Nuffnang

Monday, April 12, 2010

Manusia Sudah Hilang Sikap Ehsan

Mayat Bayi Lelaki Ditemui Dalam Longgokan Sampah Di Sungai Choh
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Mayat bayi lelaki yang dibungkus dengan surat khabar dan masih bertali pusat ditemui dalam longgokan sampah di sebuah kawasan kedai di Sungai Choh, Hulu Selangor, Ahad.Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Norel Azmi Yahya Affandi ketika dihubungi berkata mayat bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu ditemui oleh pekerja Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ketika sedang mengangkut sampah di kawasan terbabit kira-kira 8 pagi."Mengikut keterangan pekerja MDHS, semasa pekerja-pekerja mengangkat sampah ke dalam lori sampah, satu plastik yang di dalamnya dibalut dengan surat khabar jatuh berhampiran kaki salah seorang pekerja."Tanpa perasaan curiga, salah seorang daripadanya mengangkat sampah terbabit dan terkejut apabila melihat sebelah kaki bayi yang terkeluar daripada balutan surat khabar berkenaan sebelum bergegas membuat laporan polis," katanya.Beliau berkata mayat bayi yang cukup sifat itu kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru (HKKB) untuk bedah siasat.-- BERNAMA


Abu Luqman : Binatang pun sayang akan anaknya.. kini manusia telah hilang nilai norma norma dalam kehidupan seharian mereka. mereka semakin jauh dengan kebaikan..Wahai manusia kembalilah kejalan yang benar..Adakah manusia kembali ke jalan Jahiliah ? Ya Allah jauhkanlah keluarga kami dari fitnah dunia ini.
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

1 comment:

Amirah Rashid said...

igtkn dah habis psl buang bayi ni. tak sangka masih ada lg org yg xde hati perut -.-"

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung