi perlu melalui Kanada," katanya.

Sebelum ini, UAE dan Arab Saudi menyekat perkhidmatan BlackBerry kerana bimbang maklumat yang dihantar dan disimpan di beberapa pangkalan data di Kanada boleh dipintas pengganas atau penjenayah.

Setakat ini, terdapat kira-kira 1.2 juta pengguna BlackBerry di Indonesia. - AFP .Untuk rujukan rakan blogger boleh baca di akhbar nari ini atau semalam.......


Thursday, August 5, 2010

Terkini, Bekas Isteri Akhil Hayy Nikah Chef 9 Ogos


Maizawati bakal menamatkan zaman jandanya pada 9 Ogos ini.

SELEPAS dua kali terpaksa menangguhkan tarikh perkahwinan, akhirnya bekas isteri kepada penyanyi nasyid Akhil Hayy, Maizawati Zainal,35, mengesahkan untuk bernikah dengan pasangannya, Mohd Yassin Rahim,23, pada 9 Ogos ini di Ipoh, Perak.

Majlis tersebut dijangka berlangsung selepas Zohor di salah sebuah masjid di Ulu Kinta, dalam suasana penuh sederhana dan dihadiri oleh ahli keluarga, rakan terdekat dan wakil media.

Wanita yang mesra dengan panggilan Maiza ini berkata dia dan pasangannya yang juga seorang Chef, menetapkan tarikh perkahwinan itu pada minggu lalu dan mahu melaksanakan yang wajib terlebih dahulu.

“Kadangkala apa yang kita rancang tu tak selalu menjadi. Tapi kali ini, kami tidak mahu merancang sangat dan berharap semuanya berjalan dengan lancar seperti yang diinginkan.

“Sebelum ini, kami banyak kerja dan komitmen lain sehingga beberapa kali terpaksa menangguhkan perkahwinan. Tetapi kali ini kami betul-betul nekad sebab selepas ini kami berdua akan bekerjasama untuk membuka perniagaan di Kuala Lumpur.

“Insya-Allah, pada bulan puasa ini, kami akan membuat bisnes produk Madu Herba Maiza dan menjadi ejen busana muslimah yang menjual baju kebaya, kebarung, jubah dan tudung,” kata duta Avon Intimate itu kepada mStar Online.

Maiza berkata, dia tidak menetapkan wang hantaran sebaliknya menerima mas kahwin sebanyak RM101 berserta lima dulang hantaran termasuk senaskhah al-Quran. Sementara pihak lelaki menerima tujuh dulang hantaran daripadanya.

“Selepas bernikah, kami akan membuat sedikit kenduri doa selamat di rumah saya. Setakat ini, kami belum merancang apa-apa majlis resepsi tetapi kalau ada rezeki Insya-Allah kami akan buat. Begitu juga sebelah pihak lelaki, kalau ada rezeki kami akan buat majlis pada tahun depan di Sabah,” ujarnya lagi.

Bakal suami Maiza berasal dari Likas, Sabah dan pernah bekerja sebagai Chef di Singapura. Atas kepakaran itu, pasangan yang berbeza usia 12 tahun itu juga merancang untuk membuka sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Menariknya, Mohd Yassin bercadang untuk memasak menu lauk pengantin untuk upacara makan beradap. Sementara lauk-pauk untuk tetamu akan dimasak secara gotong-royong oleh keluarga dan jiran tetangga Maiza.

Maiza pernah berkahwin sebanyak dua kali termasuk dengan penyanyi dan penceramah Akhil Hayy. Mereka bercerai pada 15 Julai 2009 dan mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan itu. Maiza juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan pertamanya.

Sementara Akhil telah pun mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan penyanyi Waheeda.

Wednesday, August 4, 2010

Gempar , Isu Rumah Tangga : Raja Azura Cuti Mengejut

PETALING JAYA: Penyampai radio Sinar FM, Raja Azura atau nama penuhnya Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin,38, tidak hadir bertugas pagi Rabu selepas berita keretakan rumah tangganya disiarkan di kebanyakan akhbar.

Sumber stesen radio Sinar FM yang dihubungi memberitahu Raja Azura (gambar) sepatutnya tidak boleh “bercuti” kerana pada ketika ini seluruh stesen radio sedang melalui tempoh kaji selidik untuk mengetahui jumlah pendengar.

“Dia diberi cuti khas untuk menyelesaikan masalah peribadi,” kata sumber berkenaan tanpa memberitahu sampai bilakah pengacara itu akan bercuti.

Berikutan itu hanya Khairil dan Salih Yaccob sahaja bertugas mengendalikan segmen Sinar Pagi.

Berita keretakan rumah tangga pengacara itu yang dibina bersama suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, 37, telah lama kedengaran tetapi ia dinafikan oleh Raja Azura.

Sebaliknya pelakon itu mendakwa rumah tangganya bahagia dan desas-desus yang diperkatakan itu hanyalah sekadar khabar angin.

Difahamkan Raja Azura telah menghantar permohonan berkaitan rumah tangganya di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, Selasa tetapi tidak diketahui apakah status permohonan tersebut.

Pihak mahkamah juga enggan memberi sebarang komen berhubung perkara itu.

Sementara itu seorang peguam yang dipercayai terlibat mengendalikan kes membabitkan Raja Azura tidak mengaku mewakili artis berkenaan.

Sebaliknya peguam tersebut terkejut bagaimana wartawan mengetahui berita tersebut.

“Kalau macam itu carilah (maklumat) dengan pihak mahkamah. Maaf saya ada pelanggan,” katanya

Raja Azura berkahwin dengan anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof pada bulan Mac 2001.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq,8, Megat Luqman Hakim,7 dan Puteri Mkia Maizurah,4.

Usaha Mstar Online menghubungi Raja Azura juga gagal kerana dia tidak menjawab panggilan telefon serta tidak membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan.. MSTAR

Tuesday, August 3, 2010

Awang Hitam jual emas palsu..lagi lagi Pekena Orang


ABDUL JALIL (kiri) menunjukkan serbuk emas palsu yang dibeli oleh seorang peniaga pada sidang akhbar di Ampang semalam.

AMPANG – Seorang peniaga kini hidup dalam keadaan tertekan apabila bukan sahaja ditipu sebanyak RM80,000 oleh satu sindiket warga Afrika yang menjual serbuk emas tiruan malah, turut diburu rakan kongsi yang menuduhnya menipu.

Kejadian berlaku 29 Julai lalu di kawasan tempat letak kereta Waterfront, Ampang di sini apabila peniaga berusia 41 tahun dari Mantin, Negeri Sembilan membayar harga tersebut kepada dua lelaki Afrika terbabit untuk membeli serbuk emas yang disangka tulen.

Difahamkan, mangsa telah terpengaruh apabila ditawarkan oleh sindiket untuk menjual satu kilogram emas tulen berharga RM80,000 yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran iaitu RM125,000 sebulan sebelum itu.

Pada pertemuan pada 29 Jun di lokasi yang sama, suspek telah menguji ketulenan sampel serbuk emas tersebut di hadapan mangsa bagi meyakinkan peniaga itu.

Ketika itu, suspek dipercayai membawa serbuk emas tulen.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, mangsa hanya menyedari telah diperdaya selepas melihat serbuk yang diberi sebaik tiba di rumahnya.

“Mangsa terkejut apabila mendapati serbuk tersebut rapuh berbeza ketika ditunjukkan. Dia kemudian baru teringat mengapa suspek terus melarikan diri dan membuang bungkusan yang mengandungi serbuk itu sebaik mendapat wang ketika bertemu di Ampang Waterfront,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Monday, August 2, 2010

Mari Makan Tengah Hari , D Padang Pasir.....

Fuyoo... Cari Kayu Api , Untuk Masak Nasi dan Air

Adunan Ayam yang akan Dibakar nanti

Ramuan rempah Yang Telah Di Adun Sebelum dimasak

Teko Teh dan Kopi Tersedia Di sisi longgokan Api

Fuyooo. Nasi Bukhari dengan Taburan Daun Bawang ... terasa lapar pulak ye...

Sunday, August 1, 2010

Bertafakur Sejenak, Kejadian Milik Allah bukan Fenomena Iklim

Satu Pemandangan Tasik yang Berlatar belakangkan pelangi

Kalau Aku Jadi Burung Sudah Lama Aku Terbang...........

Melihat keindahan sebatang sungai di Grand Canyon..tak siapa yang mampu membuatnya melaikan Allah

Keindahan salji yang sejuk mata memandang ..mengingatkan ku ..kepada penciptanya...

Abu Luqman...Subhanallah..itu lah sahaja ukapan ku yang dapat ku lontarkan ...ya Rab ...kami rasa jahil dan kerdil....di atas semua anugerahmu.....