Isteri dan anak di hadapan Garden Of Bonzai
Salam Buat Semua.
Pada Ahad yang lalu penulis bersama keluarga bertandang ke Bukit Kayu Hitam,Kedah untuk pergi makan kenduri. Penulis bermalam di rumah biras ( suami adik ipar ) . Kebetulan bila dah sampai di sana, penulis bercadang nak masuk ke sempadan Thailand la. tub..tub..tak jadi sebab kereta banyak sangat , bersusun -susun depa pi mana pun tak tau la...Alamdulillah hari sabtu yang lalu hujan lebat di Kedah, baru rasa lega rasanya berjalan..tak panas.. dan tak mengantuk....banyak perubahan yang berlaku disana. Itulah yang terbaik dilakukan oleh Ustaz Dato Azizan Razak , tahniah diucapkan .Ramai rakyat negeri Kedah pulang bercuti untuk menziarahi Ibu bapa yang tersayang. Sempena musim cuti ini penulis yang berjiran dengan negeri Kedah mengambil peluang bercuti bersama keluarga . Mas tiada tempat lagi untuk bermanja..ayan dan ibu telah lama pergi... syukur alhamdulillah mas kini hanya tinggal bapa mertua yang uzur aje...
Kepada teman-teman dan kekawan yang belum berkunjung eloklah berbuat demikian... zirahlah sebelum anda diziarahkan. Janganlah membiarkan mereka menantikan kepulangan kita..Penantian satu siksa dan duka...
sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment