Nuffnang

Saturday, April 17, 2010

Calon Gabenor Anjur Majlis Separuh Bogel

( Gambar Asal seksi sangat )

NEW YORK - Seorang wanita bekas pembekal teman sosial, Kristin Davis, 34, (gambar kecil) menganjurkan lelongan temu janji dengan seorang model bogel, Ryan Keely kelmarin untuk mengutip dana bagi kempen pilihan raya gabenor yang disertainya, lapor sebuah akhbar semalam.
Kristin menjadi popular sebelum ini kerana dia mendakwa pernah membekalkan beberapa pelacur untuk bekas gabenor New York, Elliot Spitzer.Spitzer terpaksa meletakkan jawatan ekoran skandalnya dengan beberapa wanita.
Kristin kini bertanding pada Novermber depan untuk mengisi kekosongan jawatan gabenor New York selepas Spitzer meletakkan jawatan. Wanita itu berharap, jika dipilih menjadi gabenor negeri itu, dia akan membenarkan kegiatan pelacuran dan penjualan dadah secara sah yang mampu menjana pendapatan baru New York.
Pada majlis yang diadakan di sebuah kelab malam itu, Kristin mengubah pendekatan kempen daripada sekadar mengedar risalah politik kepada mengupah sekumpulan penari separuh bogel yang dicat dengan namanya pada tubuh mereka. - Agensi


Abu Luqman . Itu lah pemimpin barat.. kalau kita ikutkan acuan mereka beginilah jadinya. Maka ikutlah pimpinan yang diajar oleh pimpinan nabi Muhammad S .A.W


sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung